Rabu, 18 April 2012
HUKUMAN GANTUNG SEKALI LAGI
MARI KITA BUKA TALI INI
PERLU KAH HUKUMAN GANTUNG?
By Hishamuddin Rais | Yahoo! Malaysia Newsroom – Mon, Apr 16, 2012
Pada 23 Mac yang lalu saya terbaca laporan Bernama tentang dua sahabat yang akan digantung mati. Pada 28 Mac saya terbaca lagi satu lagi berita tentang seorang lelaki Nigeria yang akan juga digantung mati. Mereka ini akan digantung mati kerana kesalahan dadah.
Sama seperti saya menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) — saya juga menentang hukuman mati. Pasti ramai yang tidak akan menerima pandangan saya ini. Pasti ramai pembaca yang akan mempersoalkan rasionalisasi pandangan saya ini.
Kerana itu, biar saya terangkan disini kenapa saya menentang hukuman mati.
Saya menentang hukuman mati kerana saya bukan Tuhan. Saya tidak mahu bermain-main menjadi Tuhan. Saya juga tidak memiliki sifat seorang Nabi. Dalam hidup saya yang telah melintasi setengah abad ini, saya akui bahawa saya memiliki segala bentuk kelemahan sebagai seorang manusia. Saya memiliki pelbagai kelemahan sebagai insan yang hanya 'bertransit' dalam dunia ini.
Saya tidak memiliki kuasa untuk menghidup atau mematikan...
Baca disini :
http://my.news.yahoo.com/blogs/yahoo-malaysia-newsroom/hukuman-gantung-060904697.html#more-id
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
12 ulasan:
bila bercakap pasal keadilan.. dalam Islam membenarkan keluarga mangsa yang dibunuh menuntut keadilan dengan hukuman bunuh juga tetapi tidak bermakna keluarga mangsa tidak boleh memafkan.. bahkan memaafkan lebih mulia..
dalam hal gantung untuk penagih dadah memang tiada dalam islam.. tetapi hujah yang diberikan kerana kesan akibat dari perbuatan mengedar dadah itu.. mungkin boleh rujuk ulamak utk hal ini..
Hukuman dalam islam hudud potong tangan rejam etc dinyatakan perlu dilakukan dikhalayak RAMAI sebagai pedoman supaya orang gerun dan tidak melakukan kesalahan itu.. lebih kepada MENDIDIK.. dan hukuman ini bukan la mudah2 sebab banyak syarat dalam proses penghakiman kalau tidak ianya hanya lebih kepada hukuman atas budi bicara hakim.. Sebab itu Islam itu adil..
Masalah hukuman gatung mati dsb tidak mendidik sebab diadakan secara rahsia.. orang tidak nampak gerunnya hukuman mati gantung tekeluar urat dsb.. sebab itu ianya tidak dapat menginsafkan orang sedikitpun.. dan sebab itu kita hanya nampak ianya hanya galur hitam dendam dsb.. dan galur hitam dendam ini selalunya tidak nampak kerana didalam hati seperti mana hukuman yang diadakan sekarang..
Wallahualam..
TT mmg berani mati!!!!
berani mati nak kena kitai oleh para pengulas2 dia sendiri...hahahah
kau gila ke TT, dalam AL-QURAN dah tertulis memang ada hukuman dipancung dan direjam dan dirotan sampai mati!!!
kalo dalam AL-QURAN dah tertulis, jangan cuba nak pertikaikan!!!
tapi...
siapa yg patut kena???
siapa hakim yg menjatuhkan hukuman???
siapa saksinya???
ISLAM itu adil...
yg salah tetap salah
bersangka baik lah pada agama yg di warisi oleh nenek moyang pakcik TT .....
aku setuju pada kes dadah...macam ada unsur nak 'up' kan harga pasaran dadah dirantau ini supaya sikapitalis jadi yg kaya raya.
yg kena, tetap ikan bilis.....
Ya zaljalla liwal ikrom amithna ala dinil islam....(YA ALLAH,TUHAN YG MENJAGA SEKIAN ALAM, MATIKAN AKU DALAM AGAMA ISLAM)
saya syor hukuman potong kepala jer... kalau dia masih hidup, itu kira rezeki dia... kalau dia mati, itu dah takdir
man kapak
Salam
Bro TT ada satu perkara yg sy nak bagitahu, namun kena cuba baca terjemahan ayat Quran dibawah ini betol2 dan penjelasannya, maka TT akan tahu...
[2:178] Wahai orang yang beriman! Dikitabkan keatas kamu pembalasan yang seimbang (qisas) berkenaan orang yang dibunuh; orang yang merdeka demi orang yang merdeka dan hamba demi hamba dan perempuan demi perempuan; tetapi sesiapa yang mendapatkan kemaafan baginya dari saudaranya sesuatu, maka ikutkannya dengan yang baik, dan menunaikan gantirugi dengan sebaik-baiknya; itulah diantara keringanan Tuhan kamu dan satu rahmat; maka sesiapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya hukuman yang pedih.
Cuba lihat ayat yg berbunyi, "tetapi sesiapa yang mendapatkan kemaafan baginya dari saudaranya sesuatu, maka ikutkannya dengan yang baik, dan menunaikan gantirugi"
Apa yg sy faham dari ayat ini, memang hukuman membunuh dibalas bunuh tetapi jika ada kemaafan dari keluarga si-mati, baca sekali lagi JIKA ADA KEMAAFAN DARI KELUARGA SI-MATI - ia memang berat utk memberikan kemaafan dalam soal ini, namun tak mustahil - jadi adalah hak keluaga simati samada memaafkannya ataupun tidak...
Maka jika ada kemaafan dari keluarganya ia tidak dibalas bunuh tetapi perlu menunaikan gantirugi - seperti yang disebut ayat itu. Bayangkan kalau pembunuh itu seorang jutawan boleh tuntut juta2 - memang nilai satu nyawa tidak dapat dinilaikan dengan wang tetapi seperti kata bro TT - kalu membalas bunuh juga tidak akan mengembalikan simati - so gantirugi ada rasinonalnya, bayangkan boleh tuntut juta2...
P/S: Kita sebenarnya ada panduan dari al-Quran tetapi kita tidak memikirkannya.... orang2 di Jabatan Agama mereka juga tidak memikirkan ayat2 al-Quran tetapi lebeh kepada hadis2 utk cari makan...
aku duduk di australia. kat sini tak ada hukuman mati digantung, kerusi letrik, gas dan seumpama dgnnya.
sebab tu ramai yang cuba seludup dadah masuk ke australia. tapi, kerajaan australia ketatkan kawalan sempadan. kalau cuba seludup dan kantoi, masuk penjara laa jawabnya.
bukan laa aku nak sokong sangat undang2 sini. tapi kalau fikirkan balik, negara kafir makan babi lebih bersifat mendidik.
aku tak nafikan hukuman mati dalam agama Islam. itu mmg tak boleh nak ubah. hukuman mati tu wajar dilaksanakan kalau si tertuduh dah dibuktikan bersalah beserta bukti2 dan saksi2.
tapi aku rasa pandangan TT patut dibahaskan secara ilmiah. apa2 hukuman mati selain daripada yg termaktub dalam al quran masih boleh dibahaskan. jemput laa tok-tok peti, brahim katak dan penjihad islam sekali :)
Aku pun setuju gak mengedar dadah tak dikenakan hukuman gantung. Melainkan penagih dadah yang membeli dadah tu mati!!!!.. tu dah kira membunuh.
Betul kita bukan Tuhan nak buat hukum sesuka hati. Kita hanya makhluk Tuhan yang serba kekurangan. Oleh sebab itu jangan la memandai2 langgar perintah Tuhan!!!!
Kalau kesalahan itu tuhan suruh potong tangan, potong jelah.. kalau kesalahan ni Tuhan suruh pancung, pancung jela.. ikut prosedur jangan kona2.. Tuhan lebih mengetahui dari kita.
Melainkan kita tak percaya adanya Tuhan!!!!
Yang tuhan suruh buat tak buat yang tak disuruh pulak dibuat.. :) hukum potong tangan rejam tak dijalankan pengedar dadah boleh pulak kena hukum mati..
dari segi hukum syariah itu termaktub dalam al quran aku tak nak komen dan sefaham aku hudud itu hanya jatuh hukuman setelah diadili dengan seadilnya ...pasal drug trafficker ni dah lama aku persoalkan kau gantung beribu pun orang dadah tetap hisap apa susah ganti je tukang hisap kena gantung baru takut orang nak hisap , sbb kalau takde permintaan mana boleh ada pengeluaran (teori sekolah menengah ni) ..sbb aku tgk tukang hisap insaf xdanya
edar ganja kena gantung sampai mati...adil keer? sdgkan skrg kita tahu kalau kat Amsterdam boleh jual beli ganja kat kedai kopi jer...
adil ker
jual-beli mengedar alkohol dan rokok yg jelas dari segi kesihatan membahaya dan membunuh itu-halal dan sah tidak salah pula?
GANJA-gantung sampai mati
ALKOHOL dan ROKOK-untung sampai mati
kahkahkah
pengedar dadah dihukum mati kerana dengan mengedar dadah, UMNO dan juak2 BN akan kerugian busnes dadah mereka.. ubat2 kat farmasi sumer projek distributionnya dibolot oleh BN dan kroni2 UMNO, MCA DAN MIC..
dengan hukuman mati mandatori inilah membuatkan bisnes BN menjadi lebih makmur.
Ikut hukum akal yg tak seberapa memang nampak logik dan meyakinkan. Memang kita bukan tuhan, oleh itu rujuklah al quran dan berdiskusi dengan ilmuan agama dalam hal hukum menghukum ni. Laksanakan apa yg Allah swt dah perintahkan yang termaktub dalam al quran. IsyaAllah kita tidak akan tersesat utk mencari apa2 penyelesaian masaalah asalkan kita yakin sepenuh hati utk merujuk Al quran dan sunnah.
Saya sokong TT 100%!
Lebai-lebai yang mengutuk Bro Isham atau suruh Bro Isham rujuk kepada ulamak memang tidak berhati perut.
Di Malaysia, kita tahu Ulamak tu Maha Pengampu - suka mengampu dan bodek Rajah Gopal. Tak ada guna rujuk kepada ulamak kerana ulamak hanyalah alat Rajah Gopal.
Bagi saya, Bro Isham mempunyai hati yang jauh lebih mulia dan bersih daripada tok lebai-tok lebai yang suka bunuh orang. Akibat perbezaan pendapat pun nak bunuh orang. Sikit sikit bunuh. Sikit sikit pancung. Tengok Arab Saudi. Amah Indonesia yang dirogol oleh majikan Arab dipancung mati. Adakah itu adil? KEPALA OTAK MAK BAPAK ENGKAU JIKA KAMU KATA ITU ADIL.
Allah itu Maha Pengampun. Jadi bukankah manusia patut mencontohi Allah Yang Maha Pengampun? Tulisan Bro Isham ini membuktikan bahawa Bro Isham jauh lebih baik daripada ulamak paling top di Malaysia iaitu Harussani.
Catat Ulasan