Jumaat, 22 Mei 2026
NAJIB BIN AZAK AKAN BEBAS ?
AMERIKA NGAKU
SALAH KES 1MDB
AMIN
KES 1MDB
NAJIB BIN RAZAK
BELUM SELESAI
AMIN
KALAU BEBAS
KES 42 JUTA SRC
APAKAH
NAJIB BIN RAZAK
AKAN
DI PENJARA SEKALI
KES 1MDB?
KHALAS
Goldman Sachs setuju bayar AS$500 juta selesai saman pemegang saham berkaitan skandal 1MDB
NEW YORK: Goldman Sachs bersetuju membayar AS$500 juta bagi menyelesaikan saman yang menuduh bank Wall Street itu menipu pemegang saham berhubung peranannya dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dana kekayaan negara Malaysia yang terpalit dalam skandal rasuah.
Kedua-dua pihak bulan lalu memaklumkan mereka telah bersetuju mencapai penyelesaian, namun syaratnya tidak didedahkan ketika itu.
Peguam kepada pemegang saham, diketuai dana pencen Sweden, Sjunde AP-Fonden, mendedahkan jumlah itu dalam pemfailan semalam di Mahkamah Persekutuan Manhattan.
"Penyelesaian ini adalah keputusan yang amat baik untuk kumpulan plaintif," kata peguam mewakili pemegang saham dalam dokumen pemfailan tersebut.
Penyelesaian itu masih memerlukan kelulusan hakim.
Peguam Goldman Sachs dan jurucakap bank berkenaan tidak segera memberi maklum balas terhadap permintaan komen.
Bekas Perdana Menteri, Najib bin Razak, menubuhkan 1MDB untuk menggalakkan pembangunan ekonomi dengan bantuan ahli kewangan Malaysia, Jho Low, yang kini menjadi buruan.
Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia berkata AS$4.5 bilion diseleweng daripada 1MDB, dengan sebahagiannya disalurkan ke akaun bank luar pesisir dan syarikat cangkerang yang dikaitkan dengan Jho Low.
Goldman membantu 1MDB menjual bon bernilai AS$6.5 bilion dan mengutip anggaran yuran sebanyak AS$600 juta.
Pemegang saham menuduh bank itu berbohong mengenai peranannya dalam penipuan berkenaan sambil berulang kali memuji sistem pengurusan risiko yang kononnya kukuh.
Mereka berkata harga saham Goldman menjunam selepas pelabur menyedari Goldman "secara aktif memudahkan — dan meraih keuntungan besar daripada" penipuan itu.
Goldman pada 2020 bersetuju membayar penalti AS$2.9 bilion dan membenarkan unitnya di Malaysia mengaku salah atas pertuduhan jenayah bagi menyelesaikan siasatan berkaitan 1MDB oleh Jabatan Kehakiman AS dan pihak berkuasa lain.
Seorang hakim di Brooklyn, New York secara rasmi menamatkan kes jenayah AS terhadap Goldman pada Mei 2024 selepas bank itu melengkapkan perjanjian penangguhan pendakwaan selama tiga tahun.
Seorang pegawai bank Goldman disabitkan kesalahan membantu menyeleweng dana 1MDB, manakala seorang lagi mengaku bersalah. - REUTERS
CANTIK - KANCIL YANG BIJAK
TAKTIK KANCIL
YANG BIJAK
AMIN
SUSUN ATUR
ALIRAN MEDIA
KAH KAH KAH
SENTIASA ADA BERITA
TENTANG BERSAMA
AMIN
AMK BATU LARI
AMK PANDAN BUBAR
MP KENA POTONG
AMIN
SEMUA INI
TAKTIK BIJAK
UNTUK TERUS TIBAI
ANWAR
BIN IBRAHIM
KHALAS
MP Subang dakwa akses pejabatnya ke portal MyKhas disekat tanpa penjelasan
Ahli Parlimen Subang, Wong Chen mendakwa akses pejabat Ahli parlimennya ke akaun Portal MyKhas telah disekat tanpa sebarang notis atau penjelasan rasmi diberikan terlebih dahulu.
Dalam satu kenyataan, Wong berkata tindakan menyekat akses tersebut bukan sahaja menjejaskan pelaksanaan inisiatif kebajikan untuk rakyat Subang, malah turut memberi kesan kepada reputasi baik pegawai pentadbiran di pejabatnya.
Portal MyKhas dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang digunakan bagi memuat naik, mengurus dan memproses permohonan Projek Mesra Rakyat (PMR) serta pelbagai permohonan lain.
Wong berkata, gangguan akses itu disedari pada Rabu lalu sekitar jam 12.00 tengah hari apabila pegawai pejabatnya cuba memuat naik beberapa permohonan peruntukan PMR bagi sekolah-sekolah dalam kawasan Parlimen Subang.
"Setelah menghubungi pihak berkaitan untuk mendapatkan penjelasan, pegawai saya dimaklumkan secara lisan oleh seorang penjawat awam bahawa akses tersebut telah disekat atas arahan pihak atasan di Putrajaya.
"Susulan itu, pejabat saya telah menghantar emel rasmi kepada pihak ICU pada 20 Mei 2026 bagi memohon agar akses dipulihkan segera serta meminta penjelasan rasmi berhubung sekatan tersebut.
"Selain itu, pada 21 Mei 2026, pegawai saya turut menyerahkan secara serahan tangan salinan fizikal surat rasmi kepada ICU JPM Selangor serta ibu pejabat ICU JPM di Putrajaya," ujarnya.
Menurutnya, sehingga jam 10 pagi hari ini, pejabatnya masih belum diberikan semula akses ke portal tersebut, mahupun menerima sebarang penjelasan rasmi bertulis mengenai sekatan itu.
Wong turut berkongsi surat yang dihantar kepada ICU JPM Selangor dan ICU JPM Putrajaya, yang kedua-duanya mengesahkan menerima surat berkenaan.
Dia juga berkongsi tangkap layar cubaan log masuk ke portal berkenaan setakat jam 10 pagi, yang masih menunjukkan akses dinafikan.
Sementara itu, katanya, semakan dengan beberapa ahli parlimen penyokong kerajaan lain di Selangor, termasuk ahli-ahli Parlimen PKR lain yang turut menghadiri program Hala Tuju Politik Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Ahad lalu, mendapati akaun Portal MyKhas mereka masih boleh diakses seperti biasa.
"Justeru, timbul persoalan mengapa hanya pejabat Ahli Parlimen Subang yang terkesan dengan sekatan ini. Sekiranya benar berlaku layanan yang tidak konsisten, perkara ini amat mendukacitakan dan tidak selari dengan prinsip pentadbiran Madani yang adil, telus dan profesional.
"Sehubungan itu, pejabat saya memohon agar pihak Jabatan Perdana Menteri memulihkan semula akses kami ke Portal MyKhas dengan kadar segera serta memberikan penjelasan rasmi secara bertulis berhubung sekatan pentadbiran ini secepat mungkin," tegasnya.
Malaysiakini telah menghubungi ICU untuk mendapatkan respons mengenai perkara itu.
MINAH GEMOK NAK KURUSKAN GADUH KELUARGA RAMANAN
MINAH GEMUK
CUBA KURUSKAN
MASALAH GADUH
PARTI
KELUARGA
RAMANAN
KAH KAH KAH
KHALAS
PKR runding, nasihat Ahli Parlimen hadir program Rafizi, Nik Nazmi
KUANTAN: PKR mengambil pendekatan berunding dan menasihat beberapa Ahli Parlimennnya yang hadir pada program pengumuman hala tuju politik bekas Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli pada 17 Mei lalu.
Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata, parti akan menghubungi Ahli Parlimen terbabit untuk berunding dan menasihatkan bahawa jawatan sebagai Ahli Parlimen itu turut mewakili PKR.
Beliau berkata mereka seharusnya membawa visi perjuangan parti dan bukannya berkhidmat di kawasan diwakili tetapi pada masa sama mempromosikan parti lain.
"Kita sudah arahkan beberapa pemimpin untuk berunding, berhubung dan menasihati mereka bahawa apabila mereka pegang jawatan sebagai Ahli Parlimen, mereka mewakili parti.
"Ini nasihat kepimpinan kepada mereka, setakat ini kita hormat mereka sebagai Ahli Parlimen dan harus berpegang kepada apa yang ditetapkan parti," katanya.
Fuziah berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan MADANI Mart cawangan Jalan Datuk Wong Ah Jang, di sini hari ini, bagi DUN Teruntum iaitu cawangan kedua selepas pembukaan outlet pertama di DUN Semambu.
Baru-baru ini, PKR dilaporkan akan membincangkan tindakan terhadap beberapa Ahli Parlimennya yang hadir pada program pengumuman hala tuju politik Rafizi dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Selain mengumumkan pengambilalihan parti baharu yang juga saingan PKR, Rafizi dan Nik Nazmi turut mengumumkan keluar parti dan meletakkan jawatan Ahli Parlimen masing-masing bagi Pandan dan Setiawangsa.
Antara yang kelihatan hadir ialah, Wong Chen (Subang) , Datuk Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau), Rodziah Ismail (Ampang), Zahir Hassan (Wangsa Maju) dan Lee Chean Chung (Petaling Jaya).
ALBERTI TEI - WARGA NEGARA YANG WAJIB DICONTOHI
BRO
BILA LU SERANG
ALBERTI TEI
MAKA TERBUKTI
ALBERT TEI SOSOK
BAIK JUJUR
WARGA CONTOH
NEGARA MALAYSIA
KHALAS
Unknown commented on
"ALBERT TEI -
WARGA NEGARA CONTOH !"
Kepala Butoh punya Madafakas PN.
Albert Teh itu Cina Apek Cukong yg kerja Kaki Suap dok tabur Rasuah utk dapat projek2 Dan/atau lesen2 Kerajaan.
Cina Apek Cukong ini akan idup senang lenang Dan bermaharajalela jika Kerajaan PN kerana Abah Dan Hadi memang Kaki Sakaw Komisen.
Sebab itu dia nak marah sangat dgn PMX kerana tak boleh masyuk bawah PMX.
Sohih lah Madafakas PN spt Tukar Tiub Dan Papaberry akan jadikan Albert Tei hero kerana nak humbam PMX walaupun hero adalah Cukong Kaki Suap Rasuah.
BRO - TERIMA KASEH
BRO
GUA UCAP
TERIMA KASIH
AMIN
SURAT LU BAGI
GUA LAGI KUAT
SEMANGAT
KERANA SASARAN
GUA KENA TEPAT
PADA LU
AMIN
GUA AMAT BANGGA DENGAN
KESAKAIAN GUA
AMIN
Unknown commented on
"CHINA BABI DAN DAP"
TT bila nak kena tangkap dengan Anwar?. Anak haramjadah keturan sakai
UMNO BERTAMBAH KUAT BILA TINGGALKAN ANWAR BIN IBRAHIM
UMNO TAMBAH KUAT
BILA TINGGALKAN
ANWAR
BIN IBRAHIM
AMIN
MINYAK AKAN HABIS BULAN JULAI
KENAPA ANWAR
BIN IBRAHIM
TAK PUKUL TALIPON
MINTA GENG JOGET
MAT TERAM
HENTIKAN PERANG
KAH KAH KAH
JIKA TAK
BAHAYA SAMPAI
KAH KAH KAH
ORANG RAMAI
AKAN DI HASUT
UNTUK BERDEMO
KHALAS
'Bekalan tenaga negara hanya cukup sehingga Julai, kerajaan pergiat usaha panjangkan bekalan hingga Disember - Fadillah
PUTRAJAYA: Kerajaan sedang berusaha memastikan bekalan tenaga negara dapat dilanjutkan sehingga Disember ini susulan krisis yang berlaku akibat konflik di Asia Barat, kata Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof.
Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, berkata setakat ini keterjaminan bekalan tenaga negara dijangka mencukupi sehingga Julai ini dengan usaha sedang dilaksanakan termasuk mendapatkan sumber dari luar negara.
"Kita mahu mengurangkan penggunaan dan menjimatkan sebenarnya penggunaan tenaga, supaya kita dapat memanjangkan tempoh hayat bekalan minyak serta gas kita.
"Setakat ini, insya-Allah keterjaminan bekalan tenaga kita sehingga Julai.
"Petronas sedang bertungkus lumus mendapatkan sumber bekalan, malah terpaksa pergi ke Afrika sekalipun, insya-Allah kita akan dapat keterjaminan bekalan tenaga kita sehingga Disember depan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan inisiatif Rebat Solar dan Bantuan Insentif Kelestarian (SuRIA) Home pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Fadillah berkata, kriss tenaga global yang dihadapi ketika ini memberi kesan kepada keseluruhan rantaian ekonomi.
"Banyak akan terasa kesannya dalam fasa kedua dan ketiga disebabkan kurangnya bekalan, maka ia memberi kesan pada sektor lain seperti perubatan sebab plastik diperlukan untuk pembungkusan dan juga banyak perkara lain.
"Begitu juga (sektor) pembuatan dan sebagainya, ini sudah pasti memberi kesan kepada rakyat keseluruhannya, apatah lagi negara kita juga terkesan dengan subsidi yang begitu besar terpaksa ditanggung kerajaan demi mengekang kesannya kepada rakyat," katanya.
Beliau berkata, mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang diadakan setiap minggu melaksanakan pelbagai libat urus dengan pelbagai sektor untuk melihat bagaimana kesan krisis memberi impak kepada sektor ekonomi negara.
"(Mesyuarat MTEN) juga untuk melihat bagaimana kerajaan dapat membantu mengurangkan kesan terbabit, memastikan kelangsungan perniagaan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (SME).
"Inilah yang kita laksanakan dan ia memerlukan kerjasama semua, setiap lapisan masyarakat perlu melaksanakan tanggungjawab mereka, khususnya apabila kita melaksanakan kerja di rumah (BDR), bekerjalah bersungguh-sungguh di rumah dan bukannya di luar rumah," katanya.
HARI HARI AKHIR SAEKOR PKR
LEPAS PKR BATU
PKR AMPANG
BUBAR
KAH KAH KAH
LEPAS INI SATU YB
LETAK JAWATAN
KAH KAH KAH
KHALAS
URANIUM UNTUK MASA DEPAN IRAN
URINIUAM INI
UNTUK JAGA
MASA DEPAN IRAN
AMIN
KOREA UTARA
ADA BOM NUKLEAR
AMERIKA TAK
BERANI KACAU
AMIN
ISRAEL ADA
BOM NUKLEAR
PASAI APA IRAN
TAK BOLEH ?
KHALAS
Pemimpin tertinggi Iran arah uranium diperkaya kekal di Iran
DUBAI: Pemimpin Tertinggi Iran mengeluarkan arahan bahawa uranium negara itu yang diperkaya hampir ke tahap senjata, tidak boleh dihantar ke luar negara, menurut dua sumber kanan Iran.
Ini sekali gus meneguhkan pendirian Tehran terhadap salah satu tuntutan utama Amerika Syarikat (AS) dalam rundingan damai.
Arahan Ayatollah Mojtaba Khamenei itu berpotensi menambah tekanan terhadap Presiden AS, Donald Trump dan merumitkan rundingan bagi menamatkan perang AS-Israel terhadap Iran.
Pegawai Israel memberitahu Reuters, Trump telah memberi jaminan kepada Israel bahawa stok uranium Iran yang diperkaya tinggi, yang diperlukan untuk menghasilkan senjata atom, akan dihantar keluar dari Iran dan mana-mana perjanjian damai mesti mengandungi klausa mengenai perkara itu.
Israel, AS dan negara Barat lain sejak sekian lama menuduh Iran cuba membangunkan senjata nuklear, termasuk merujuk kepada langkah Tehran memperkayakan uranium sehingga 60 peratus, jauh lebih tinggi daripada keperluan penggunaan awam dan semakin hampir kepada tahap 90 peratus yang diperlukan untuk menghasilkan senjata.
Iran menafikan ia berusaha mendapatkan senjata nuklear.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata beliau tidak akan menganggap perang berakhir sehingga uranium diperkaya dikeluarkan dari Iran, Tehran menghentikan sokongan kepada militia proksi dan keupayaan peluru berpandu balistiknya dihapuskan.
"Arahan Pemimpin Tertinggi dan konsensus dalam kepimpinan negara, ialah stok uranium diperkaya tidak seharusnya meninggalkan negara," kata salah seorang daripada dua sumber Iran itu, yang enggan dikenali kerana sensitiviti isu berkenaan.
Menurut sumber itu, pegawai tertinggi Iran percaya penghantaran bahan tersebut ke luar negara akan menjadikan Iran lebih terdedah kepada serangan masa depan oleh AS dan Israel.
Khamenei mempunyai kata putus dalam perkara-perkara penting negara.
