Ahad, 23 Mei 2010

NASIONALISMA KALIMANTAN MUNCUL KEMBALI




PILIPINA MASIH MENUNTUT SABAH




DOMPOK : STATUS SABAH SERAWAK TAK SAMA – malaysiakini

Sabah dan Sarawak tidak boleh dilihat dalam konteks yang sama dengan negeri-negeri di Semenanjung kerana kedua-dua negeri itu bergabung dengan Malaya untuk membentuk Malaysia, kata Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Bernard Dompok.

Berasaskan tujuan tertentu, bapa-bapa pengasas pada ketika itu telah membayangkan satu situasi untuk Sabah dan Sarawak serta Persekutuan Tanah Melayu membentuk sebuah negara bernama Malaysia.

"Saya rasa semangat perjanjian itu dicerminkan hari ini menerusi pentadbiran kerajaan Sabah dan Sarawak yang mempunyai kabinet masing-masing," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Kaamatan Kampung Madsiang, di Penampang semalam.

nota:

kesian tengok sabah
kesian tengok serawak
sabah ketika masuk malaysia dahulu
sabah negara terkaya
bila sudah masuk – sabah hari ini termiskin
ini bukan dongeng – sila lihat buku sejarah
iban dan dayak kena kelentong
di serawak kena kelentong oleh melanau
di sabah kena kelentong oleh apno

untuk anak muda yang tidak mengenal sejarah
projek malaysia ialah projek penjajahan baru
malaysia ialah projek british
bung karno menentang projek ini kerana bung karno
menyokong nasionalsima kalimantan.

anak anak muda !

ketahuilah bahawa dalam perlembagaan philipina
sabah adalah sebahagian dari negara phlipina
philipina tidak pernah undur tentang ini
tahun 2010 kesedaran nasionalisma
kalimantan utara muncul kembali
kemana arahnya ? pasti bukan hendak jadi hamba
kepada minoriti melanau keluarga taib mahmud
atau jadi hamba kepada apno
dan pasti 31 ogos bukan hari malaysia
31 ogos ialah hari untuk bangun lambat kah kah kah


21 ulasan:

MuazAzizan berkata...

TT...

Sabah ni kaya dgn hasil bumi dan keindahan alamnya, tp disebabkan kerakusan, penduduk sabah masih tidak dapat kecapi peruhan dan kesenangan sebenar selepas merdeka dr british, krana dijajah oleh BN dan UMNOAPCO.

Musa Aman perlu dijatuhkan untuk pastikan sabah kembali kaya dan berwawasan..kalu penduduk sabah berani dan mahukan perubahan cubalah menangkan PR PILIHANRAYA NEGERI AKAN DATANG lihat mampukah PR perintah sbah dan beri kemakmuran. jika tidak, pilih semula BN. DARE TO CHANGE! WE HAVE THE POWER TO CHANGE IT!

Tanpa Nama berkata...

Nasionalis konon!
Ko cakap macamlah ko tahu betul negeri Sabah dan Sarawak. Puih!

Mana ko tahu dulu dan sekarang?. Baik ko jaga negeri ko sendiri. Barangkali keluarga ko pun masih ndak dpt ko jaga.

Menyusahkan orang adalah...

Tanpa Nama berkata...

Lu ni..gua tgk tulisan lur makin melampau.lu sndiri pon xtntu hala.blah la lur.

Tanpa Nama berkata...

kalau pun betul, hendak ke rakyat sabah nak jadi filipina? jauh tayar dari tiub,
bung karno pun dah lama meninggal, lupakan diktator indon tu, dia pun dah tinggal tengkorak...

Tanpa Nama berkata...

31ogos hali wa kuar ngan amoi wa

Unknown berkata...

BRO ISHAM,

saya rasa masalah sabah sarawak malaya ni timbul sbb kat sekolah tak penah ajar sejarah pembentukan malaysia yg sebenarnya.sabah sarawak tak pernah masuk malaysia. malaya sabah sarawak singapura sama2 membentuk malaysia.

adakah status sabah sarawak dgn negeri malaya memang tidak sama? dulu ada hakim besar malaya dan borneo. apa maknanya tu? pesuruhjaya polis sabah tak sama dgn ketua polis selangor. ketua menteri sarawak tak sama dgn menteri besar perak. exco negeri pahang tak sama dgn kabinet menteri sabah.

berapa ramai orang malaya yg paham dan tahu ttg ini? dan juga tak semua rakyat sabah sarawak sedar ttg ini. sabah ada perjanjian 20 perkara sarawak ada perjanjian 12 perkara kalau saya tidak salah. tapi johor tak ada apa2 perjanjian ketika malaysia dibentuk.

saya sendiri org malaya. tapi bila dah lama kerja di sabah saya belajar ttg sejarah pembentukan malaysia. saya dapat rasakan apa yg perasaaan tidak puas hati rakyat sabah sarawak. saya tidak salahkan mereka. kerana itulah yg telah dipersetujui apabila malaysia dibentuk.

Tanpa Nama berkata...

Sarawak memang ditadbir kerajaan kolonial baru bernama Semenanjung Malaysia selepas British. Semua rakyat sarawak tahu perkara ini. Kami rakyat sarawak masih ingat perjanjian 18/20 sarawak menyertai malaysia. Semua isi kandungan perjaanjian ini dikekalkan rahsia, malah dilenyapkan terus daripada arkib negara.Inilah kerja puak2 UMNO dan BN untuk mengeksploitasikan kekayaan sabah dan sarawak.

Unknown berkata...

bro isham,

saya mahu tambah sikit pasala sejarah sabah dan filipina ini. sejarah ini agak susah difahami kalau kita tak pernah membaca kisah yg sebenar. sultan brunei adalah pemilik asal wilayah pantai barat sabah. mungkin wilayah ini meluas hingga ke pantai timur sabah. sultan sulu pernah membantu sultan brunei mengalahkan lanun2 sepanjang perairan sabah. sebagai hadiah wilayah pantai barat dan timur ini dihadiahkan kepada sultan sulu. perkara ini berlaku lama sebelum syarikat north borneo mendapat hak penyewaan sabah.

masalah berlaku bila sultan sulu menyewakan sabah kepada syarikat north borneo. ingat bukan queen of england. selepas jepun tewas syarikat north borneo menyerahkan pula hak menjaga sabah kepada queen of england. jadi adakah perjanjian asal dah terbatal?

dlam masa yg sama sultan sulu telah hilang kekuasaan ke atas mindanao. kesultanan sulu sendiri telah menjadi sebahagian dr negara filipina. dgn sbb itu filipina merasakan sabah adalah wilayah mereka. tp adakah itu memg benar?

masalah ini menjadi sebenar2 masalah bila pembentukan malaysia bermula. filipina pantas mendakwa sabah sebahagian wilayah mereka. cuma masalah filipina agak sukar sbb pembentukan malaysia mendapat restu united nation. bg pihak malaysia yg menjadi duri dlm daging adalah kerana sabah/malaysia masih membayar "sewa" kepada waris sultan sulu. ingat malaysia tidak pernah menbayar sewa kpd kerajaan filipina.

mungkin pembaca sukar mempercayai apa saya tulis. kalau ingin tahu sejarah rajinkan membaca. internet tidak memerkulan kita pergi ke library mencari bahan.

mad berkata...

keluarlah sabah & sarawak dari malaysia yg byk pemimpin rasuah. dapatkan 100% hasil minyak, bukan 5% seperti sekarang ni. itupun banyak hasil royalti masuk poket pemimpin bn tempatan. kalau boleh bergabung dgn brunei lagi baik sebab brunei negara islam dan rakyatnya tak perlu bayar cukai.

Tanpa Nama berkata...

PERSOALAN DAN KERASIONALAN POLITIK, PERKIDMATAN AWAM, EKONOMI, PEMBANGUNAN MANUSIA DAN PENDIDIKAN.

(isu Duri dalam daging yang jika gagal diselesaikan bakal menghancurkan kerajaan UMNO / BN)

**Adakah betul kedudukan, keistimewaan, kepentingan dan hak “prebumi” anak Sabah dan Sarawak hanya tinggal dalam kenangan setelah kemederkaan?

**Dimanakah bidang kuasa dan kedudukan Yang Di-pertua Negeri Sabah dan Sarawak sekarang setelah mencapai kemederkaan Malaysia dengan Tanah Malaya?

**Dimanakah bidang kuasa dan kedudukan Mahkamah Adat Prebumi (Native Court) Sabah dan Sarawak sehingga 31hb Disember 2008?

**Kalau orang Melayu mempunyai tanah rezab mengapa pula kaum “prebumi” Sabah dan Sarawak hilang hak keatas tanah pusaka atau tanah adat (Native Customary Right Land) tanpa mempunyai “native title” semenjak kemederkaan?

**Mengapakah orang bumiputra tanah Sabah dan Sarawak terutamanya kaum “prebumi” (native/indigenous peoples) hilang taraf kelayakkan perjawatan tertinggi dalam perkhidmatan awam (civil servant)?

**Jika kaum “prebumi” Sabah dan Sarawak mempunyai keistemewaan sepertimana orang Melayu, mengapa mereka kurang mendapat perjawatan yang serata/setaraf tinggi dengan orang Melayu (Bumiputra) dan Bukan Melayu/Bumputra (Cina dan India) jika dibandingkan dengan Malaysia Barat dalam sektor perkhidmatan awam: Perkhidmatan Pentadbiran; Akitek, jurutera dan pegawai profesional; Pegawai kesihatan dan perubatan; Ahli Sains Fizikal; Ahli Sains Sejati; Prangkawan Profesional; Perkhidmatan Beruniform (Tentera/Polis/Kastam/dll); Pengangkitan dan Media Massa?

**Mengapa adanya penafian secara berterusan terhadap penindasan, exploitasi, discriminasi, marginalinasasi, depressi, oppressi terhadap kaum “prebumi” bangsa anak Sabah dan Sarawak sampai ke hari ini?

**Mengapa peratusan “Hak Milik Modal Saham dan Pemilikan Ekuiti” kaum “prebumi” di sektor korporat” masih secara langsung atau tidak langsung kurang/tiada pencapaian mahupun tiada wujud dalam Sektor Korporat jika dibandingkan dengan kaum “Bumiputra” orang Melayu, Bukan Bumi (Cina, India,dan lain-lain, serta orang asing dan syarikat nomini) sehingga 31hb Disember 2008?

**Mengapa “Taraf Kemiskinan dan Jurang Pendapatan Antara Kaum” dengan kaum “prebumi” Sabah dan Sarawak juah lebih tercicir dan meningkat jika dibandingkan dengan “Bumiputra” orang Melayu dan “Bukan Bumiputra” (Cina dan India), sehingga 31hb Disember 2008? di semenanjug Malaysia.

**Mengapa jumlah Pelajar kaum “prebumi” Sabah dan Sarawak jauh ketinggalan dan kurang mendapat peruntukkan pendidikkan biasiswa dan pelbagai kemudahan lain mahupun mencapai Ijazah Pertama dan Diploma di Institusi Pendidikan Awam Tempatan?

**Berapakah jumlah pelajar kaum “prebumi” Sabah dan Sarawak yang berjaya memasuki dalam “Bilangan Institusi, Pelajar dan Tenaga Pengajar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta” sehingga 31hb Disember 2008?

** Jika “Survival Malaysia” dari segi ekonomi dan politik bergantung kepada integrasi nasional yang diuruskan oleh komponen Barisan Nasional itu sendiri; bagaimana pihak Barisan Nasional boleh mencapai kepercayaan rakyat dalam waktu yang singkat? Adakah alasannya masih bergantung kepada integrasi nasional yang berpanjangan (46 tahun sudah berlalu)?

Mat Amin berkata...

Setuju TT,


Malaysia adalah projek new kolonial British.

Inilah sejarah sebenarnya.

Tanpa Nama berkata...

The 20-point agreement, or the 20-point memorandum, is an agreement made between the state of Sabah (then North Borneo) with what would be the federal government of Malaysia prior to the formation of Malaysia in September 16, 1963. A similar agreement was made between the state of Sarawak and the federal government but with certain differences in their 18-point agreement

The agreement is here:

http://dayakbaru.com/weblog08/2010/02/03/sabah-20-points-sarawak-18-points-agreement/

Tanpa Nama berkata...

The 20-point agreement, or the 20-point memorandum, is an agreement made between the state of Sabah (then North Borneo) with what would be the federal government of Malaysia prior to the formation of Malaysia in September 16, 1963. A similar agreement was made between the state of Sarawak and the federal government but with certain differences in their 18-point agreement

The agreement:

http://dayakbaru.com/weblog08/2010/02/03/sabah-20-points-sarawak-18-points-agreement/

Rentap berkata...

Merdekakan Sarawak dan Sabah dari Malaysia!

Lang berkata...

ye lah tu... anon2 10:51, 12:22 perkara yang sering di diamkan dari rakyat akhirnya bila tahu dah terlambat... batu putih jadi apa? bukan ke dr sejarah awalnya didiamkan dan hanya segelintir saja yg tau... akhirnya serah pada s'pore... telaga minyak jatuh ke brunei, jangan nnt tahu2 saja sabah dah jd pilipina.

Tanpa Nama berkata...

kawasan minyak sarawak sudah kena jual
kawasan minyak sabah bila lagi nak jual?

Tanpa Nama berkata...

we sabahan dont want to join philipines or malaysia. we want our own country la....

we dont to be perintah by anyone.

Tanpa Nama berkata...

aku anti semua sultan. termasuk sultan sulu. sabah tidak patut diperintah oleh mana-mana kuasa monarki. sesiapa yang masih cakap sabah adalah milik sulu, masih bermimpi di siang hari. sabah adalah milik rakyat. bukan milik sultan atau siapa-siapa.

the people should own sabah. fuck sultan sulu. fuck bn. fuck umno.

Unknown berkata...

tt..
apa bisa kalau sabah di serah kpd
datok radin bong mukhtar& datin zezie nama pon dah sesuai( radin )macam kelas fiodal/lanon.kah,kah,kah.

Tanpa Nama berkata...

Chegar MD. Aku sokong. Memang betul tu. Biar Bung Mokhtar jadi sultan sabah.Biar rakyat sabah kena jual.

Tanpa Nama berkata...

lebih baik sabah masuk msia dari masuk filipina atau indonesia...projek malaysia berjaya...kalau tak suka malaysia penulis pergi ke luar negara je lah..ada otak fikirlah