Jumaat, 29 Mei 2026
ALBERT TEI WAJIB JADI IKUTAN
KITA PERLU
RAMAI LAGI
SOSOK BERANI
SEPERTI
ALBERT TEI
AMIN
BOCOR MAKLUMAT
DAN BERANI
BANGUN MELAWAN
KHALAS
Albert Tei lapor polis, dakwa difitnah pengarah JSJ Bukit Aman
Ahli perniagaan kontroversi Albert Tei membuat laporan polis terhadap Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman M Kumar, mendakwa dia difitnah.
Tei membuat laporan polis susulan penyiaran laporan media yang memetik Kumar sebagai berkata Tei diugut oleh peguam bekas ketua pesuruhjaya SPRM Azam Baki.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya berkenaan dua siaran media di atas yang tidak berasas dan berunsur fitnah dikatakan oleh Pengarah JSJ Bukit Aman, M Kumar.
“Saya tidak pernah membuat dakwaan yang dikatakan itu dalam laporan polis mahupun di dalam rakaman keterangan di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah yang dirakam oleh pegawai penyiasat.
“Saya menggesa pihak polis mendedahkan bukti yang menunjukkan saya membuat dakwaan sedemikian dengan kadar segera,” katanya dalam laporan polis dibuat di ibu pejabat polis daerah (IDP) Dang Wangi, Kuala Lumpur, pagi tadi.
Tei dalam laporan polis pada 13 Mei di Putrajaya mendakwa Azam mengugut dan cuba menghalangnya daripada mendedahkan skandal rasuah Sabah pada November 2024.
Dia mendakwa ugutan itu dibuat Azam melalui peguamnya (peguam Tei).
Tei mendakwa insiden itu berlaku pada 10 November 2024 ketika dia sedang dalam proses mendedahkan skandal rasuah yang melibatkan 15 orang ahli politik berpangkat tinggi di Sabah.
Azam menolak tuduhan terhadapnya sebagai tidak berasas mempertimbangkan untuk menyaman Tei.
‘Kesan serius pada fakta’
Sementara itu, Tei memberitahu Malaysiakini, kenyataan Kumar itu memberikan kesan yang sangat serius terhadap kesahihan fakta tentang naratif kes jenayah ugutan yang dilakukan oleh Azam Baki terhadap saya.
“Oleh yang demikian, saya membuat laporan polis ini supaya pihak polis segera menjalankan siasatan secara tegas dan bebas,” katanya.
Di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada 30 Jun tahun lepas, Tei mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menawarkan rasuah kepada Adun Tanjung Batu Andi Suryady Bandy dan bekas Adun Sindumin Yusof Yacob.
Kedua-dua ahli politik itu juga mengaku tidak bersalah.
Pada Disember lalu, Tei memohon untuk dibicarakan bagi empat lagi pertuduhan memberi rasuah RM176,830 kepada bekas pembantu Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Shamsul Iskandar Akin.
Bekas pengerusi PKR Melaka itu juga mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menerima rasuah, yang didakwa diterimanya untuk membantu syarikat Tei mendapatkan lesen perlombongan mineral di Sabah.
GADUH BAWA KEBAIKKAN
BERITA BAIK
UNTUK RAKYAT
AMIN
UMNO & DAP
MULA GADUH
KAH KAH KAH
MAKA UMDAP
HANCUR KE?
KAH KAH KAH
KHALAS
DAPSY tidak perlu gelabah, sembang soal “kacang lupakan kulit”
SEPANG — Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) tidak wajar menuduh UMNO melupakan jasa Pakatan Harapan (PH), sedangkan pembentukan kerajaan hari ini turut bergantung sokongan Barisan Nasional (BN) selepas PRU15.
Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh menegaskan tanpa sokongan BN, belum tentu mereka mampu membentuk kerajaan hari ini.
“Jadi jangan sembang soal “kacang lupakan kulit”, kerana hakikatnya semua pihak tahu siapa yang membantu memastikan kestabilan politik selepas PRU lalu,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya.
Akmal mengulas kenyataan DAPSY yang mengingatkan UMNO supaya tidak melupakan jasa PH, susulan pendirian UMNO Johor untuk bergerak solo dalam pilihan raya akan datang.
Menurut sayap DAP itu, kerjasama antara PH dengan BN khususnya prinsip mengelakkan pertembungan sesama sendiri telah memberikan nyawa kepada UMNO untuk kekal relevan dalam medan politik.
Isnin lalu, Pengerusi BN Johor Onn Hafiz Ghazi mengekalkan pendirian untuk parti itu bertanding solo pada PRN Johor di sebalik kritikan PH, rakan kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan.
Akmal dalam pada itu mencabar DAP menarik sokongan daripada kerajaan jika benar mahu menguji kekuatan masing-masing melalui pembubaran Parlimen serta DUN.
“DAPSY jangan cakap sahaja di media sosial, buktikan syor DAPSY supaya Parlimen dibubarkan segera disambut oleh pemimpin kalian. Bukan setakat bubar Parlimen, malah tarik juga sokongan daripada kerajaan negeri yang dibentuk bersama BN.
Tarik sokongan di Perak. Tarik sokongan di Pahang.Kita lawan secara gentleman dan serah kembali mandat kepada rakyat.
Tak perlulan meroyan bila UMNO Johor bercakap soal bergerak solo. Sejak awal tidak pernah wujud sebarang perjanjian bahawa BN wajib menghadapi PRN atau PRU bersama PH,” katanya.
Akmal berkata, Pemuda DAP juga tidak perlu “menggelabah” dengan cadangan UMNO Johor bergerak solo kerana tiada sebarang perjanjian menetapkan BN wajib menghadapi PRN atau PRU bersama PH.
Tambahnya, cadangan supaya UMNO bergerak solo bukan perkara baharu kerana Pemuda UMNO sudah menyuarakan perkara itu kepada kepemimpinan parti sejak tahun lalu dan , cadangan itu kini akan dimulakan di Johor.
“Pemimpin kami mendengar suara kami dan kita akan mulakan di Johor,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau itu turut mencabar pemimpin DAP keluar daripada kerajaan Melaka, sambil berkata beliau sendiri pernah menghantar surat peletakan jawatan.
“Sekurangnya saya berani hantar surat peletakan jawatan, bukan satu tapi dua surat telah dihantar. Kalau benar mahu menguji kekuatan, kita buka gelanggang. Bring it on,” katanya.
KACAU ADAT - BELUM SELESAI
KUCAR KACIR
KACAU ADAT
NEGERI SEMBILAN
MASIH BELUM
SELESAI
KHALAS
Gagal panggil Mesyuarat Khas DKU, Raja Norazli digantung tugas
TAMPIN: Enam daripada lapan ahli Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan menggantung tugas Raja Norazli Raja Nordin sebagai Setiausaha DKU kerana didakwa gagal mematuhi perintah memanggil Sidang Mesyuarat Khas DKU hari ini.
Keputusan itu diumumkan menerusi kenyataan media bersama oleh Undang Luak Sungei Ujong, Datuk Mubarak Dohak; Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah; Undang Luak Rembau, Datuk Abdul Rahim Yassin; Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Syed Idrus Al-Qadri serta Datuk Shahbandar Sungei Ujong, Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid.
Kenyataan media itu dibacakan Maarof pada sidang media di Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin, di sini, yang dihadiri semua pembesar adat berkenaan melainkan Mubarak.
"Kami sangat kecewa atas kegagalan Raja Norazli mematuhi perintah kami selaku pemerintah bersama Kerajaan Negeri Sembilan merangkap ahli majoriti DKU untuk menguruskan panggilan Sidang Mesyuarat Khas DKU pada hari ini.
