Rabu, 3 Disember 2008

DARI TOK PEKONG KE MELAWATI

Saya masih teringat lagi majlis perasmian pergabungan Parti Keadilan dengan Parti Rakyat di Dewan Perhimpunan Cina pada 3hb Ogos 2003. Tiga hari sebelum majlis perssmian, Kumpulan Teater Bukan Teater telah di minta untuk memberi persembahan yang mengintpretasi makna dan tanda pergabungan. Tiga hari? Iya, kami hanya diberi masa tiga hari sahaja.

Kumpulan Teater Bukan Teater tidak menolak. Kami lakukan persembahan kerana kami di bayar dengan harga yang bagitu mahal sekali - kami di bayar dengan api dan semangat perjuangan.

Saya juga masih teringat Kongres Pertama Parti Keadilan Rakyat pada bulan Disember 2003 di sebuah Tok Pekong di Ipoh. Iya, di sebuah Tok Pekong, bukan di dewan hotel atau gedung mesyuarat yang mewah tetapi di sebuah Tok Pekong. Pada bulan Disember itu saya telah memastikan diri saya ke Ipoh untuk bersama sejarah.

Ketika di Ipoh saya dapat merasakan ombak dan semangat juang membakar terus. Apabila Kongres pertama PKR di adakan di rumah sembahyang Cina maka implakasinya cukup dalam. Inilah tanda-tanda permulaan retaknya konsep Ketuanan Melayu. Inilah juga tanda keberanian sebuah parti politik untuk memulakan politik baru – politik yang bukan berasaskan sokongan bangsa atau agama.

Di Tok Pekong ini jugalah Anwar Ibrahim untuk pertama kalinya berkemungkinan untuk hadir sama setelah bebas dari penjara.

Saya ke Kongres PKR bukan sebagai anggota parti. Saya ingin melihat siapa yang datang. Saya sebenarnya tidak mengenali ramai para pemimpin parti sama ada gedebe nasional mau pun gedebe dari negeri atau bahagian. Untuk saya mereka ini tidak penting. Apa yang ingin saya lihat ialah muka dan rupa betuk rakyat mana yang datang ke Kongres.

Ada satu pekara yang wajib saya perhatikan. Saya hendak melihat apakah ramai anak anak-anak muda yang turut sama merayakan kongres ini. Untuk saya ini adalah kunci. Kekuatan satu satu gerakan – gerakan apa sahaja pun jika tidak ada anak muda yang meminatinya pasti gerakan ini akan gagal. Dalam semua pejuangan merebut kuasa politik tanpa anak muda tidak mungkin ruyung dapat dipecahkan. Sejarah dan pengalaman menjadi guru kita yang terbaik

Pagi Sabtu 29 Novemeber 2008 ini saya ke Shah Alam. Saya amat jarang meninggalkan bilik di hari Sabtu terutama diwaktu pagi. Pagi itu saya memaksa diri saya bukan untuk mendengar ceramah dan ucapan yang gah-gah dari para politkus. Saya datang untuk mencari ambience dan suasana. Saya hendak melihat suasana PKR dan Pakatan Rakyat satelah berjaya menawan 5 buah negeri.

Bila saya melintasi pintu gerbang di sebelah Universiti Malaya dan meninggalkan Wilayah untuk memasuki Petaling Jaya Selangor saya mula ternampak bendera, banting dan iklan Kongres. Hebat. Sepanjang Lebuh Raya Peseketuan hingga ke Stadium Melawati iklan-iklan terpasang di sepanjang jalan untuk menjemput sesiapa sahaja datang merayakan Kongres Parti Keadilan Rakyat.

Selangor negeri terkaya di bawah Pakatan Rakyat telah menjadi Tuan Rumah. Kerajaan Selangor telah menyediakan abang-abang berbaju hijau dari pasukan Rela untuk membantu keselamatan. Pekerja majlis Shah Alam yang beruniform siap sedia mengarahkan para tamu. Saya jangka tidak mungkin ada sesiapa yang akan tersesat mencari tempat Kongres walau pun untuk pertama kali turun ke Shah Alam. Persediaan kelihatan lumayan dan tesusun.

