Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Khamis, 18 Jun 2009

TIKUS KENA PERANGKAP




UMNO PERANGKAP PAS ISU KERAJAAN PERPADUAN – NIK AZIZ
– harakah daily

KOTA BHARU, 17 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan isu berkaitan kerajaan perpaduan yang diriuh rendahkan sekarang hanya sekadar kenyataan peribadi pemimpin tertentu yang tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat.

Katanya setakat ini tiada sebarang kertas agenda yang dibawa dalam mesyuarat PAS atau bersama Pakatan Rakyat.

Oleh itu kata beliau isu tersebut tidak boleh dikaitkan secara langsung dengan PAS kerana ia merupakan satu padangan peribadi pemimpin tertentu sahaja.



10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila musuh bergaduh, ini berita baik! he he he...

Keylee Daud berkata...

agenda nak dekat manek urai la nie..ngegege pastu kalah senyap balik..damdam kuar balik..hahaha..amno dah takdak armor..hehe

udin berkata...

The Three STOOpas

Tanpa Nama berkata...

U R RITE!!!!!
Utusan and UBN propaganda machinery had to churn out new concept to show PAS and PR are weak and in trouble.
Dont forget, the Mongolian spirits still haunts Sri Perdana

Tanpa Nama berkata...

ITU HANYA PANDANGAN PERIBADI SETAN...kah kah kah

SETAN HANYA NAMPAK DUIT, JAWATAN, KUASA...MEREKA BUKAN NAMPAK ISLAM YANG SEBENAR

PINJAM PENYAPU KHIR TOYO...KATOK SETAN-SETAN NI...hahahaha..

[IDI AMIN]

Lee Copper berkata...

3-stooges Pas tu kena letak jawatan dan keluaq Pas.

Tanpa Nama berkata...

Nasharudin dipelawa sertai UMNO
KUALA LUMPUR 17 Jun - Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dipelawa menyertai UMNO kerana beliau tidak lagi dihargai oleh parti pembangkang itu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu seharusnya dilakukan kerana UMNO menyediakan ruang yang luas untuk Nasharudin berjuang bagi kepentingan umat Islam.

"Saya selaku Ketua Pemuda berpendapat bahawa sekiranya Nasharudin tidak lagi dihargai oleh Pas dan dihalau keluar, lebih baik beliau meneruskan perjuangan bersama UMNO," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini supaya Nasharudin meninggalkan parti itu dan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok jika masih inginkan kerajaan perpaduan.

Menurut Nik Abdul Aziz, isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada Pas kerana perkara itu tidak pernah dibincangkan di peringkat dalaman parti itu sebaliknya ia adalah lontaran idea peribadi.

Dalam pada itu, naib ketua pergerakan itu, Datuk Razali Ibrahim berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz itu adalah perkara yang malang bagi parti berkenaan kerana ia akan menyebabkan mereka kehilangan pemimpin yang bijak.

Beliau berkata, cadangan mengenai kerajaan perpaduan adalah satu idea dan tindakan yang bagus kerana ia mencetus ke arah kebaikan bukan saja bagi parti itu sendiri malahan semua pihak yang terbabit.

"Niat baik Nasharudin disalah terima oleh Menteri Besar Kelantan dan kenyataan yang dikeluarkan beliau itu sangat berat untuk diterima.

"Idea yang dicadangkan Nasharudin itu patut dikaji semula kerana beliau adalah seorang pemimpin yang bijak dan saya yakin tujuannya adalah untuk kebaikan semua dan beliau ikhlas dalam perjuangannya.

"BN sentiasa terbuka malahan sering mengadakan gerakan untuk menarik minat ramai dan kami menyambut baik penyertaan ahli baru terutamanya mereka yang mempunyai pucuk kepimpinan yang tinggi," katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, pertelingkahan antara Nik Abdul Aziz dan Timbalan Presiden parti itu adalah isu dalaman Pas.

"Saya lihat tindakan Nasharudin tiada salahnya. Idea ini sepatutnya diterima dengan hati terbuka kerana ia mencerminkan pandangan majoriti ahlinya.

"Bersama siapa atau pihak mana perundingan kerajaan perpaduan harus dilakukan tidak perlu ditimbulkan. Apa yang penting adalah ia memberi kesan yang positif terhadap semua pihak terbabit dan bukan demi keuntungan individu.

"Janganlah kita menutup atau menyekat kesemua jalan kebaikan yang kita rancang," katanya

-utusan

Tanpa Nama berkata...

Bukan saja Hadi atau Nasharuddin yang kita tahu tiada pegangan perjuangan politik yang kuat, siapa aja boleh digiurkan dengan pangkat dan wang yang merupakan ganja untuk merasa mabuk duniawi. Dulu Asri kena, ah ramai boleh kena tipu kerana manusia biasa. Itu sebab pejuang tulen amat sulit ditemui seperti Rashid Maidin, Burhanuddin, Pramoedya,Syed Husin Ali, TT, Lim Kit Siang. Jangan ikut seperti Chandra, Ezam, Roslan Kassim, atau yang paling best sekali Ibrahim Ali

Tanpa Nama berkata...

Haji Hadi tiada pegangan politik yang kuat?? kepala opah kauu!!!

Tanpa Nama berkata...

gerombolan tu yg patut masuk pas,wwtpe nk belayar ngn kapal nk karam...ape punya turr...