Khamis, 18 Jun 2009

SALUT UNTUK MEREKA YANG BERANI !!!



PERHIMPUAN ANTI –ISA : LIMA PELAJAR DIDAPTI BERSALAH
–mkini


Mahkamah majistret Kuala Lumpur hari ini mendapati lima pelajar universiti bersalah kerana menyertai perhimpunan haram anti-ISA pada Julai 2001.

Mereka masing-masing didenda RM3,900 atau tiga bulan penjara.

Mahkamah juga menolak permohonan mereka untuk menangguhkan hukuman tersebut.

Majistret Hafiza Sauni, bagaimanapun, melepaskan seorang pelajar daripada tuduhan tersebut.

Mereka yang didapati bersalah ialah Rafzan Ramli, Khairul Amal Mahmud, Ahmad Kamal Abdul Hamid, Nik Norhafizi Nik Ismail dan Zulkefle Idris -
semasa pelajar universiti tempatan ketika itu.

Mereka telah digantung daripada meneruskan pengajian mereka mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti Act.

Helman Samsudin adalah pelajar yang dilepaskan.

Seorang lagi pelajar, Wan Sanusi Wan Mohd Noor, tidak dapat dikesan sejak mereka dipanggil untuk membela diri.

Mereka diwakili oleh Latheefa Koya, Amer Hamzah Arshad, Nik Ikhwan.

Pendakwaan dijalankan oleh timbalan pendakwaraya, Abazafree Mohd Abas.

Pada November 2006, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan rayuan Pejabat Peguam Negara untuk membicarakan semula tujuh pelajar universiti terbabit.

Mereka didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), di luar Masjid Negara pada 8 Jun 2001.

Dalam demonstrasi tersebut, mereka membantah penggunaan ISA terhadap 10 pemimpin reformasi, termasuk kolumnis Malaysiakini, columnist Hishamuddin Rais.

Sepuluh pemimpin berkenaan dibebaskan selepas ditahan selama dua tahun tanpa bicara.




12 ulasan:

fredo berkata...

ini baru anak muda..!!1

Tanpa Nama berkata...

macam ni la anak muda...

mandapatkan kebenaran sanggup ditahan n kena tindakan..jangan hidup nak mengampu untuk dapat projrk n duit..

Tanpa Nama berkata...

Apalah bangannya majistret dan pendakwa terhadap 5 pelajar yang membantah ISA tu. Kan ISA tu tak ngam dengan Islam atau Perlembagaan Negara cuma ngam dengan UMNO dan Birokrat Universiti. Menyertai himpunan pun haram, mana level otak kita dah. Belajar kuat tak tahu melihat apa itu penyertaan demokrasi dan keadilan, tahu apply law secara mekanik, teknikal, lahirliah, buta perut!

eniXzul berkata...

salute pada mereka yang berani.
bravo TT!!

Unknown berkata...

Macam nilah baguih...

Tapi TT kena tolong bayar denda tu.

Tanpa Nama berkata...

These are the 'new voice' of the people !!


Hidup Rakyat, People Power !!


Dakis.

rafzan ramli berkata...

itu gambar lama aku la sham...hehehe. tahun 2005 tu...

Tanpa Nama berkata...

dan harapnya akan ada yang bantu mereka bayar denda ini. dimulai dgn tahanan ISA yang dibebaskan (jika berkemampuan). saya rasa itu wajar bagi menghargai semangat mereka ini!

Tanpa Nama berkata...

nie baru btl anak muda,bkn mcm bdk2 muda yg jd tali barut bn tue dh mcm tali barut penjajah zaman dlu plak aku tgk,caya la..teruskn perjuangan!

Tanpa Nama berkata...

hehehe...berdemo untuk bantah penahanan isham tu..

tengok tu isham..masih ada yang sayang kau tau...hehehe...

pi la belanja mereka tu mee kari ke...keropok lekor ke...hehehe...rokok surya ke...

bukak la cafe baru woit...

Tanpa Nama berkata...

rafzan ramli classmate gua bro isham

gua dulu pun join geng reformasi

tapi nasib gua baik sebab tak kena tangkap

jibam

Tanpa Nama berkata...

ni baru betul berani...

bukan cam penulis blog ni... mase muda2 cabut lari...

tua2 baru berani masuk dalam..

hahahhahah... betul2 malu la..