Nah… ini amat jauh sekali dengan apa yang berlaku di Ipoh. Di Ipoh dahulu para polis trafik ditugaskan untuk menyaman sebanyak mungkin apa sahaja yang bergerak. Malah ketika para wakil bersidang polis trafik telah datang untuk menyaman kereta yang terletak di pinggir jalan. Polis bersenjata pula tercacak disana sini bukan untuk mengawal tetapi hadir untuk memberi tekanan dan menakut-nakutkan orang ramai yang datang ke Tok Pekong. Di Shah Alam semuanya berbeza.

Ketika saya masuk ke dalam stadium seorang politikus sedang berucap. Sambil memasang telinga mata saya ingin melihat siapa yang datang. Saya tidak ambil pot muka-muka siapa yang duduk di atas pentas atau siapa yang duduk di barisan hadapan. Mereka ini semua pastilah para gedebe.

Apa yang ingin saya lihat ialah orang yang duduk di bawah pentas. Saya kagum apabila melihat rakyat biasa yang memenuhi stadium di pagi Sabtu itu. Mereka tidak berbatik lengan panjang seperti budaya gerombolan. Mereka juga tidak berdasi dan bertali leher. Majoriti dalam stadium adalah rakyat biasa yang mukanya sering saya temui di pehentian bas, di warung-warung atau di pasar malam.

Yang lebih mengkagumkan ialah kepelbagian bangsa-bangsa yang hadir. Untuk saya ini bukan kongres Melayu, bukan kongres Cina, bukan kongres Islam, bukan kongres India, Dayak, Iban atau Kadazan. Kongres di Stadium Melawati dihujung minggu akhir November ini jelas memperlihatkan ke Malaysian - kongres rakyat Malaysia - rakyat biasa.

Saya tidak nampak muka Mak Datin atau muka Minah cun a la Umi Ufilda yang datang berbedak dan bergincu. Atau Mak Datin yang datang dengan tas tangan Prada atau lelaki gendut berbaju batik bercincin besar seperti Ahmad Ismail dari Bukit Bendera. Tidak juga ada kelihatan bentuk Abang Zak yang memakai kaca mata hitam Gucci.

Saya senang hati apabila melihat bahawa Parti Keadilan Rakyat masih lagi dimiliki oleh rakyat Malaysia. Parti muda ini masih dalam keadaan selamat belum menjadi barang dagangan - masih belum lagi ( sic).

Bila sesi persidangan berhenti rehat saya menebeng di tepi pintu untuk memerhatikan muka-muka yang berkongres dengan lebih rapat. Ada Mak Cik berbaju kurung, Pak Cik bersongkok berbaju Melayu, Nyonya dan Amoi memakai gown, wanita India bersari, Pak Lebai dan Punjabi yang berserban rapi. Ada juga yang memakai baju batik berlengan panjang, saya menganggap mereka ini seperti tersalah masuk Kongres.

Di luar stadium pula makanan telah disediakan. Tidak lagi nasi bungkus seperti di Ipoh. Kini mereka yang berkongres dan sesiapa sahaja yang datang mencari ambience seperti saya akan di pelawa makan. Ada masakan Melayu, ada masakan India, ada masakan Cina dan ada masakan sayuran untuk yang tidak memakan hidupan – malah ada banyak pilihan.

Makan tengah hari ini bertambah lumayan kerana satu kumpulan pemusik terus menghibur para tamu dengan lagu-lagu keroncong untuk merehatkan kepala sesudah mendengar ucapan-ucapan dari para pemimpin.

Ketika saya hendak beratur mengambil makanan , saya melintasi satu khemah khusus dengan empat meja besar. Kipas angin terpasang ligat. Sudu dan garpu tersusun rapi. Terhidang indah di meja ini ialah makanan yang pastinya untuk para gedebe.

Saya hairan kenapa para gedebe ini tidak beratur sama seperti orang biasa untuk mengambil makanan. Nampaknya hegemoni budaya gerombolan United Malays National Organisation itu telah menyerap. Ada garis pemisah yang amat jelas diantara para gedebe dengan orang biasa. Lalu saya teringat beberapa minit tadi pemimpin parti telah berucap mengatakan bahawa kemenangan 8 March yang lalu adalah kerana sokongan rakyat bukan kerana kekuatan dan jentera parti.

