Sabtu, 15 April 2017

PENCERAHAN - WAJIB BACA




FB




PENCERAHAN

WAJIB BACA


kebanyakkan Gerakan Islam, tidak anggap keperluan untuk jujur dengan demokrasi. Pada mereka, demokrasi adalah sistem yang datang dari orang bukan Islam.

Apabila sistem itu bukan dari Islam, jadi tidak perlu jujur dengan demokrasi. Jika ada gerakan Islam mengikut demokrasi, kerana mereka tidak ada pilihan lain untuk bergerak. Kalau tidak ikut demokrasi, mereka tidak punyai peluang untuk menyampaikan idealogi. Jika tidak menerima demokrasi, mereka tidak akan hidup dan terus akan dimatikan.

Ekoran itu, apabila mereka mendapat kuasa setelah "berperang" dalam kerangka demokrasi, kebanyakan mereka akan menggunakan kekuasaan yang ada untuk membuang demokrasi. Makanya, ditawarkan beberapa hukuman, seperti mengkritik pemerintah dituduh sebagai bughah atau muharabah. Dengan alasan itu, wajar pengkritik, sama ada secara demonstrasi atau tidak, sebagai halal darah dan wajar dibunuh. Alasan yang mereka gunakan adalah, tindakan mengkritik itu sebagai mahu memburukkan imej kerajaan Islam dan boleh menjatuhkan kerajaan Islam.

Watak kerajaan Islam bentuk ini sewajarnya perlu dihasratkan oleh orang Islam. Ia tidak boleh dinafikan, kerana menyalahi pendapat gerakan Islam adalah sama menafikan keinginan perlaksaan Islam. Ini boleh membawa kepada kufur dan murtad, dan halal darah kepada mereka yang murtad itu.

Soal kemampuan berfikir bagi rakyat tidak penting bagi sesebuah kerajaan yang diperintah oleh kalangan yang mendakwa dalam gerakan Islam. Ini kerana, kemampuan berfikir itu sendiri boleh mengugat kekuatan gerakan Islam untuk terus berkuasa.

Tidak boleh jujur dengan demokrasi, kerana kejujuran dengan demokrasi itu adalah tanda mengimani demokrasi. Tetapi fikrah bentuk kerajaan selain demokrasi yang diwajahkan dengan beberapa ayat al-Quran dan Hadis wajar dipertahankan, walaupun kandungan kerajaan tersebut sudah ada elemen diktator. Kediktatoran tidak salah, jika ada nas. Yang salah, jika Kediktatoran itu menekan mana-mana gerakan Islam.

MA Fateh Pada zaman dinasti-dinasti kekhalifahan, ramai juga khalifah yang zalim. 

Pada saya bukan tentang sistem, tapi tentang penguasa dan pendokongnya.
LikeReply21 hr
Helmizan Dhulkeef Yang ni aku setuju








-----------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul tuh

Bukan pasal sistem , tapi pendokong nya

Kalau dah Bahalol dan BODOH

Apa apa sistem pun tak boleh pakai

Sistem Kepala Otak Dia mungkin bisa DONK....

Tuh kira GOBLOK !!!!!

DIDI KOTA BELUD berkata...

mengurus wang orang sebagai wang orang..bukan mengurus wang orang sebagai wang kepala vutuh bapak dio...itu pemimpin islam no 1 yg betul....kasi beranak wang tu sebwranak beranaknya..bukan suruh bomoh beranakkan..habislah sperm jin jin bomoh tu.....kakkakakakakakakakak

Tanpa Nama berkata...

Yup, tepat sekali komen kat atas tu, penguasa dan pendokongnya, iaitu semua pilihan ke atas rancangan dan tindakan sesuatu kumpulan itu bergantung terus (directly) pada individu yang memegang jawatan ketua kumpulan itu, serta tidak langsung (indirectly) pada sekumpulan lain dalam organisasi yang sama yang menyokong ketua tersebut. Lagi ramai dalam kumpulan penyokong itu, lagi berani si ketua membuat pilihannya, maka jika semua dalam organisasi itu menyokong atau tidak menentang hajat ketua maka si ketua boleh berjalan dengan kepala mencecah awan akibat sokongan sebulat suara orang bawahannya. Sebab itu bn mahu menang 2/3 kerusi parlimen supaya apa saja tindakan pm akan dilihat sebagai diiktiraf dengan sokongan besar, kerana jika ada pun mp dari bn yang sebenarnya tidak setuju rancangan pm, mp itu tetap kena bersetuju. Keduanya, lebih ramai individu yang dilihat memiliki nilai tinggi dalam organisasi itu turut menyokong hajat ketua maka lebih padu kedudukan si ketua. Kerana itu hadi sebagai ketua mahukan nashar ketika itu no.2 dalam parti, untuk turut sama mendokong hajat ug, sedangkan individu dari golongan terbawah iaitu ahli biasa tidak memiliki nilai tinggi langsung dalam parti maka dianggap tiada kena-mengena yakni tidak relevant pada rancangan ketua. Ketiga, lebih lama individu sama (terutamanya yang bernilai tinggi dari faktor kedua di atas) menyokong ketua maknanya setuju dengan segala pilihan si ketua dalam berbagai isu lain sebelumnya, maka lebih kukuh kedudukan ketua. Kerana si ketua mempunyai kumpulan yang terbukti loyal to his cause, yang tersedia track record, yang sudah boleh difahami kemahuan mereka (suka hadiah, ingin rasuah, mahu kejujuran, dll) berbanding individu penyokong baru yang belum dapat ditentukan feel beliau. Lebih lagi dalam dunia politik banyak parameter yang mampu merobah suasana, maka kekentalan penyokong untuk tidak bertukar haluan amat kritikal bagi kesinambungan si ketua. Adakah zahid masih kental? Adakah tuan ibrahim mahu kental?