IRAN MENUNGGU SOLDADU AMERIKA MENDARAT
ACAH ACAH
TAK GUNA
KAH KAH KAH
IRAN DAH LAMA
TUNGGU BILA
TERAM NAK
MENDARATKAN
ASKAR
KAH KAH KAH
AMIN
Tentera AS lancar serangan di selatan Iran – Laporan
WASHINGTON – Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) mengesahkan kepada Fox News bahawa tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan di selatan Iran, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Tentera AS melancarkan serangan mempertahankan diri di selatan Iran hari ini bagi melindungi anggota kami daripada ancaman oleh tentera Iran.
Tentera Iran lepaskan tembakan amaran ke arah 4 kapal berhampiran Selat Hormuz – Laporan
ISTANBUL – Angkatan tentera Iran melepaskan tembakan amaran ke arah empat kapal berhampiran Selat Hormuz selepas kapal-kapal berkenaan cuba melalui laluan air strategik itu tanpa penyelarasan, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik Agensi Berita Mehr pada lewat Khamis.
Agensi berita Iran itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang butiran mengenai kapal-kapal terbabit.
Agensi Berita Fars Iran sebelum ini melaporkan bahawa pihak tentera melancarkan peluru berpandu dari selatan negara itu ke arah “sasaran tertentu”, namun sasaran sebenar tidak dikenal pasti.
Fars menyatakan beberapa sumber membayangkan kemungkinan berlaku pertempuran di perairan Teluk.
Sementara itu, televisyen kerajaan Iran melaporkan bahawa letupan yang kedengaran di bandar Jam di wilayah selatan Bushehr berpunca daripada sistem pertahanan udara yang berhadapan sasaran udara musuh.
Penyiar itu sebelum ini melaporkan satu letupan di bandar berkenaan sebelum memaklumkan bahawa sistem pertahanan udara telah memintas objek udara musuh.
Ketegangan di Asia Barat memuncak sejak Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada akhir Februari lepas.
Tehran bertindak balas dengan melancarkan serangan yang menyasarkan Israel serta sekutu AS di Teluk, selain menutup Selat Hormuz.
Perjanjian gencatan senjata mula berkuat kuasa pada 8 April menerusi pengantaraan Pakistan, namun rundingan susulan di Islamabad gagal menghasilkan persetujuan berkekalan. Presiden AS Donald Trump kemudian melanjutkan gencatan senjata itu tanpa had masa.
Kedua-dua pihak sejak itu terus bertukar-tukar cadangan dan cadangan balas dalam usaha menyambung semula rundingan secara langsung serta menamatkan konflik berkenaan.- BERNAMA-ANADOLU
SISTEM WAJIB DI LAWAN DAN DIGANTI
JIKA SISTEM
TAK BETUL
SAP SAJA JADI
PEMIMPIN NEGARA
AKAN JADI
TAK BETUL
KHALAS
Unknown commented on
"LANCHAUKAN AMERIKA"
Sohai lu kata lan chowkan amerika tapi letak gambo burit...apa punya turrr..tamrin gappur dah slim blum? Kakakaka
Unknown commented on
"MENUKAR SISTEM YANG WUJUD"
Ya betul tepat dan khusus..tukar system menyakau. Style lama tak bleh pakai. Kakakaka..
Unknown commented on
"CUKONG KORPORAT DAN MAFIA POLITIK"
Your melayu tersohor najibby al farouki songlapi kan dah kata cash is king...blaja blom. Kakakak
Unknown commented on
"MENUKAR SISTEM YANG WUJUD"
Semuanya bercakap sama sebelum pegang jawatan, tetapi sebaik pegang jawatan, janji lupa, cakap lupa, kedudukan lampau lupa, ini perangai orang kita, memang sedap dengar, memang suka-suka kah kah kah, sebaik naik takhta kah kah kah mudah lupa,
mudah lupa siapa sokong siapa bangkang siapa dahulu siapa kemudian, hari ini naik esok harga turun, kah kah kah kalau masih percaya cakap-cakap orang politik ini baik terjun dari Menara KL ikut gerak kerja Mahathir Mohamad kah kah kah
NURUL BIN IZZAH JADI KORBAN
NURUL BIN IZZAH
JADI KORBAN
DEMI FARHASH
DEMI
AZAM BIN BAKI
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"RAMAI AHLI PARTI PKR LARI"
kebetulan hari raya korban.