Nampaknya menyuarakan retorik politik baru ini cukup enteng tetapi melakukan budaya politik baru ini masih amat jauh dari hati para gedebe. Mungkin mereka tidak memahami politik baru juga wajib membawa budaya baru yang bukan budaya feudal.

Setelah makan saya meleser untuk melihat gerai-gerai jualan. Tidak banyak yang menarik. Malah hanya ada satu dua gerai yang berstatus keilmuan menjual buku yang lainnya hanyalah warung-warung biasa yang menjaja khazanah Reformasi yang sering saya temui di ceramah-ceramah besar.

Anak muda ? Mereka kelihatan berkeliaran. Ini seakan-akan pesta untuk mereka. Malah ada yang agak terlalu muda untuk tahu apakah yang sedang berlaku di dalam stadium. Mungkin kerana becuti sekolah, ada anak-anak sekolah kelihatan menjual beg biru untuk dibawa pulang sebagai tanda kenang-kenangan ketika berkongres di Stadium Melawati.

Lalu timbul persoalan - apakah api dan semangat perjuangan masih membara? Jawabnya iya dan tidak. Ketika mendengar ucapan pemimpin di dalam stadium masih ada laungan reformasi kedengaran. Tetapi laungan REFORMASI tidak mengegarkan stadium. Mungkin kerana Angkatan Muda sedang sibuk mengisi borang melamar kerja atau mengisi borang kontrek dari 5 kerajaan Pakatan.

Kongres tahun hadapan saya bercadang untuk datang lagi kerana saya ingin bertanya apakah Angkata Muda telah mendapat pekerjaan atau telah mendapat kontrek. Jika telah mendapat ‘yang diminta’ pasti tidak ada lagi laungan reformasi.(TT)




37 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang tak dapat di-nafikan akan kehebatan sambutan pada kongres tersebut.

Niel berkata...

we hope that no matter who rules the country, the people will be the boss.
anyway i dun think u shud be too discouraged or cynical. the end of the world is nigh, so it is every man for himself and himself only.
God bless~

Tanpa Nama berkata...

Salam Hisham,
saya setuju dengan anda.seharusnya para gebebe pakatan rakyat harus makan bersama rakyat. bukan mengadakan garis pemisah dengan rakyat.walaupun ia dianggap kecil, tapi kita boleh menilainya pada sudut berbeza.amat malang sekali jika gedebe kita mempunyai pemikiran sedemikian.

Tanpa Nama berkata...

Bukan mudah brader untuk mewujudkan konsep egalitarian. Selagi pemimpin tidak menghayati ketuanan rakyat perlakuan dan budaya yang sama akan terus berlaku.
Retorik satu cerita tetapi kita biarkan lah mereka itu berretorik kerana sekira nya mereka tidak faham erti perjuangan dan ketuanan rakyat mereka pasti akan gugur.
Yang sebenarnya mereka yang dipilih mesti berubah, kongress yang sedemikian lah tempat mereka membuktikan ketuanan rakyat, kerana mereka bersama rakyat dan bukan sekadar membakar semangat reformasi dan kemudian tidak berinteraksi.
Permerhatian tersebut amat releven kalau tidak diperbetulkan kita akan kalah perang brader.
Sokong lah Ketuanan Rakyat dan selain dari itu persetankan sahaja.Percaya lah dengan Kekuatan ALLAH sahaja, kerana semua pemimpin tidak kira siapa hanya lah seorang manusia seperti kita jangan percaya selagi sistem negara tidak berubah.Kita pasti akan kalah perang dan bangsa kita tidak akan jadi bangsa yang gagah selagi ketuanan rakyat tidak bertempat atau hanya retorik sahaja. Peperangan dalam bentuk apa sekalipun ia lah peperangan rakyat, hanya konsep berpaksikan kepada ketuanan rakyat sahaja yang perlu diberi sokongan dan sudah tentu ia mesti hanya berkeyakinan kepada kekuasaan ALLAH yang maha besar.
Pilihan hanya dua-hendak menang perang atau kalah perang?

asrumi berkata...

PEMBETULAN:
....Bukan Stadium MALAWATI....bukanya.....
bukan MELAWATI.....

Tanpa Nama berkata...

100% SETUJU!!

Tanpa Nama berkata...

satu catatan perjalanan yang amat menyentuh hati..bermula dari sebuah kisah yg mirip filem dari jemapoh ke manchester...
mmg benar apa yg saudara katakan...menyuarakan retorik politik baru ini cukup enteng tp utk melakukan politik baru, ia amat sukar..mereka mgkn lupa "suara rakyat suara keramat.."

atau....

mungkin otak2 umno masih ada dlm pakatan rakyat..!!

Tanpa Nama berkata...

Ada pemerhati politik bermadah bahawa melaung dan menuntut perubahan itu adalah lebih mudah daripada memastikan menggekalkan semangat dan amalan perjuangan itu. Satu contoh terbaik adalah Mat Edzam, dulu bagaikan petir menghimbau perubahan tapi separuh jalan kerana antaranya tak dapat perhatian dan 'habuan' lain dia kaleh. Sama juga apabila para pemimpin muda telah letih melaung perubahan maka bisikan 'takkan tak ada apa-apa kut', 'projek' dan peluang ekonomi untuk hidup lebih selesa maka semangat dan komitmen terhadap perjuangan perubahan akan mula luntur, mula-mula tak berapa dikesan('notice'), lama-kelamaan dapat bersuaian dengan tuntutan realistik semasa.
Mesti ingat bukan mudah merealisasikan perubahan. Orang yang berprinsip perjuangan adalah langka antaranya seperti Pramoedya, Syed Husin Ali, Said Zahari, Nik Aziz, Ustaz Fadir Noor dan juga Hishamuddin Rais!

Tanpa Nama berkata...

TT,saya rasa saya bleh baca sikit2 apa yang ada dalam kepala otak awak,saya rasa pemikiran kita sama.memang betol gedebe tak beratur dgn rakyat biasa,mungkin sebab gedebe2 ada banyak urusan lagi yang perlu mereka cepat dan segera.tapi saya rasa ini sudah ok,beza dengan gerombolan yang siap ada bodyguard masa makan.InsyaAllah,kongres tahu depan saya po nak turun lihat apa yang berlaku.Terima Kaseh kerana tulisan saudara yang cukup berarti.

Tanpa Nama berkata...

this is deep, bro..sesiapa yg pernah merasa sepak terajang FRU & SB sepuluh tahun lepas pasti merasakan kehampaan yg bro rasakan..

nan

shayisaac berkata...

Aku tidak muncul di Ipoh mahupun di Shah Alam. Tapi, kata2 kamu bro - sangat2 mendalam. Betul - parti ini masih muda. Tapi, kelihatan konsep feudal itu masih diambil kira. Aku kirakan inilah yang sering membuatkan mereka goyah di mata rakyat bila mana bercakap soal 'bekas UMNO'. Tapi, usaha mereka menyedarkan rakyat adalah sesuatu yang penuh nilai.

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan bro. Nampaknya pra gedege tu berstatus VVIP, mana boleh makan bersama rakyat nanti jatuh standard.

AnakSemuaBangsa berkata...

Salam..

Apalah tahap pemikiran Gedebe ni..
Nama pun Ketuanan Rakyat..
Rakyatlah Tuan..
Rakyatlah yang memilih dan menilai Gedebe..
Nak jadi gerombolan no 2 ke.?
Nanti ada Refomasi kedua kali..
Tetapi penyakit ketuanan melayu yang akan membarah dalam ketuanan rakyat harus diBASMI sampai pupus.

Oleh admin Bebas Malaysia berkata...

kah kah kah

Bro.. Gua tak pegi..

hahaha.. Benda-benda macam itu kurang idealistik..

Kena belajar bersusah sikit..

Baru faham erti perjuangan..

Tanpa Nama berkata...

Mmg susah nk mghakiskn sepenuhnye pnyakit yg lebih 50 thn disemai & disuburkn oleh gerombolan united malays national organisation..

Tp sy masih yakin,satu ari nnti pasti prjuangan reformasi & ketuanan rakyat akn direalisasikn..wlupon bkn dlm mase trdekat ni..mgkin sy xbrkesempatan merasa & melihatnye..

Cucu Tok Selampit berkata...

Last weekend since Friday I had a hectic schedule as I have to arrange for my mother in law and my auntie to attend Parti Keadilan Rakyat (PKR) National Congress at Stadium Melawati, Shah Alam. I thought it will would be a havoc function as it was done at the stadium. The promotions have been started a week earlier as there were many PKR flags along the road especially in Federal Highway and Shah Alam. The first day I thought the road will be jam. Luckily, there was not many cars at the stadium.

My observation regarding the PKR's Congress:

* There was no spark of fire in the congress. The attendance was poor. The people shopping in Giant Shah Alam were countless as compare to the people attend to the congress.
* Even though Shah Alam have been ruled by Pakatan Rakyat, it is hard to see Shah Alam citizen attended the congress, except for me of course.
* I have seen Zaid Ibrahim, former minister at the Prime Ministers Department at the meeting. I don't know what is the agenda, weather he was lending a morale support or tried to provoke UMNO, I don't know. My advice to UMNO is don't waste your time discussing the matter. He is only a small guy. No impact at all to the party at all.
* As usual as they know people will ask about the forming of a new back door government that they have been promised since 16 September, Anwar Ibrahim, Deputy President Dr Syed Hussin and Vice President Azmin Ali once again bluffed the people inside the stadium that Pakatan Rakyat would form the Federal Government but would not say when!!! As predicted earlier I guess.
* There is nothing interesting in the debate by the delegates. Quoted what was said by my auntie, "Boringg ..."
* Now PKR is targeting to capture Sarawak!!! Anwar has urged all PKR MPs and state assemblymen to take turns every week to cause tremors there in the bid to take over the state in the next state election. You can dream brothers. My advice to you my PKR leaders, you have to concentrate to the election that is going to be done in Kuala Terengganu due to the demised of its MP. This is to ensure that the tsunami politics since the last PRU12 is still give an impact. If not, you can kiss your dream to rule the country goodbye.
* The only different that Anwar make in the congress was sitting with delegates, showing that PKR is egalitarian, it is not feudal, the hierarchy is not all that strict, and the party is different from Barisan Nasional. Yeah, may be. I would bet PKR will post the picture of him sitting in with delegates on the blogs and You Tube for promotion.

See you in the next Congress, even though I am not a member and am not willing to register one, not in a million years!!! denin

arrpek berkata...

ala..pergi mana-mana kursus pun penceramah tetap makan di meja khas tidak pula bersama peserta kursus yang lain, pengantin tetap makan di meja pengantin. Semuanya bergantung pada penganjur majlis. Tapi kalau majlis yang tidak formal, menteri besar kedah tetap makan semeja tanpa meja khas untuknya, DSAI dan kuncu2nya tetap duduk bersila makan bersama tetamu yang lain tanpa meja khas yang disediakan. Semuanya bergantung pada majlis. Itu je...

mufarakahpr berkata...

buanglah perangai lama UMNO tu
yang dah berkarat

Tanpa Nama berkata...

iya...
aku antara anak muda kampung yang menghadiri kongres pertama di tok pekong Ipoh sebagai pemerhati dari bahagian Permatang Pauh yang di bekalkan t-shirt biru laut serta topi merah yang melambangkan Parti KeADILan dan PRM bersatu.

Sebelah petang nya disediakan nasi bungkus yang dikotakkan dan diagihkan oleh lori pick-up di tepi jalanraya....

Masih dapat ku bayangkan suasana nya... Meriah dengan lautan kebiruan bertopi merah dan sedikit peniaga yang memeriah kan perkarangan kaki lima..

Mungkin jauh berbeza suasana nya dengan Melawati yang lebih selasa walaupun aku x menghadirkan diri..

masa mengubah segalanya.
Bezanya Tok Pekong xada kehadiran susuk2 bergelar Dato'2 atau Tan Sri2, VVIP, VIP seperti Melawati. Hanya rakyat2 kampung yang dahaga kan perubahan...

