TANDA JELAS
IKLIM BERUBAH
AMIN
HUJAN LEBAT
KL BANJIR
AMIN
DALAM MASA
YANG SAMA
KEDAH PERLIS
TABUR GARAM
NAK BUAT HUJAN
KHALAS
Hujan lebat cetus banjir kilat di beberapa tempat sekitar Lembah Klang
KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dilanda banjir kilat selepas hujan lebat berterusan sejak tengah hari tadi, sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas dan gangguan kepada pengguna jalan raya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.
Menerusi aplikasi Threads, pengguna @tharsh.h berkongsi keadaan jalan raya di Ampang yang dinaiki air susulan hujan lebat.
"Adakah hujan turun di seluruh Malaysia? Ampang banjir," katanya.
Seorang lagi pengguna, @imalmast, turut memuat naik situasi sama di Meru.
Operasi pembenihan awan di Perlis, Kedah bantu tingkat taburan hujan kawasan empangan utama
PUTRAJAYA: Operasi Pembenihan Awan (OPA) Siri 5 dan 6 di Perlis serta Kedah akan dilaksanakan pada Ahad hingga Selasa ini serta 17 hingga 19 Mei ini sebagai langkah proaktif bagi meningkatkan taburan hujan di kawasan tadahan empangan utama.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Arthur Joseph Kurup, berkata operasi terbabit akan memberi tumpuan kepada kawasan tadahan Empangan Timah Tasoh di Perlis dan Empangan Pedu, Ahning, Muda serta Beris di Kedah bagi meningkatkan paras air yang berada pada tahap waspada.
"Pelaksanaan OPA ini membabitkan kerjasama strategik Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
"OPA akan dilaksanakan berdasarkan analisis meteorologi yang teliti oleh METMalaysia dengan mengambil kira faktor kelembapan udara, kestabilan atmosfera serta corak pergerakan angin bagi memastikan keberkesanan operasi," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan