Ahad, 24 Mei 2026
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
AHAD 24 MEI 2026
PERANG HARI KE 87
SELAT HORMUZ
Sekali lagi Mat Teram klim Selat Hormuz akan di buka. Malah Teram kata rundingan akan berjalan tidak lama lagi – KAH KAH KAH
Iran jawab : RUNDINGAN APA ? kah kah kah
SELAT HORMUZ bukan lagi seperti 27 Februari 2026 – nak kembali ke tarikh itu adalah MUSTAHIL. Semua dah berubah!!
Selat Hormuz akan di kawal oleh Iran dan Oman – sapa lalu kena tol. Yang boleh lalu hanya kapal milik negara yang tidak memusuhi Iran. Amin.
RUMAH PUTIH
Satu Mamat di tembak mati berhampiran dengan Rumah Putih – APAKAH INI SANDIWARA yang di rancang untuk alah CERITA KALAH PERANG DENGAN IRAN– kah kah kah
TEATER KENCING TIKUS & EBOLA
Teater ini masih rancak berjalan - INI PROJEK TAKUTKAN RAKYAT DUNIA dan PAKSA PAKAI KD PENGELANAN DIGITAL .
Piala Bola Dunia akan berjalan di Amerika – ini masa terbaik buat TEATER lepaskan virus ini walhal ajen-ajen dah bersedia di banyak negara untuk melepaskan virus ini.
WORLD CUP hanya teater untuk bagi gempak. Macam di Wuhan dulu – ada Sukan Dunia.
NOTA : Tiga hari dulu ada laporan satu Mamat di Malaysia kena kencing tikus kah kah kah – berita belum DI GEMPAK kan lagi kerana arahan belum sampai Untuk BUT HEBOH !!! amin
HOKKIEN
Pagi ini masa gua buka pintu flet nak keluar gua dah dengar suara Jantan Muda berkokok. Masuk ke Hokkien gua dengar dua genre suara Terkukur.
Pagi ini cerah segar basah. Kemarin hujan. Matahari dah bersinar. Awan bercapuk - ada awan mendung ada awan putih – sebahagian langit biru.
PAGI INI ADA LARIAN di Hokkien – ramai – ramai sungguh – muda tua jantan betina dan kanak anak – Malah satu keluarga Melayu bawa anak dalam kereta sorong.
Tak Tak ikut sama berlari.
Kerana ramai orang Kaum Keluarga Siti tak muncul. Gua ke Wakaf Tiga bersenam. Wow Tak Tak tunggu gua – ramai juga peminat Tak Tak.
Kemudian 3 Kereta Ambulans lalu – ini tanda akhir larian.
Gua bergerak ke Wakaf Pertama – gua nampak warga Hokkien menunggu – dari jauh ramai datang berlari. Tiong Laki Bini juga datang – Siti datang lambat. Pagi ini semua makan di Wakaf Pertama.
Gua gumbira ramai datang makan.
Gua rasa hari ini akan panas. Jika petang hujan – malam sejuk santai.
NOTA : Kemarin gua di Chow Kit – harga barang dan buah seperti biasa HANYA HARGA TEMPE NAIK dari 1 ringgit sekeping jadi 1.20 sen. Amin.
BRO
SENYUM
SAMBUT PAGI AHAD
DENGAN SENYUMAN
Hendak tarah tarahlah batang
Anak rimau masuk ke pekan
Hendak marah marahlah sekarang
Mari berdemo kita lakukan
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI






