AMERIKA & CANADA
Perang niaga sedang berjalan. Amerika kenakan sekatan ekonomi pada Canada – Kemarin PM Canada umum : AMERIKA JUGA AKAN KENA SEKATAN EKONOMI DARI CANADA.
DOLLAR FOR DOLLAR
Mat Teram umum Tasik Ontario milik Canada kini di panggil Tasik Amerika jadi milik Teram – KAH KAH KAH
MAT TERAM CUBA CEKIK LEHER IRAN
Kah kah kah
Kah kah kah
Kah kah kah
Sekatan ekonomi paling ketat diumum untuk Iran – sapa niaga dengan IRAN akan kena sekatan juga.
CHINA import 80% minyak dari Amerika tak ambil pot KAH KAH KAH
Hanya satu negara bersetuju – ini negara BARUA Yahudi ZIONIS AMERIKA -namanya United Arab Emirates.
AMERIKA HANTAR KEPALA CIA ke Moscow – wat is de bekos ? jeng jeng jeng – Nak balun Zelensky ? Jeng jeng jeng.
Menteri Pertahanan Ukraine yang di buang oleh Zelensky akan melawat Amerika – tak lama lagi – JENG JENG JENG
Mamat ini mahu PRU diadakan kerana RASUAH sedang menyamun di Ukraine kah kah kah.
JALA MAT BURUT
Kini jala Mat BurUt akan masuk ke FELDA - jeng jeng jeng.
Projek JALA sednag berjalan kencing.
PRN MELAKA
Akan menentukan nasib Mat Burut - jika BN kerjasama dengan PN maka JALA akan ditebar lagi luas - lagi ramai pemimpin UMNO akan dijala.
ZAHID HAMIDI jika lamabt akan di jala - JALA dah di pasang oleh Majlis Peguam - tapi sapa yang akan buta keputusan ? Khalas
HOKKIEN
Pagi ini kelam sedih TAK CERIA – matahari tidak di lihat – JEREBU JEREBU – KL & KL Sentral berjerebu dan juga berkabus. Rintik rintik macam nak hujan.
Jalan KOSONG – tak ada sapa tunggu gua – kemudian muncul Jantan Luka – Gua panggil JANTAN LUKA kerana dah dua kali luka di tengkuk – dulu sekali – ini kali ke dua – tapi dah makin kering sembuh – mungkin kerana bergaduh .
Dia ikut gua berjalan dengan Tak Tak hingga ke Wakaf Empat. Gua beri dia friskies.
Dekat Wakaf Empat Pak Cik Ah Keong sedang mencabut rumput . Umur dia 73 tahun bila gua tanya duduk di mana – dia tak jawab mungkin tak dengar. Motosikal din Numbo WJV 416 terletak di tepi jalan .
Hokkien sunyi pagi ini – mungkin jerebu dan cuaca yang palat tapi Terkukur masih berlagu – juga gua dengar suara Pipit.
Nak masuk ke Lorong Keluar – Mummy Itam muncul – Jantan Luka mengundur diri kerana ada satu jantan lain muncul – Maka Mummy Itam dapat Friskies.
Nasi dalam beg gua bawa pulang.
Cuaca ini menakutkan – gua jalan perlahan dan TIDAK BERSENAM – gua risau tersedut jerebu. Amin
Datanglah HUJAN !!! amin
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI RABU
YANG PENUH JEREBU
BRO
Lu jangan bandingkan diri lu dengan orang lain. Lu fokus kehidupan lu.
BRO
Lu terus berfikir positif – inilah kunci untuk membuka kepercayaan diri lu.
BRO
Tiap kali lu dapat kejayaan kecil ini adalah batu loncatan menuju kepercayaan diri yang lebih besar. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
BERHATI-HATI JEREBU