luka parah disembelih
oleh lawan.
yang paling pedih disembelih oleh (bekas)kawan.
sejak malaon itu keluar penjara naik terus jadi presiden,
parti jadi kacau bilau
negara jadi tunggang terbalik.
dia sepatutnya jangan dibiar lepas bebas.
asal dia keluar saja negara ini jadi mengarut!
alangkah bagus jika ada gedebe yang boleh pergi lempang dia sampai dia kena stroke lumpuh maka negara ini akan lantik orang yang benar2 layak jadi PM. Bukan malaon yang bercita2 jadi PM sejak di UM walhal tak sedar ke diri tu tak layak pun.
CUKONG KORPORAT DAN MAFIA POLITIK
CUKONG KORPORAT
DAN MAFIA POLITIK
Pada 6 November 2025 dunia tergempar bila Presiden Mexico Claudia Sheinbaum di gomol dari belakang oleh lelaki yang tidak di kenali. Presiden wanita ini selamat. Tapi ini hanyalah serang peribadi.
Serangan yang lebih menakutkan dan menggoncangkan negara Mexico ialah serang ganas dari kartel dadah. Di Amerika Latin ini dipanggil Narco-politics - di Malaysia kita panggil Politik Dadah.
Ini merujuk kepada jalinan organisasi pengedaran dadah haram berkait dengan institusi kerajaan. Kartel dadah di Amerika Latin ini menggunakan pengaruh kewangan atau kekerasan ke atas ahli politik, penguatkuasaan undang-undang dan sistem undang-undang untuk melindungi operasi haram mereka.
Politik Dadah ini amat berkuasa bukan hanya di Mexico malah hampir di semua negara di Amerika Latin kini menghadapi masalah Politik Dadah.
Malah di Pakistan juga Politik Dadah sentiasa bergerak kencang. Pernah saya terbaca pada tahun 1978 bagaimana penyeludup dadah dari Utara Pakistan membawa dadah dalam lori menuju ke pelabuhan kapal laut di Karachi.
Bentrokan berlaku bila kastam cuba mengambil tindakan. Lori pembawa dadah ini di iringi oleh pasukan soldadu Pakistan.
Istilah "politik narkotik" di Pakistan merujuk kepada keterlibatan mendalam perdagangan dadah haram dengan struktur politik negara, rangkaian militan, dan keselamatan serantau.
Terletak di sepanjang "Bulan Sabit Emas", Pakistan berfungsi sebagai laluan transit utama untuk candu , produk hashih dan ganja dari Afghanistan. Industri dadah ini memacu industri haram yang mungkin berjumlah 3 bilion dolar.
Kenapa saya menimbulkan industri dadah ini? Dan apa kaitannya dengan badan politik negara Malaysia?
Adalah benar industri candu dan dadah dalam negara kita tidak sebesar dan meluas seperti di Tiga Segi Emas – Siam, Myanmar dan Laos.
Tapi awas - kerja dan pendekatan Politik Dadah ini tidak berbeza walau pun dalam negara apa.
Politik Dadah ini bergerak sama ada di Colombia, di Mexico, di Pakistan mendus operandi adalah sama. Malah di Malaysia juga kumpulan gelap ini sedang bergerak kencang.
Betul ke ini? Atau ini hanya fitnah dari tulisan Hishamuddin Rais?
Untuk pencerahan biar saya bersurah lanjut. Saya telah bersurah tentang Ghee Hin dan Hai San minggu lalu. Sambungan kali ini akan memberi gambaran bahawa Ghee Hin dan Hai San ini masih wujud malah makin berkembang luas dalam badan politik Malaysia.
