Selasa, 19 November 2013

CINTA KASEH DAN SAYANG







KEKASIH PALING COOL
UNTUK KURUN YANG LALU

 CINTA  YANG AGUNG
 IALAH CINTA YANG GAGAL

kita membaca uda dan dara
kita menonton uda dan dara
kita membaca romeo dan juliet
kita menonton romeo dan juliet
kita membaca ali dan nina
kita membaca layla dan majnun
cinta yang agong ialah cinta yang gagal

tapi ada lagi cinta yang agung
cinta yang lebih memberahikan
ada rompakan
ada pembunuhan
ada kematian
ini juga cinta agong
ini cinta maut

BONNIE DAN CLYDE
di amerika kita  ada  membaca  bonnie dan clyde
kita menonton filem  bonnie dan clyde
dua kekasih dalam tahun tahun 30'an
melakukan rompakan 
melakukan pembunuhan
di wilayah texas dan di missouri
kita tahu apa akhirnya kesah cinta mereka

MYRA DAN IAN
di united kingdom 
kita bertemu ian bradey dan myra  hindley
dua kekasih yang melakukan keganasan
di wilayah hutan rumput berbatu
 di wilayah manchester
ini berlaku dalam tahun tahun rock n rool 
tahun tahun beatles baru nak muncul
1963-1965

dua kekasih dijatuhkan hukuman 
mereka dipenjara tanpa bebas

ian disahkan gila dalam tahun 1985
hindley dalam penjara belajar di open universiti
dalam bidang 'kemanusian' dan mendapat ijazah
tahun 2002 dia meningal dunia dalam penjara
kekasihnya ian  masih ditahan

MONA DAN FENDI
di malaysia kita bertemu dengan mona dan fendi
kita tahu dimana akhirnya cinta mereka

PAGI INI
kita bertemu dengan sulinder dan harvinderjit
ini juga kesah cinta yang agung
kesah rompakan
kesah kehidupan
kesah cinta kaseh dan sayang

NOTA
cinta yang membosankan
cinta yang paling boring 
ialah cinta yang berakhir 
dengan beranak bercucu
dengan membeli kereta
dengan membeli  rumah

dalam senyap senyap
kahwin satu lagi di golok
kah kah kah

lepas tu pergi umrah
kah kah kah

SULINDER DAN HARVIN
Suami isteri didakwa samun
KUALA LUMPUR 18 Nov. - Seorang pemandu teksi dan isterinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 12 pertuduhan menyamun termasuk menggunakan senjata melibatkan wang tunai RM4,910, 14 telefon bimbit dan pelbagai barangan berharga milik 12 penumpang teksi, tiga bulan lalu.

Sulinder Singh, 36, dan isterinya, Harvinderjit Kaur, 23, didakwa atas empat pertuduhan bersama-sama melakukan samun menggunakan pisau terhadap empat penumpang teksi di lokasi berbeza melibatkan wang tunai RM4,440, beberapa telefon bimbit, kamera digital, barangan kemas dan pelbagai kad mesin juruwang automatik (ATM).

Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di beberapa tempat antaranya di Taman Connaught, Cheras dan Taman Tasik Titiwangsa, di sini antara pukul 8.20 pagi dan 2.35 petang, 30 Ogos dan 19 Oktober lalu.

Sulinder juga didakwa atas tiga pertuduhan melakukan samun termasuk menggunakan pisau terhadap tiga penumpang teksi melibatkan wang tunai RM90 dan beberapa telefon bimbit di tiga lokasi berbeza antaranya Taman Len Seng dan Jalan Tun Razak di sini antara pukul 8.10 pagi dan 2.35 petang, 15 Oktober dan 16 Oktober lalu.

 CINTA MAUT 
Nor Aizam tidak mencadangkan sebarang ikat jamin terhadap kedua-dua tertuduh namun peguam Rejinder Singh yang mewakili mereka memohon mahkamah membebaskan Harvinderjit dengan jaminan atas alasan anak guamnya mempunyai tiga anak yang memerlukan perhatian seorang ibu.

Hakim Azwarnida Affandi membenarkan wanita itu diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan syarat tambahan melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Walau bagaimanapun, suami wanita itu tidak dibenarkan untuk diikat jamin.


Beliau turut menetapkan 2 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, di Mahkamah Sesyen berasingan, Sulinder turut didakwa atas lima pertuduhan samun termasuk bersenjatakan pisau terhadap lima mangsa berlainan, bulan lalu.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sekitar daerah Cheras, Brickfields dan Sentul dekat sini, antara pukul 10.15 pagi dan 4.05 petang, antara 15 Oktober dan 21 Oktober lalu.

Bagi kelima-lima pertuduhan tersebut, Sulinder didakwa menyamun wang tunai berjumlah RM380, enam unit telefon bimbit pelbagai jenama, dua bentuk cincin emas, kad pengenalan dan beberapa kad ATM.

Rejinder memohon mahkamah agar tidak bersikap prejudis terhadap anak guamnya dan membenarkan dia dijamin dengan nilai yang rendah atas alasan lelaki terbabit bukan daripada keluarga berada.

Timbalan Pendakwa Raya, Norman Mohd. Nasir tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan melibatkan faktor kepentingan awam memandangkan tertuduh merupakan pemandu teksi.

Hakim Azman Mustapha memutuskan untuk tidak membenarkan Sulinder diikat jamin dan menetapkan 2 Disember ini untuk sebutan semula kes.



 YANG INI NAMANYA 
CINTA   ENTOT ENTOT LARI
SUDAH ENTOT
TAK MENGAKU
PANCUT  DALAM PERUT
TUDUH ORANG LAIN
PUNYA KERJA

----------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT ni penyokong rakyat atau penyokong keganasan?....suka kalau ada ramai pasangan jadi penyamun atas dasar cinta? Pikirla sendiri...jangan pakai kepala lutut....