Ahad, 9 Februari 2014

USTAZ COOL TELAH BERSUARA





NOTA
ustaz wan ji
telah di nobatkan
oleh tukar tiub 
dan pembaca tukar tiub
sebagai watak cool yang menjadi ikutan anak muda

Murtad berlaku kerana kelemahan agensi Islam, bukan dakwah Kristian, kata ustaz PAS

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini mengatakan perkataan Allah, jika digunakan orang Kristian di dalam Bible, akan mencetuskan kekeliruan di kalangan orang Islam yang mungkin salah faham tentang identiti "Allah", dan akan membawa mereka kepada murtad.
Ini menyebabkan pengharaman perkataan tersebut terhadap akhbar Katolik mingguan Herald yang dibantah orang Kristian, mendakwa sekatan tersebut melanggar hak beragama mereka.
Wan Ji mengecam sekatan tersebut dengan mengatakan tiada apa di dalam Al-Quran yang menunjukkan perkataan itu eksklusif untuk orang Islam.


YA AMPOOOON

Terdahulu, Wan Ji menarik perhatian kontroversi selepas membuat kenyataan menghasut tentang keluarga diraja.
Beliau mendedahkan beliau sudahpun disoal polis sebanyak enam kali kerana kenyataan tersebut.
Bagaimanapun beliau tetap dengan kritikan beliau terhadap monarki Malaysia, bahawa Sultan tidak boleh menjadi ketua agama.
"Apa yang salah tentang Malaysia ialah ketua monarki juga digelar ketua agama.
"Jika kita gunakan istilah itu, bermakna apa sahaja yang dilakukan oleh ketua agama menjadi agama itu sendiri.
"Tetapi, sesetengah tindakan Sultan bertentangan dengan agama Islam.
"Imej Islam semakin rapuh kerana perkara yang mereka lakukan, yang tidak betul di sisi Islam," tegasnya.
baca dsini:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/murtad-berlaku-kerana-kelemahan-agensi-islam-bukan-dakwah-kristian-kata-ust

------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ustaz mcm ni la yg kita nak. Hanya takut pada Allah. Bukan pada dewa2 bankata C++

Salam
Farid

Tanpa Nama berkata...

Memang banyak perkara dala agama Islam dipaksa untuk diikuti bukannya berasal dari Quran, tetapi ulama, mufti, ustaz, agensi agama yang sudah ada semacam 'authority' mendefinisikan mengikut tafsirannya dan orang lain tidak boleh memberi tafsiran yang berlainan walaupun mengikut rasionaliti dan ilmu pengetahuan moden. Itu sebab ada kononnya 73( mungkin lebih) puak agama dan setiap puak merasakan dialah yang paling betul, afdal dan muktamad tanpa toleran yang puak lain dan sesiapa saja boleh membuat tafsiran asalkan mengguna logik dan bukannya mitos dan fakta yang yang boleh dicurigai dan dipertikaikan. Ayat Quran diturun 1400 tahun dahulu maka maksud pada zaman Nabi Mohamad dan masyarakat Badawinya mungkin kureng sesuai digunapakai bagi zaman digital, sains dan teknologi kini khasnya bagi generasi X, Y dan Z.

Tanpa Nama berkata...

Wanjin al Wahabi

Tanpa Nama berkata...

patutlah hang tuah kata tak kan melayu hilang di dunia. sbb dimalaysia ni bangsa apa pun boleh jadi melayu. benggali boleh jadi melayu. iban pun boleh jadi melayu. EEE pula dah jadi melayu...