Untuk ini saya bawa kembali para pembaca kepada Pilihan Raya Kecil Port Dickson pada 13 Oktober 2018. Anwar bin Ibrahim yang baru dapat pengampunan mahu bertanding untuk menjadi ahli Parlimen.
Malaysiakini pada 9 Oktober 2018 telah melaporkan: BERSIH menggesa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar bin Ibrahim menangguhkan majlis makan malam percuma untuk 3,000 hingga 4,000 tetamu di Lukut sehingga selepas pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Okt.
Jamuan makan malam PRK Anwar bin Ibrahim ini sebenarnya di taja oleh kepala kongsi gelap China. Ini adalah pelaburan awal oleh samseng untuk masuk ke dalam badan politik Malaysia melalui Anwar bin Ibrahim.
Cara yang sama di guna pakai di Colombia, di Mexico atau di Pakistan. Ini bukan fitnah Hishamuddin Rais.
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan pernah mendedahkan hal ini dalam YouTube : ...Dedahnya lagi, kumpulan kongsi gelap ini mampu mengawal ahli politik dan pegawai polis kerana mereka menjalankan aktiviti haram seperti dadah....’
Astro Awani pada 30 Oktober 2017 telah membuat laporan : PDRM buru '9 Dragons' dipercayai VIP dalangi sindiket perjudian negara. Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan terdapat dalang dan ketua sindiket perjudian di negara ini terdiri daripada kalangan orang kenamaan berpangkat Datuk, Datuk Seri serta Tan Sri.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan menyifatkan golongan orang kenamaan tersebut menggunakan pengaruh mereka untuk melindungi sindiket haram berkenaan.
Justeru apa yang saya tulis ini sah bukan fitnah.
Amat jelas samseng, gengster dan kumpulan kongsi gelap ini telah masuk ke dalam badan politik Malaysia.
Secara resmi samseng kongsi gelap masuk ke badan politik Malaysia dibawa oleh Anwar bin Ibrahim.
Saya menulis sedemikian kerana Anwar bin Ibrahim sendiri secara sedar ketika PRK di Port Dickson telah di beri ingatan oleh BERSIH bahawa penaja jamuan makam malam untuk memancing undi itu dalam PRK itu ialah kumpulan kongsi gelap.
Justeru apabila nama Azam bin Baki, Victor Chin dan Farhash muncul dalam laporan Korporat Mafia dalam akhbar Bloomberg saya tidak hairan.
Apa yang menghairankan saya ialah kenapa Bloomberg mengambil masa yang agak lama untuk membocorkan berita ini.
Sejarah merakam bagaimana Hai San dan Ghee Hin mencari dana menjual candu. Dana ini diperlukan untuk membentuk kumpulan soldadu kaki pukul untuk menjalankan operasi peras ugut atau pau.
Samseng dan kumpulan gelap hari ini juga seperti kenyataan Ketua Polis Negara terlibat dalam perniagaan dadah. Mereka juga terlibat dalam perniagaan lendir – pelacuran.
Perniagaan haram ini memang lumayan. Ini menjadikan kepala samseng ini orang kaya berduit. Langkah pertama para samseng kaya ini ialah membeli ... saya ulang ... membeli gelaran darjah kebesaran dari Raja-Raja Melayu.
Justeru mereka mula bergelar Datuk, Datuk Seri atau Tan Seri. Jelas terbukti wang judi, wang dadah dan duit lendir boleh membeli gelaran Datuk Seri atau Tan Sri dari Raja-Raja Melayu.
Apabila telah ada gelaran Datu Seri atau Tan Seri maka samseng China ini akan memulakan perniagaan untuk menghalalkan duit haram yang telah banyak terkumpul.
Perniagaan awal yang lumayan ialah mendiri kawasan perumahan baru. Datuk Samseng kongsi gelap kini menjadi Cukong dan di kenali sebagai ‘developer ‘ yang dihormati.
Kawasan perumahan ini ada yang lumayan. Maka ada politikus akan di berikan rumah banglo – mungkin sebagai hadiah atau tanda terima kasih kerana meluluskan projek perumahan ini.
Umum sering mendengar bagaimana Country Heights di Kajang dan The Mines di Sungai Besi di dirikan dengan bantuan politikus. Politikus Melayu besar tinggal di wilayah ini.
Begitu juga kawasan perumahan di Sungai Long yang didirikan oleh ‘ developer ‘ Cukong China yang dikaitkan dengan Anwar bin Ibrahim
Justeru pada 20 Julai 2023 Sinar Harian telah melaporkan : Rumah Anwar di Bandar Sungai Long adalah pajakan – Peguam.
Bayangkan Anwar bin Ibrahim terpaksa menggunakan khidmat peguam untuk menamatkan desas desus dan fitnah yang tersebar. Desas desus yang mengatakan bahawa Anwar bin Ibrahim mendapat rumah percuma dari ‘ developer ‘ Cukong China yang latar belakang agak meragukan.
Kenapa politikus Melayu boleh di beli oleh Cukong China. Kenapa politikus Melayu dapat di pengaruhi oleh kumpulan kongsi gelap.
Jawabnya amat mudah. Politikus memerlukan dana untuk berkempen mencari undi. Seperti apa yang dilakukan oleh Anwar bin Ibrahim di PRK Port Dickson pada tahun 2018.
Apa yang terjadi kepada Anwar bin Ibrahim ini tidak semestinya akan berlaku kepada semua politikus. Para samseng dan gengster juga dapat menilai apakah politikus Melayu tu memiliki masa depan untuk mereka melabur dana.
Memahaminya amat mudah. Para Cukong yang kaya raya dari hasil lendir dan dadah kini telah menjadi Datuk Seri dan Tan Sri. Kini telah menjadi pemaju perumahan. Maka mereka perlu mara setingkat lagi untuk terus mengumpul harta.
Kali ini mencebur diri memasuki perniagaan di bidang jual beli saham di Bursa Saham Kuala Lumpur.
Di sini Azam bin Baki memainkan peranan. Melalui SPRM si Cukong separti Victor Chin ini boleh mendapat pertolongan melalui SPRM yang di kepalai oleh Azam bin Baki.
Azam bin Baki tolong macam mana? Tolong siasat Syarikat yang diberahikan oleh Cukong ini. Cari kesalahan syarikat ini. Pasti boleh bertemu. Maka syarikat ini akan beralih tangan. Mungkin dengan harga di bawah pasaran.
SPRM ini sama macam Polis buat road block pegang Mat Rempit dan periksa motosikal. Pasti akan bertemu salah jika ingin mencari salah untuk tujuan pau.
Syarikat yang di sasar mungkin ada bayaran cukai tidak tuntas. Ancam untuk bekukan akaun syarikat. Ada seribu satu macam kesalahan yang SPRM boleh selongkar. Semua ini dilaporkan oleh Bloomberg.
Mungkin Syarikat Victor Chin jadi syarikat yang di berahikan oleh satu Cukong baru. Justeru Victor minta pertolongan dari Farhash untuk selamatkan syarikat nya.
Kenapa pertolongan dari Farhash di perlukan.
Pertanyaan ini akan membawa kita kembali ke Anwar bin Ibrahim. Kita wajib mengetahui apa hubungan Farhash dengan Anwar bin Ibrahim. Kini Anwar bin Ibrahim bukan lagi YB dari Port Dickson. Kalau dulu jamuan makan malam di taja oleh samseng kini pelaburan telah membawa pulangan yang lumayan.
Samseng jual lendir kini telah menjadi ahli korporat. Samseng rumah urut kini bergelar Tan Seri. Syarikat Cukong kini tersenarai di Bursa Saham.
Apakah hubungan Cukong ini dengan politikus masih wujud ? Sila tunggu minggu hadapan. Amin. (TT)
TULISAN INI
DISIARKAN JUGA DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI
https://www.malaysiakini.com/columns/776151
Langgan:
Catatan (Atom)

















