HARI HARI AKHIR
KERAJAAN TITAH
KAH KAH KAH
DAP DAH LAMA
TIBAI UMNO
INI AMANAH PULA
TIBAI UMNO
KAH KAH KAH
SEMUA TAK TAHU
ADAT NEGERI 9
KHALAS
Pemuda Amanah Negeri Sembilan membantah keputusan pimpinan PH-BN untuk mengekalkan Kerajaan Perpaduan di negeri itu susulan kemelut politik yang tercetus baru-baru ini.
Pengarah Komunikasinya, Zainal Lutfi mendakwa keputusan tersebut mengecewakan penyokong dan penggerak PH di Negeri Sembilan kerana dilihat masih membuka ruang rundingan dengan pihak yang dianggap “mengkhianati” kerajaan perpaduan.
"Keputusan pimpinan PH-BN yang menyatakan masih ada kerajaan perpaduan di Negeri Sembilan seolah menghina penggerak dan pengundi-pengundi Pakatan Harapan di negeri ini.
"Semua maklum, polemik yang berlaku kini adalah kerana ketamakan Umno untuk mendapat jawatan Menteri Besar sehingga sanggup meruntuhkan kerajaan perpaduan di negeri ini," katanya pada satu kenyataan hari ini.
Dia turut mendakwa tindakan itu membelakangi titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sebelum ini melantik serta memperkenankan menteri besar daripada PH untuk terus mentadbir negeri.
“Keputusan pimpinan PH-BN untuk mengekalkan kerajaan perpaduan ibarat menyimbah garam ke luka penggerak dan penyokong PH di Negeri Sembilan yang sudah sedia teruk dan dalam luka mereka.
“Adalah kerja gila untuk membuat kerjasama kembali dengan pihak yang secara jelas telah berkhianat,” tegasnya.
Terdahulu, pimpinan PH dan Umno mencapai persetujuan untuk mengekalkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan, susulan perkembangan politik di negeri itu.
Menurut kenyataan bersama, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan antara kedua-dua gabungan yang dipengerusikan bersama Perdana Menteri Anwar bin Ibrahim dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada 5 Mei.
Sementara itu, Zainal mempersoalkan keputusan mesyuarat pimpinan PH-BN itu yang menurutnya tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap wakil rakyat BN yang didakwa terlibat dalam krisis tersebut.
“Permohonan maaf tidak cukup. Hukuman yang lebih tegas perlu diberikan kepada mereka jika ingin membina semula Kerajaan Perpaduan,” katanya.
Dia turut mencadangkan jawatan seperti ketua kampung dan ahli majlis daripada BN dikosongkan segera.
Malah katanya, Amanah sendiri mengorbankan kerusi Lenggeng yang dimenanginya pada PRU14 bagi memberi laluan kepada BN bertanding.
Selain itu, Zainal berkata pilihan raya kecil (PRK) melibatkan kerusi dimenangi BN melalui kerjasama PH boleh dipertimbangkan bagi mendapatkan semula mandat rakyat.
“Laksanakan PRK tiga penjuru untuk kesemua 14 kerusi tersebut. Biarkan pengundi yang tentukan nasib kerusi-kerusi tersebut.
“Tiada rundingan dengan pengkhianat. Jika mahu berunding, pilih orang lain tanpa rekod khianat,” katanya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun pada 6 Mei memberi isyarat kepada rakyat negeri ini untuk bersedia menghadapi kemungkinan pilihan raya negeri (PRN) mengejut.
Aminuddin memberi bayangan itu susulan tindakan 14 Adun Umno yang dilihat masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dicapai dalam mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan baru-baru ini.
Ini selepas Umno Negeri Sembilan menegaskan akan terus menyokong pentadbiran kerajaan negeri di bawah kerangka Kerajaan Perpaduan namun pada masa sama mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap menteri besar.
Pada 27 April lalu, kesemua 14 Adun Umno Negeri Sembilan mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddin.
Tindakan itu mencetuskan krisis politik dan perlembagaan di negeri berkenaan.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan