Jumaat, 25 Disember 2015

ADA USTAZ SUKA BIDAAH







FACE BOOK


Selamat Menyambut Maulud Nabi. Kecik-kecik dulu suka campur penat. Penat sebab kena berjemur tengah panas jalan berarak dari sekolah ke masjid. Suka sebab dapat makan sedap kat masjid 
grin emoticon
Pada ustaz/ustazah yang tak bagi sambut Maulud Nabi kata bid'ah lah segala. Well, banyak benda yang si penceramah tu buat pun sebenarnya banyak lah bid'ah juga kan. Ustaz yang suka bid'ah kan itu ini tu pun, kalau bagi ceramah pun dalam bahasa Melayu, atau mungkin pernah mengaji kejap kat Eropah, atau pakai baju kot macam Mat Salleh, pakai kereta, naik kapalterbang, makan pakai sudu garpu , kalau Raya makan ketupat, buka puasa minum air batu sirap, macam-macam lah. Well - itu semua pun bid'ah lah juga sebab Nabi tak pernah buat semua tu kan...

At the same time, ustaz/ustazah juga yang suka kata Islam ini agama mudah, ad-deen. Kalau balik prinsip asas Islam - apa-apa yang baik itu halal, apa-apa yang tak baik atau yang memudarat kan itu haram. Mudah, kan.

Sambutan Maulud Nabi hanya tak bagus kalau ada buat acara besar-besaran yang membazir dan tak memanfaatkan orang ramai, atau acaranya menyesakkan jalan lalu lalang hingga menyusahkan pengguna jalan misalnya.

Maulud Nabi juga hanyalah tidak bagus kalau ianya boleh membuatkan orang seperti 'menTuhankan' Nabi seperti memuja Nabi seperti Nabi itu pun Tuhan, misalnya. Islam memang melarang sikap ini, sebab itu status Hadith Nabi juga tidak boleh mengatasi ayat-ayat Al-Qur'an. Maknanya hadith Nabi tidak boleh overrule firman atau ayat-ayat Tuhan, iaini hadith mesti subjected to the basic principles outlined by the Qur'an.

Tapi kalau sambut Maulud Nabi tidak memudaratkan, ok lah tu. Kalau sekadar membuat orang kenangkan kebaikan dan jasa Nabi, ciri-ciri baginda yang mulia termasuklah sangat toleran terhadap perbezaan - bagus lah tu.

Kalau Maulud Nabi buat orang kampung atau masyarakat setaman berkumpul, bertemu dan bergotong royong, beramah mesra mengeratkan silaturrahim - pun bagus lah tu.
Apatah lagi bila dapat cuti pulak di hari Maulud Nabi grin emoticon, sekeluarga rehat atau berholiday sama-sama, pun bagus juga lah tu.

ile emoticonDan ia juga begini - pada siapa yang tak nak sambut, sila kan saja lah duduk manis di rumah tak yah buat apa-apa. Tak da siapa nak marah pun sebab benda ni pun tak wajib. Cuma janganlah nak menghalang orang lain yang nak meraikannya pulak.. Belajar-belajarlah hormati perbezaan ...
Selamat Menyambut Maulud Nabi.! smile emoticon


-----------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cuti lagi....

Yahoo!!!!!!

Maulud.......

Jangan tak Maulud !!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Bab mentekendarah sampai perut boyot.. al-ostat dan ulamak2 ni.. xder la kecoh pulak bidaahnya..

Mengkala hal mentekendarah duit.. balun nasik kambingggg.. makan free.. rembat duit anak yatim.. sumer yg kene kat depa.. harusssss.. sunatttt.. lanchiow la sumer ni..

Tanpa Nama berkata...

Sambutan Maulud nabi memang bidaah. Dan tidak dibuat oleh para sahabat. Bidaah adalah hal berkenaan ibadah khas sahaja selain dari itu bukan lah bidaah namanya; iaitu naik kapal terbang, makan pakai sudu garpu dan sebagainya tiada larangan. Alasan asalkan baik apa salahnya tidak boleh dipakai untuk membolehkan kita melakukan apa yang tidak dilakukan oleh nabi dan para sahabat dalam bab ibadat.
Penulis hendaklah mendalami agamanya sendiri dan merujuk dengan orang yang berilmu sebelum menulis.