Khamis, 1 September 2016

SATU KULIAH AGAMA








SATU KULIAH 

PERANAN 

AGAMA 

KOMENTAR
dalam suasana hari ini
makin jelas kita boleh  lihat
kita memahmi peranan agama 

dari zaman berzaman
kaum penindas
para pemerentahn zalim
telah menggunakan agama
untuk mensucikan perbuatan mereka
untuk menghalalkan rompakan mereka
untuk menyokong undang yangh zali

ini kerja agamawan yang diupah khas
mereka diberi gelaran dan pangkat
ada yang jadi datuk atau datuk seri
untuk tujuan menipu umat
untuk berkelentong dengan ayat dan hadis
untuk menghalalkan kemungkaran

kerja siang dan malam
ialah mengeluarkan fatwa fatwi
untuk medinding segala bentuk kemungkaran
menpertahan kerajaan zalim
dari dihalau oleh rakyat

menghalalkan  rompakan
saperti rompakan terbesar dalam dunia
saperti kes 1MDB 
kes rompakan bertaraf global
melibatkan 8 buiah negara
rompakan terbesar dalam sejarah dunia
agamawan upahan buat deek
agamawan makan upah tutup mata
agamawan upahan tutup teliga
buat deeek
buat tak faham
tetiba tak tahu menahu
tetiba tak baca akhbar
tidak saperti coklat cadburi
tidak saperti konsert rock


dalam masa yang sama
kita juga bersyukur
kerana masih ada agamawan rakyat
tanpa gelaran datuk atau tan seri
mereka terus bersuara 
untuk membimbing umat ke jalan benar
untuk bangun melawan kemungkaran
untuk membawa pencerahan
untuk bersama rakyat mendobrak kezaliman

mereka bukan alim ulamak pangkat
bukan alim ulamak upahan
mereka bukan tukang haram sana sini
mereka bukan tukang suka rakyat disebat
mereka bukan tukang susahkan hidup

mereka ini pejuang rakyat
amin



UNTATA

Henti desak mufti, ulama, agamawan bagi pandangan mengenai 1MDB

 Mufti Perak Harussani Zakaria mahu dikalangan pemimpin politik tidak harus berterusan mendesak golongan agamawan, ulama dan mufti di negara ini menyuarakan pandangan terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagaimana didedahkan oleh Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat.
"Saya sudahpun membuat kenyataan mengenai DoJ sebelum ini bila ditanya wartawan, tetapi masih ada lagi desakan yang mahu mufti bersuara.
"Sekali lagi saya nak katakan, bahawa kami tidak akan buat kenyataan jika 1MDB hanya satu pra sangka, fitnah, prejudis dan sebagainya," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Ditanya apakah ada perbincangan dikalangan mufti untuk mendapatkan maklumat berkaitan isu 1MDB ini beliau berkata, ia bukan satu keperluan untuk mufti duduk berbincang secara serius mengenai perkara itu.
"Mufti tidak perlu berbincang dalam isu ini dengan serius, melainkan jika ada fakta yang cukup kuat.
"Kalau mufti bercakap pada perkara yang kita sendiri tidak tahu, itu tandanya kita bodoh.
"Kalau ada pihak dakwa betul ia berlaku buktikan. Kalau tidak ia hanya merupakan fitnah yang membuat dosa semata-mata," ujarnya.
Beliau diminta mengulas mengenai desakan beberapa pemimpin politik pembangkang baru-baru ini yang mahu ulama, agamawan dan mufti bersuara dalam isu 1MDB.
Pada 1 Ogos Penasihat Umum Amanah,Ahmad Awang telah menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian tentang isu 1MDB dan DoJ.
Pada 22 Ogos lalu Presiden Amanah Mohamad Sabu dipetik berkata, Malaysia ketandusan ulama yang berani menentang korupsi dan salah laku dalam pentadbiran negara, sehingga kini ujarnya, belum ada ulama yang lantang menyatakan kritikan dan penentangan terhadap salah laku ini.
Pada 25 Ogos Datuk Husam Musa ketika bercakap dalam Wacana Harapan: 1MDB ke Mana Hujungnya? turut menyebut isu membabitkan 1MDB tidak dianggap sebagai 'jenayah agama' dikalangan golongan agamawan di negara ini dalam konteks berkerajaan.
Pada 29 Ogos  dalam kolum  Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah turut menyebut jika Mufti Perlis Dr Mohamad Asri Zainul Abidin berani untuk bercakap mengenai 1MDB bagaimana pula dengan mufti lainnya.
Menjawab persoalan tersebut Harussani berkata, pemimpin politik berhak menyuarakan rasa kurang senang mereka terhadap ulama dan mufti yang enggan menyuarakan pandangan mengenai isu 1MDB secara rasmi seperti dilaporkan oleh DoJ.
"Dalam hal ini juga, setiap ulama dan mufti berhak untuk mengeluarkan kenyataan peribadi mereka sendiri tetapi ia tidaklah mencerminkan pendirian semua mufti dan ulama di negara ini.
"Bagi saya, saya tidak akan bercakap jika sesuatu isu itu tidak lagi dibuktikan, malah tak perlu fatwa pun.
"Kita tidak mahu mencampuri uruan politik yang boleh mengeruhkan lagi keadaan antara pemimpin dan rakyat serta kerajaan. Malah hentikanlah mendesak ulama, agamawan lainnya untuk beri pandangan," ujarnya yang enggan mengulas lanjut.
Pendirian Harussani ini juga dilihat  selari dengan pandangan Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) Prof Emeritius  Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid yang dipetik berkata, mahu golongan agamawan dan ulama diberikan peluang untuk merapatkan jurang perbezaan pandangan politik tanpa membabitkan mereka dalam isu yang dibangkitkan antara parti politik dan kerajaan.
Mahmood Zuhdi turut menasihati agar pemimpin politik tidak menuduh golongan agamawan dan ulama di negara ini, lebih gemar bersikap membisu atau menutup sebelah mata dalam isu 1MDB.
Malah Pengerusi Majlis Fatwa Shukor Husin dalam satu kenyataan juga berkata majlis fatwa tidak merancang bersidang mengenai isu 1MDB.
“Ia sudah dikaji pihak profesional. Kita juga tidak punya maklumat tentang soal ekonomi yang teknikal dan di tahap global.
“Maka Majlis Fatwa tidak melihat akan mencampuri hal-hal seumpama ini,” katanya seperti dipetik.

WOIT

KAH KAH KAH

HAL BERANCUK

HAL VAPE

ADA FATWA

TAP 1MDB 

ELEEK TARAK

KAH KAH KAH


ENTOTA




---------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

orang2 perak ni manenya berani melawat mufti bro..projek agama juga sering digunakan oleh ngo2 agama di perak utk meyamun dlm berjubah berserban dan bertudung ninja..lu lihat ust kazim..org pehrak tu..tak cukup dgn cerita roti jala, ditambah dgn kes tahfiz..niaga tahfiz ni untung bro..tiap2 bulan bole tahan gak bayaran yg kena bayar.nanti depe akan kate, ni ilmu agama, bayor mahel sikit tak ngapa asal masuk syurga..dari kl ke ipoh utk menonton teater bilik sulit..ramai gak muda2 yg aliran kiri ni, namun aliran kanan beragama ni lagi ramai.asalkan solat 5 waktu, jaga mata jaga mulut, tak kisah la kalo ada perompakan didepan mata..segala ilmu santau, ilmu perabun semuanya dituju kat org2 islam je, namun ilmu2 santau itu tak bole dikenakan ke perompak2 duit negara..