Rumah Putih dan Kementerian Luar Iran tidak memberi maklum balas terhadap permintaan komen.
Gencatan senjata yang rapuh kini berkuat kuasa dalam perang yang bermula dengan serangan AS-Israel ke atas Iran pada 28 Februari, selepas itu Iran melancarkan serangan terhadap negara Teluk yang menempatkan pangkalan tentera AS dan pertempuran tercetus antara Israel dengan Hezbollah yang disokong Iran di Lubnan.
Namun, tiada kemajuan besar dicapai dalam usaha damai, dengan sekatan AS terhadap pelabuhan Iran serta kawalan Tehran ke atas Selat Hormuz — laluan penting bekalan minyak global — terus merumitkan rundingan yang dimediasi Pakistan.
Dua sumber kanan Iran itu berkata, terdapat kecurigaan mendalam di Iran bahawa jeda peperangan itu hanyalah helah taktikal Washington untuk mewujudkan rasa selamat sebelum melancarkan semula serangan udara.
Perunding damai utama Iran, Mohammad Baqer Qalibaf, berkata pada Rabu bahawa "langkah terang-terangan dan tersembunyi musuh" menunjukkan AS sedang bersedia untuk melancarkan serangan baharu.
Semalam, Trump berkata, AS bersedia meneruskan serangan lanjut ke atas Tehran jika Iran tidak bersetuju dengan perjanjian damai, namun memberi bayangan Washington mungkin menunggu beberapa hari lagi untuk "mendapat jawapan yang tepat."
Menurut sumber, kedua-dua pihak mula mengecilkan beberapa jurang perbezaan, namun perpecahan lebih besar masih wujud berhubung program nuklear Tehran — termasuk nasib stok uranium diperkaya dan tuntutan Iran supaya haknya untuk memperkaya uranium diiktiraf.
Pegawai Iran berulang kali menegaskan keutamaan Tehran ialah mendapatkan penamatan perang secara kekal dan jaminan yang boleh dipercayai bahawa AS dan Israel tidak akan melancarkan serangan baharu.
Mereka berkata hanya selepas jaminan itu diberikan, Iran bersedia menyertai rundingan terperinci mengenai program nuklearnya.Israel dipercayai secara meluas memiliki senjata atom tetapi tidak pernah mengesahkan atau menafikannya, sambil mengekalkan dasar samar-samar mengenai isu itu sejak beberapa dekad lalu.
Sebelum perang, Iran memberi isyarat bersedia menghantar keluar separuh daripada stok uranium yang diperkaya hingga 60 peratus, tahap yang jauh lebih tinggi daripada keperluan penggunaan awam.
Namun sumber berkata, pendirian itu berubah selepas ancaman berulang Trump untuk menyerang Iran.
Pegawai Israel memberitahu Reuters, masih belum jelas sama ada Trump akan memutuskan untuk menyerang dan sama ada beliau akan memberi lampu hijau kepada Israel untuk menyambung semula operasi ketenteraan.
Tehran berikrar akan memberi tindak balas dahsyat jika diserang.
Bagaimanapun, sumber itu berkata terdapat "formula yang boleh dilaksanakan" untuk menyelesaikan isu berkenaan.
"Terdapat penyelesaian seperti mencairkan stok uranium di bawah pengawasan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA)," kata salah seorang sumber Iran itu.
IAEA menganggarkan Iran memiliki 440.9 kilogram uranium yang diperkaya hingga 60 peratus ketika Israel dan AS menyerang kemudahan nuklear Iran pada Jun 2025.
Bagaimanapun, jumlah yang masih terselamat tidak dapat dipastikan.
Mac lalu, Ketua IAEA, Rafael Grossi, berkata baki stok itu "kebanyakannya" disimpan di kompleks terowong di kemudahan nuklear Isfahan dan agensinya percaya sedikit lebih 200 kilogram masih berada di situ.
IAEA juga percaya sebahagian lagi disimpan di kompleks nuklear besar di Natanz, lokasi dua loji pengayaan uranium Iran.
Iran berkata sebahagian uranium yang diperkaya tinggi diperlukan untuk tujuan perubatan dan reaktor penyelidikan di Tehran yang beroperasi menggunakan jumlah kecil uranium diperkaya sekitar 20 peratus. - REUTERS
Langgan:
Catatan (Atom)








