Isnin, 18 Ogos 2008

FIESTA DI PERMATANG PAUH

Kali akhir saya melihat fiesta yang ampuh dengan ribuan manusia ialah di Pamplona pada tahun 1988. Ini fiesta manusia lawan lembu yang diadakan di kota ini selama satu minggu bermula pada 7 Julai saban tahun.

Pada 16.08.08 ini fiesta di Permatang Pauh bukan lembu lawan manusia tetapi Pakatan Rakyat bangun melawan untuk menundukkan Barisan Nasional - la grande battaile.

Saya tidak dapat mengukur berapa ribu susuk yang hadir di tempat penamaan calon. Kalau saya tulis 50 ribu mungkin saya tersalah. Kalau saya katakan 20 ribu mungkin saya juga terkurang. Hakikatnya yang hadir pada pagi Sabtu itu mungkin diantara dua angka yang saya tulis.

Dari awal pagi susuk-susuk dari kedua belah pihak telah berkumpul. Lebuhraya Plus ke arah Kulim telah menjadi sesak hingga ke Butterworth. Motosikal sahaja yang tersadai ditepi jalan tersusun hampir tiga kilometer bayangkan berapa panjang kereta yang berbaris tindih - menindih.

Ada jeritan, ada laugan, ada sorakan bercampur aduk dengan gendang Hindraf dari dan rebana naga. Ada bendera, ada kain banting, ada kain rentang - semuanya memeriahkan fiesta.
Suasana menjamin menghibur walau pun jam sepuluh pagi matahari di padang semakin terik membakar.

Satelah tiga bantahan ditolak dan panas pagi semakin hilang - matahari semakin tegak diatas kepala - akhirnya Barisan Nasional diwakiliki oleh Ariff Shah, Akim di wakili oleh Hanafi Hamat dan Pakatan Rakyat olih Anwar Ibrahim.

DARI LEBUH PLUS KE DEWAN

Rasa saya satu perjalanan yang 'paling jauh' pada pagi Sabtu 16.08.08 ialah dari simpang lebuh raya Plus ke Dewan Aminuddin Baki Maktab Tuanku Bainon. Hanya satu jalan ini sahaja yang meghala ke Dewan tempat mengisi borang penamaan calon.

Di hadapan Dewan ini ialah sebuah padang luas yang telah terbahagi dua. Penyokong ke dua parti yang bertanding telah dipisahkan dengan jarak yang jauh antara satu dengan yang laian. Tidak cukup dengan jarak pemisahan seluas padang bola, telah juga di dirikan benteng-benteng plastik yang selalu kita ternampak di lebuh raya. Benteng-benteng plastik ini juga telah dipagari dengan dawai yang mengingatkan saya kepada tembok-tembok di penjara Kamunting.

Jalan laluan hampir 3 kilometer menjuju ke Dewan ini telah di penuhi oleh para penyokong Pakatan Rakyat dari awal pagi.

Di jalan kecil ini jugalah yang wajib dilalui oleh Najib Razak, Rais Yatim, Syed Hamid, Khairy Jamaluddin, Ezam Mat Nor dan Hishamudin Hussein.

Bayangkan maki hamun dan sumpah seranah yang dilemparkan terhadap penyokong Barisan Nasional.

Rais Yatim telah dihulurkan sehelai duit 50 ringgit dari salah seorang anak muda yang bersusun ditepi jalan. Tanpa mengetahui apa makna duit ini Rais Yatim telah mengambil duit itu.Sebaik sahaja duit ini di dalam tangan Rais Yatim ratus dari anak-anakl muda yang membarisi jalan ini telah bersorak - rasuh! rasuah! rasuah. Duit ini dilontarkan kembali oleh Rais Yatim ke arah anak-anak muda yang sedang bersorak-sorak ketawa.

KJ atau Khairy Jamaluddin selain dari menerima sumpah seranah telah juga dipeluk-peluk bukan tanda kesayangan tapi tandan benci yang amat sangat. Terdengar suara ' dulu hang terer di Ijok sat ni hang baru sedar!'

Rasa saya tidak adalah insan yang paling menyesal dilahirkan didunia pada pagi itu selain dari Ezam Muhamad Nor. Makin hamun dan sumpah seranah yang berterus sejuah 3 kilometer telah di lemparkan terhadap Ezam.

Jalan ini cukup merbahaya untuk para penyokong Barisan Nasional. Mereka hanya merasa selamat apabila mereka diiringi sama oleh kumpulan FRU yang bersenjata lengakap.

HUJAN FIESTA

Penamaan calon berakhir hampir jam 12.00 tengah hari. Penyokong Pakatan Rakyat mula beredar. Pukulan gendang nafiri Hindraf bergema di tepi padang untuk terus memeriahkan fiesta.

Seperti telah ada perjanjian diantara SPR dengan Yang Maha Esa, 30 minit setelah semua selesai tiba-tiba ribut sampai dengan membawa hujan yang lebat.

Maka bertempiran para penyokong Pakatan Rakyat melarikan diri dari hujan. Ada yang masuk ke dalam belukar untuk berteduh, ada yang telah bersedia dengan payong tetapi majoriti tidak mempedulikan hujan. Mereka berjalan perlahan-lahan kerana mereka menunggu para penyokong Barisan Nasional keluar untuk pulang.

Hujan yang lebat mencurah-curah ini menjadikan baju kurung, baju t dan pantalon basah dan melekat ke badan. Inilah suasana erotik Melayu yang pada satu ketika dahulu amat-amat di tunggu-tunggu di kawasan Pantai Timur ketika banjir terutama di Kota Baru.

Saya cukup simpati terhadap setiap si pemakai baju t berwarna kuning dan setiap anak gadis bertudung merah jambu. Dalam ribut hujan mereka menerima maki hamun sekali lagi. Pegawai polis dan FRU yang basah lenjan sekali lagi terpaksa mengirigi mereka keluar hingga ke lebuh raya Plus.

Pilihanraya kecil memang meriah tetapi di Pematang Pauh ianya lebih meriah dari meriah. Pilihanraya kecil ini adalah Ibu Segala Pilihanraya. Perlawanan kali ini bukan antara lembu dengan manusia seperti di Pamplona tetapi Pematang Pauh akan menentukan garis dan arah Malayasia untuk seratus tahun ke hadapan.



56 ulasan:

aloha2 berkata...

salam bang sham....

insyaALLAH...apa yang abang sham kata tuh benar...fiesta paling meriah dari meriah...harap2 kemeriahan ini berpanjangan pada 26 ogos hingga 16 september..

sy yang jumpa abang di kedai secret depan public bank dengan black....

Arios Amigos

Tanpa Nama berkata...

saya berada di sana... segala peristiwa yang dinyatakan 100% benar tanpa ada tokok tambah... yang mungkin terlepas pandanga adalah Kj terkena balingan bendera dari `peminatnya'....... Tahniah atas tulisan yang bersahaja tetapi amat bermakna...

Mr Green berkata...

Bro..

lepaih ni bole bikin movie baru da

dari permatang pauh ke putrajayee

amacam?

Calipso berkata...

Sham...

teruskan kempen teruskan perjuangan sampai berjaya...

InsyaAllah mungkin tak lama lagi.


sahabat lama - Abid...

Tanpa Nama berkata...

Salam saudara hisham,
Gaya tulisan saudara mirip-mirip kepada gaya tulisan Prof Emi. Shahnon Ahmad, dalam himpunan cerpen Debu Merah yang mana saya suka sekali membaca cerpen-cerpen tersebut.

Saya begitu teruja untuk membaca nukilan saudara lagi. Saya mengharapkan saudara dapat menghasilkan penulisan yang segar dan kritis.

Wassalam

Tanpa Nama berkata...

keep it up bro! Looking forward to more articles.

coalminecanary berkata...

Patutla tak nampak tadi kat Bau2 cafe. Ado kek Pematang Pauh kosan ehh.

I'm a fan since before 'Dari Jemapoh ke Manchestee'.

Nak togur sogan lak!

Tanpa Nama berkata...

lepaih tukar tiub, baru blh pederraih...MERDEKA!!!

Tanpa Nama berkata...

dengar cerita pun dah best...kalau siap dengan gambar ribuan penyokong2 tu lagi best la

Tanpa Nama berkata...

Tahniah buat Tuan Hisham.. Dengan adanya blog tuan ini akan dapat memperkukuh dan membuktikan kesahihan media masa kini. Sudah sampai masanya kita menerima kenyataan bahawanya media massa kita kini tidak hanya dapat di kawal oleh Kerajaan (UMNO). All the best..

Rizman Ghazali berkata...

i'm d first?? anyways, i hope to join the fiesta on polling day... c ya

Mr Joker berkata...

welcome to this new world...

akhirnya hang memilih untuk berada bersama komuniti blogger...fight.

my blog : http://www.perisik-rakyat.com/ visit me when you're free.

c ya in p-044.jmaat mlm gua gerak ke p-044.

wutever berkata...

gambar kita lebih kurang sama la :). anyway teruskan menulis n welcome to the world of bloggin'

SATIRA + KACAU berkata...

Sdr Isham: Sbuah satira yang menarik.

Satira + Kacau

Unknown berkata...

Suasana penamaan calon ini menandakan Pak Lah tiada suara di negerinya sendiri. Dan rakyat Pualau Pinang memberi amaran awal kepada seluruh negara.

Tanpa Nama berkata...

Pak Hisham,
Seronok rasanya mendengar saudara mahu membuka blog sendiri, ini yang tertunggu, dahulu mencari tulisan saudara di blog black, malaysia today, sekarang senang sekali membaca di blog saudara.

Sememangnya diakui gelombang ini mengejutkan pemimpin pemerintah, mereka ingat mereka teror, banyak sokongan, rupa-rupanya budak sekolah yang mahu duit poket yang sokong depa .....

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Tanpa Nama berkata...

askum..sy cuma nak mengucapkan taniah kepada penyokong BARISAN RAKYAT yang telah memenuhi permatang pauh pd hari penamaan calon..semoga dato seri anwar ibrahim akan menang besar.


p/s : Ada tak sambungan filem dari jemapoh ke mancestee 11??


orang tanah melayu

Unknown berkata...

syabas saudara isham..
tulisan yg menarik, dikupas berbaik utk tatapan pengunjung.
jauh skali tatkala terbaca di utusan meloya mahupun beriya hairan.
secebis gambar penyokong2 pakatan rakyat pun tiada.
harap saudara attachkan skali gambar2 menarik sepanjang kempen ini di permatang pauh.
kirim laksa sedap di sungai dua..ahaks..

regards,
ashraf

ashrafkhidzar.blogspot.com

Kerajaan Rakyat berkata...

Hisham, ada nampak pompuan yang kena raba raba tu??.

Bernama melaporkan ada penyokong parti politik yang didakwa mengambil kesempatan meraba sekumpulan ahli Puteri Umno.

Saya mencadangkan kepada sesiapa yang berhajat untuk menyiasat siapa yang meraba tubuh ke, dada ke, bontot ke si Puteri tu agar bertanya kepada Mr. Jamal @ JJ yang pakar raba meraba.

http://kerajaanrakyat.com/

Tanpa Nama berkata...

tahniah dah berblog, jgn goblok sudah...

Tanpa Nama berkata...

Tidak tahu malu dan tidak bermaruah di khalayak ramai ,wang RM50/- diambil tanpa malu dan segan.Ini menggambarkan keadaan sebenar didalam BN/UMNO.

Tanpa Nama berkata...

betul cerita ni, memang 90% yg datang dari pakatan rakyat.

mambu berkata...

benar apa yg diceritakan oleh saudara hisham. mmg artikel sebeginilah yg ditunggu2.. bukan mcm utusan atau tv3 sering sembunyikan fakta sebenar...

khalid berkata...

ya kami org pmtg pauh amat puas hati sekali pada hari tu,,baru depa tau sapa org pmtg pauh niii,,jgn kacau pmtg pauh nii

Tanpa Nama berkata...

Baru la best dah ada blog sendiri......... saya suka sangat.....

Lagi best kalau ada gambar baru la umppphhhh.......

Tanpa Nama berkata...

Salam reformasi...apa yg saudara Hisham nampak di Permatang Pauh tempoh hari merupakan satu gelombang kebangkitan rakyat serta sokongan terhadap DSAI tak berbelah bahagi...Kita tunggu pula p/raya nanti..

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Hisham atas kelahiran blog ini. Saya memang menggemari gaya penulisan anda sejak dulu lagi. Teruskan berkarya.
Pilihanraya Kecil Permatang Pauh sememangnya ibu segala pilihanraya. Pilihan rakyat Permatang Pauh bakal menentukan kelahiran Malaysian Baru atau sebaliknya.

