Jumaat, 8 Mei 2026

KES BUNUH ALTANTUYA - APA PERANAN NAJIB ?


WOIT

JELAS DIMANA

ADA PROJEK

PASTI ADA

MAKAN SUAP

AMIN

BUKAN HANYA

PEJABAT AWAM

ASKAR PUN

ADA ULAR

AMIN

OPPS... 

BELI SENJATA

LAGI RAMAI

 DUIT MASUK

KHALAS



Pendakwaan serah 23 dokumen kes pecah amanah bekas PAT

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan telah menyerahkan 23 dokumen untuk digunakan pada perbicaraan kes bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT),  Mohd. Nizam Jaffar yang berdepan empat pertuduhan termasuk menggunakan kedudukan dan pecah amanah wang RM3 juta.

Ketika prosiding sebutan kes di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, peguam Abdul Aziz Hamzah memaklumkan, dokumen itu termasuk rakaman percakapan dan minit mesyuarat.

“Pihak pendakwaan telah menyerahkan dokumen berkaitan pertuduhan seperti yang dimohon oleh pihak kami mengikut Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah (CPC) hari ini.

“Kami diberitahu terdapat tiga set dokumen yang akan diserahkan, setakat ini dua set telah diterima pihak pembelaan,” katanya ketika ditemui selepas prosiding kes.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Elyza Amira Habeeb Rahman memaklumkan pihaknya telah menyerahkan dua set dokumen dan memohon tarikh sebutan seterusnya untuk penyerahan  bakinya.

Hakim Rosli Ahmad kemudian menetapkan 19 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Pada 23 Januari lalu, Mohd Nizam, 59, mengaku tidak bersalah menggunakan kedudukannya untuk suapan wang berjumlah RM267,481.90 bagi dirinya sendiri dengan melantik Sinar Bakti Global untuk menjalankan kerja `Pembekalan Kain Pelikat Untuk Bungkusan Barang Hari Raya Bagi Tahun 2025′ bernilai RM468,000.

Tertuduh selaku sebagai Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), didakwa melakukan perbuatan itu sewaktu mempengerusikan Jawatankuasa Eksekutif Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT).

Tertuduh juga didakwa melantik Sinar Raudhah Global untuk menjalankan kerja `Pembekalan Kain Batik Untuk Bungkusan Barang Hari Raya Bagi Tahun 2025′ bernilai RM52,000.

Turut dilantik, Zahra Jaya Global untuk menjalankan kerja `Pembekalan Multifunctional Folding Pliers Untuk Bungkusan Barang Hari Raya Bagi Tahun 2025′ bernilai RM750,000 kepada TKAT, yang mana tertuduh mempunyai kepentingan.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Nizam didakwa sebagai AKSPA ATM yang mempengerusikan Jawatankuasa Eksekutif TKAT telah menggunakan kedudukannya untuk suapan wang berjumlah RM285,000 bagi dirinya, dengan melantik QMZ Resources untuk menjalankan kerja `Pembekalan Tuala Mandi Untuk Bungkusan Barang Hari Raya Bagi Tahun 2025′ bernilai RM600,000.

Dia juga didakwa melantik Helmee Resources untuk menjalankan kerja `Pembekalan Beg Galas Untuk Bungkusan Barang Hari Raya Bagi Tahun 2025′ bernilai RM1,725,000 kepada TKAT, yang mana tertuduh mempunyai kepentingan.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Kementerian Pertahanan Malaysia, Jalan Padang Tembak pada 24 Jun 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM) [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga, Mohd Nizam didakwa sebagai AKSPA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan TKAT, telah melakukan pecah amanah wang berjumlah RM3 juta milik TKAT dengan menyalahgunakan wang itu bagi membuat pelaburan tambahan di dalam syarikat Precious Amber International Berhad tanpa mendapat kelulusan Jawatankuasa Pelaburan TKAT.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi sama, pada 4 Oktober 2024, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan [Akta 574], yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan keempat, Mohd Nizam didakwa sebagai PAT ATM telah menerima wang berjumlah RM200,000 tanpa balasan daripada seorang pengarah Syarikat Aspen Red Sdn Bhd yang mungkin ada kaitan dalam urusan yang akan dijalankan olehnya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Wisma Transit Kuala Lumpur, Jalan Buku Lima, Kementah, pada Mac 2025, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan [Akta 574] yang berdepan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: