Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 29 Disember 2010

SEMUA HILANG KEYAKINAN !





TOK ARAB NAK BERUBAH.




BANK AMERIKA ARAH PELABUR KELUAR – MAHFUZ – harakah daily

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar mendedahkan terdapat institusi kewangan dari Amerika Syarikat mengarahkan pelabur-pelabur dari negara itu mengalihkan perniagaan ke negara lain selepas isu penggantungan Ketua Pembangkang di parlimen i Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menjelaskan, perkembangan tersebut berlaku akibat timbul krisis keyakinan terhadap pemerhati ekonomi luar negara kerana pertama kali berlaku dalam sejarah negara Komanwel ketua pembangkang digantung.

Berucap dalam satu majlis dialog isu semasa dengan ahli-ahli PAS Kawasan ini yang berlangsung di pejabat Perhubungan PAS Pahang di sini, Mahfuz berkata keadaan tersebut sudah tentulah merugikan negara dari aspek ekonomi.

“Saya diberitahu apabila Anwar Ibrahim bersama tiga orang ahli parlimen pembangkang digantung, sebuah bank di Amerika segera menasihatkan para pelabur Amerika yang berurusniaga di sini segera mengalih dana mereka ke negara lain.

“Ini pertama kali berlaku dalam sejarah negara Komanwel ketua pembangkang digantung dan mereka yang sentiasa memerhati perkembangan bimbang dengan kesan kestabilan politik dan kesannya akan dirasai nanti,” katanya.

Tambahnya, dengan perkembangan ini dan beberapa faktor yang tidak menyebelahi pemerintah, beliau berpendapat tidak mungkin pilihan raya umum (PRU) akan diadakan pada masa terdekat tetapi tidak akan melebihi tempoh 18 bulan.

Berucap di hadapan lebih 100 ahli PAS, Mahfuz berkata sasaran PAS pada PRU akan datang ialah bagaimana untuk meningkatkan undi Melayu dan pengundi muda justeru jentera PAS di semua peringkat perlu ada penumpuan khusus bagi mendekatkan parti dengan kelompok tersebut.

nota:
sebenarnya ekonomi negara kita ini
sedang merosot – bukan hanya kenyakinan
para pelabur dari luar negara yang terjejas !
seluruh rakyat malaysis yang jujur dan ikhlas
telah mula hilang keyakinani terhadap kerajaan hari ini.

ada menteri terlibat dalm penipuan
ada menteri terlibat dalam rasuah
ada menteri terlibat dalam kes rogol
dan menteri terlibat dalam kes bunuh
macam mana rakyat nak yakin
kah kah kah




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT,

Plssss..kita initiate utk tarik graduan2 yg sdg berhutang...agar depa dilepaskan dr hutang seumur hidup PTPTN, Mara etc... Ini golongan sasaran..golongan ini baca blog..depa bole tarik support dr msykt..golongan ini akan support new transparent rakyat concern & accountable gov. Plss do s/t..we will support...

cicit ngah layor berkata...

Tindakan drastik mesti diambik untuk memulihkan Malaysia ni.Kiter jangan hanyer berkokok jer,cakap nak ubah keghajaan,tapi biler haghi mengundi jadi cayor dengan janji dan duit.Itu ler yg telah terjadi pader PRU yg lepaih2.....Cakap jer berdegor2.Guner kan kuaser mengundi kiter..ini ler masernyer.Kalau setakat cakap,tp tak dilaksanerkan,percayer ler satu haghi nanti berjuta2 ghakyat Malaysia menjadi PATI diIndon,Thailand,Brunei,China dan Singapura.Sekaghang pon dah berlambak2 org Malaysia laghi keluor gegagher.