UKUR BANGUNAN (BUILDING SURVEY) berkata...

semoga dengan pilihanraya ini menyaksikan kelahiran wakil rakyat yang benar2 dihati rakyat dan bukan hanya 'hadiah taburan' beberapa minggu utk mengaburi rakyat.

www.buildingsurveymalaysia.com

Tanpa Nama berkata...

maafkan aku hisyam...
aku x dapat datang ari tu,
beskal aku blum ditukar tiub !

kat sini tukar tiub keje 8 jam shj.
suka nye aku...
yg 1st buat komen
hahahaha

Tanpa Nama berkata...

ucapan dimulakan dengan tahniah dengan tertubuh nya blog seperti ini bagai cendawan selepas hujan.Blog seperti ini harus lah diperbanyakan lagi bagi membuka minda yang selama ini telah dikawal oleh sebelah pihak sahaja. dengan ada nya blog seperti ini rakyat Malaysia akan lebih peka dengan apa yang berlaku disekitar negara kita.

saya amat berbangga dengan kematangan dan keberanian yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia walaupun baru 50 tahun Malaysia merdeka.

Sama-sama lah kita berdoa agar sinar baru akan terbit mewarnai negara Malaysia agar setiap anak Melayu dan bangsa-bangsa lain yang hidup berteduh dibawah naungan negara Malaysia akan lebih aman dan sempurna.

(AFAR)

Fazrulls berkata...

Salam,

Syabas kerana anda telah melancarkan blog anda sendiri, saya amat tertunggu coretan dari anda...

Salam mesra,

Warga Permatang Pauh...

Tanpa Nama berkata...

Pilihanraya kali ini akan menentukan nasib kami rakyat Malaysia...

Si pemakai baju t kuning and gadis2 bertudung merah jambu...sian kome yee...eheheheh

BALIK LAAA...

Tanpa Nama berkata...

Tahniah saudara kerana memerah keringat dan otak di Permatang Pauh...

Tanpa Nama berkata...

Saya harap dapat lihat dan baca sesuatu yang menggambarkan perkara sebenar tanpa memihak ke mana-mana pihak. Walaupun saya jauh dari Permatang Pauh, saya tetap berminat mengikuti perkembangan di sana.

Tanpa Nama berkata...

Saya cuma hendak tahu, pandangan cek hisham ttg politik malaysia since "Glombang Refomasi 1999", Adakah ia akan mengalami satu politik Dwi parti seperti dikebanyakan negara maju.

Zaini76

Tanpa Nama berkata...

Salam Bang Hisham!
Kita tukar tiub dulu, lepas tu pam boh angin, kita sama-sama kayuh pi parlimen kita tukar kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Kata ada gambar. Mana gambor eh. x

Tanpa Nama berkata...

wa respek lu isham....masa feista tu wa teringin sgt nak bergambar dgn lu tapi segan nak pi...

wa jaga peti undi kg belah dua...wa jadi risau, markaz bn ditutup...apa strategi bn???

seolah-olah bn guna taktik gerila dlm PRK ni...

matcomot berkata...

minta kerjasama semua.....

di harap semua pembaca dpt email kepada :

Dato' Che Mat bin Che Ali Dato' Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah

utk mendapatkan penjelasan mengenai RAMLANG PORIGI.

email : pengarah@jawi.gov.my

: che_mat@jawi.gov.my

Tanpa Nama berkata...

sham.. aku dh sampai permatang pauh.. mana nak cari kau?

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum wrwb...

abg hisham...

tahniah kerana menubuhkan blog Tukar Tiub ni. kami memang menunggu2 abg hisham ada blog sendiri.lepas ni abg hisham teruskan perjuangan menyampaikan kebenaran khususnya kepada masyarakat kamgpung yang masih belum terdedah kepada maklumat yang adil cthnya masyarakat kampung di Jelebu...

apapun salam tahniah dari saya...dari Jolobu ke Ipoh....namun perjuangan menyokong Pakatan Rakyat tetap diteruskan....

TAKBIR!!!REFORMASI!!!

Tanpa Nama berkata...

bertuah rasanya jadi sebahagian dari sejarah bila berada di sana masa penamaan calon...

rasa nak ada kat sana masa polling day... but no friends yet... looking for kaki-kaki yang nak ke sana... pls email me at abevogue@yahoo.com

Danielle_Corleone berkata...

ya! saya selalu tertunggu-tunggu kamu di blog. :-) teruskan menulis saya berminat mahu membaca.

Tanpa Nama berkata...

Bang, bawa sikit cerita atau perkembangan di DSAI sana. Bagaimana keadaan di sebelah BN. Dengar cerita Najib tengah gelisah kerana gambar Atan sudah muncul. Betul ke?

Bangsa Cina Malaysia berkata...

Asalamualaikum

the chinese are 100% solidly supporting DSAI to be the next PM of Malaysia.

to my malay and indian friends
come let us together show and prove our solidarity and rally
behind DSAI.

forget about saiful sinful or whatever fool .

Alhamdulilah everything went smoothly during nomination day.

just go all out and vote DSAI for he will not only be our MP but also our next PM for all Malaysian.

long live DSAI and may god bless you and your family.

Ameen

Tanpa Nama berkata...

Salam...
Tertarik dengan gaya bahasa tulisan Tuan Hisam. Tetapi di sini saya lihat komen-komen Blog yang saya lawati semuanya berbaur sokongan kepada DSAI. Bukalah minda cari apa yang tersirat. Jangan terlampau Taksub. Kaji selidik untung rugi setiap keputusan.

Jangan kerana kepetahan bercakap dan kebijaksanaan putar Alam kita lupa, apa yang akan berlaku nanti di masa hadapan. Lihat sejarah, bagaimana perpecahan setelah kewafatan Nabi Mohd?

Kalau Singapura pernah tergadai, bagaimana lain-lain negeri masa akan datang??!!!!

Fikir-fikirkan lah.....

Saya lihat kebelakang ini penyokong-penyokong PR dah jadi Gangterism, setiap fakta di tolak. Apa kata DSAI semua betul....

Betul ke.....,

Tanpa Nama berkata...

Mr Sham,

Saya ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan diatas penyampaian yang dihasilkan. Saya amat berbangga dengan hasil yang padat, tepat dan benar.Ini adalah saluran penyampaian alternatif bagi menyalurkan maklumat memandangkan media massa dan pihak berkuasa telah dijadikan "kambing hitam" pihak tertentu.Saya mengharapkan penulisan seperti ini dapat diteruskan agar minda rakyat tidak ditekup dengan mainan kerajaan. Syabas saya ucapkan.Saya mendoakan PKR menang majoriti besar. INSYALLAH...

"Malaysia Baru"

Tanpa Nama berkata...

Salam...Tahniah diatas penulisan yang tepat, benar, dan padat.Semoga dengan adanya penulisan seumpama ini ianya dapat membuka minda rakyat dari dijajah dengan media massa yang dimonopoli oleh kerajaan.Bukan setakat media massa,polis juga dijadikan patung suruhan pihak tertentu. Diharapkan dengan penulisan seumpama ini, ianya dapat memberi impak yang positif bagi membangkitkan rakyat yang sedang tidur dibuai janji indah UMNO/BN.Saya mendoakan PKR atau dengan lebih jelas Dato' Seri Anwar Ibrahim menangi P44 dengan majoriti besar dan sekali gus membentuk Malaysia Baru..Syabas sekali lagi saya ucapkan.

"Putera Reformasi"

AnakSemuaBangsa berkata...

salam.. abg tlg ambil prhatian..hati2 dgn perang saraf & prmainan kotor bn, krn mereka dlm keadaan yg sangat lemah skrg utk mmenangi p.raya ini.. selamat.. takbir!!!

Tanpa Nama berkata...

'KAU MAKSIAT!!!'...'errRRrr...bokhoroh tadi dongar ko?'.....

ok gak kalau nak buat pelem baru,from permatang to percint...muahahahaha

Tanpa Nama berkata...

Be END bukan setakat akan bungkus tikar pada 26 ogos tetapi boleh lah kita kuburkan saja.... TV3 asyik mainkan cerita najib saja... pak lah ntah kemana.....

mimi berkata...

bro hisham..sejak bila ada blog?

hehe...

(suka baca dari jelebu..)

Tanpa Nama berkata...

08 Oct 2010 4.27

Tanpa Nama berkata...

kahkahkahkah aku tergerak nak letak tanda aku kat page pertama blog tt di hari jadi tt yang ke 3 ni kahkahkahkah dan seterusnya pada setiap hari ulang tahun tt yg akan datang kahkahkahkah

komunis13 berkata...

kah kah kah jugak

aku pun tregerak nak komen kat artikel pertama blog TT ni

lawan tetap lawan

Tanpa Nama berkata...

Saya suka tukar tiub..
Hari-hari saya tukar tukar tiub..
;)

jc@Metropoint