Rabu, 18 April 2012

LAGI BERITA TIPU PILIHAN RAYA



PEMGUMUMAN UNTUK SEMUA YANG AKAN TURUN KE DATARAN


pastikan telah mengambil cuti
pasti tiket keretapi telah ditempah
pastikan tiket bas telah ditempah
pastikan bilik tumpangan telah disediakan

sila ikuti tukar tiub untuk maklumat terkini
sila ikuti radio bangsar utama untuk maklumat terkini

ini ibu segala demo
ini ibu segala protes
ini ibu segala tunjuk perasaan

mari bersama membuat sejarah

anak anak muda dari seluruh negara
demo ini adalah untuk kamu
demo ini adalah untuk masa depan kamu
demo ini untuk anak anak yang akan lahir
demo ini untuk masa depan negara bangsa
demo ini untuk anak semua bangsa!


NOTA:

warga kuala lumpur
sila jemput sanak saudara
yang akan datang berdemo

bukankan pintu
sediakan toto
mari kita rayakan demokrasi

mari kita buat sejarah!


PENDATANG HARAM JADI PENGUNDI





BUKAN 19,000 TAPI 31,000 PENGUNDI DIPINDAHKAN SPR : FAUZIAH
- keadilan daily

KUALA LUMPUR 17 April: Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, berdasarkan analisa KEADILAN, bilangan pengundi yang dipindahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah dua kali ganda daripada yang diakui Suruhanjaya itu.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Abdul Aziz Mohd Yusof yang mengakui 19,000 pengundi dipindahkan di kawasan atau lokaliti berbeza.

“Berdasarkan analisa kita, bilangannya bukan 19,000 tetapi dua kali ganda iaitu 31,294. Kita dapati ada soalan saya yang tak boleh dijawab.





Contohnya Pusat Tanahan Bukit Jalil, ia terletak di kawasan Serdang tetapi mengundi di Lembah Pantai,” kata Fuziah.

Ketika memberikan taklimat kepada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat 16 April lalu, Abdul Aziz juga berkata pemindahan itu bukan hanya melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tetapi juga membabitkan 19,342 pengundi.




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tt aku tak paham apasal pr tak pindahkan juga lokaliti penyokong pr. lawanlah bn dgn teknik yg sama. parlimen bkt bintang sahaja pr menang hampir 100k majoriti. kuarkan 80k penyokong pr 10k setiap parlimen dlm kl atau selangor barulah raja nong chik x leh menang sbb boleh cover undi pos. apabila penyokong pr juga pindah tpt mengundi spr kena layan sama sprt penyokong bn dok buat. kalau dioarang komplen, kitopun bleh komplen. last2 spr akan banyak sgt kerja nak proses pengundi tukar tempat dan terlalu sibuk hinggakan tak sempat nak menipu. untuk parlimen pekan saya cadangkan supaya semua penyokong pr pindah kuar kasi najib menang percuma tapi pr boleh menang kuantan, mentakab, temerloh dan lain-lain dgn teknik pindahkan pengundi. najib akan gelak sakan sbb menang tak bertanding tp. akan nangis tak berlagu sbb akhirnya kalah semua parlimen lain di phg. its better to lose a battle but win the war. fikir-fikirkanlah kpd semua orang kuat pkr, pas, dap... bincang dan cari jalan. semua teknik ada kuat dan lemahnya so apa yang lawan kita buat kitapun boleh apply...