-anak muda permatang pauh

Tanpa Nama berkata...

meow~

untuk memahami masalah yang dihadapi orang melayu buatlah satu eksperimen minda : bayangkan besok hari anda bangun, semua orang bukan melayu telah diculik oleh makhluk asing; yang tinggal cuma orang Melayu dan mereka yang digolong sebagai bumiputera.

Adakah selepas itu masalah sosial, ekonomi dan pendidikan orang melayu massa akan selesai di bawah UMNO? Jawapannya begitu ketara sekali bagi kucingsiam. Entah bagaimana dengan pembaca.

Tanpa Nama berkata...

bro..

aku ni terlibat dgn majlis2 yg berkenaan dgn protokol..

'gedebe makan berasingan' tu atas sebab utama, iaitu KESELAMATAN...bukan utk menunjuk-nunjuk atau apa.

disebabkan penyelengaraan protokol yg longgar inilah yg menyebabkan ramai pemimpin 'kehilangan nyawa'...

harap rakyat faham..yg penting perjuangan tetap satu..gedebe haprak kita tendang masuk tong sampah..

Rakyat Dah Nak Menang Ni..

Tanpa Nama berkata...

tak kan lah you fikir sampai ke situ...sampai meja,garfu dan lain2...untuk bakal pemimpin mestilah kita bg sedikit kelebihan..tak kan lah seorang pemimpin nak kena pergi beratur mcm org lain jugak...nanti org tak hormat pulak....itu kita tak boleh lah bandingkan dgn umno..perkara ini biasa lah di mana mana tempat pun...you jgn sama kan dgn org2 umno....ok...

Tanpa Nama berkata...

Bkn jer kena buang budaya umno,dependency kat Anwar pon kna kikiskn..kena transcend beyond just harapkn Anwar jer..bile Anwar dah xde,cane nk truskn?..

hmm..ade sikit cm "the metamorphosis" oleh Kafka..

painah berkata...

Bro Isham,
yb Zul Nordin ada kat Mekah la ni.
Kalu dia tak gi Mekah .. agak agak dia turun ker Stadium MALAWATI masa kongres ni?

Danielle_Corleone berkata...

Mereka masih buntu dan sangkut untuk menerbalikkan piramid.

Tanpa Nama berkata...

tuan...
nampaknya segala perbuatan yang burok atau kurang manis semuanya disamakan dengan UMNO....pkr,pas,dap dan lain lain tuu maksum kahhh.

Tanpa Nama berkata...

Artikel yang bagus bro(mulanya aku ingin mulakan komen ini dengan "good article bro"..tapi aku batalkan niatku..)aku setuju dengan telahan dan pemerhatianmu..

cara bro tulis sambil menegur puak gedebe dan AMK amat bertepatan..maklumlah dah dapat sebuah negeri kaya..projek macam-macam ada..

tak dinafikan perangai UMNO masih lagi terdapat di dalam sesetengah diri pihak PKR..jadi, tanggungjawab bro n kita semua untuk menegur mana yang patut..

tahniah bro..bro memang best..

Tanpa Nama berkata...

salam, bro

one comment - you seem to associate batik with umno, whereas i associate it with malaysia.

let's take back the batik from umno and claim it for ourselves, and wear it with pride.

Tanpa Nama berkata...

walaupun ipoh berbeza dgn melawati, namun semangat juang " lawan tetap lawan " amat tinggi sekali kerana anak 2 muda ipoh sudah bosan ngan umno !

Tanpa Nama berkata...

1. Cucu Tok Selampit, kau ni sengal la. Aku rasa kau buta, and even worse, lack of inteligence. Tak nampak ke orang berduyun2 ?

2. Cucu Tok Selampit, kau punya English failed big time.

3. Sham.. tengok acara jugak la. Ada ketikanya depa makan sekali. Ada ketikanya ada de courom. Itu hak penganjur, menghormati tetamu.
Tak semua orang bleh tahan tak mandi pagi macam rahmat.

Takrifan perjuangan rakyat adalah lebih luas dari sekadar makan semeja. Takkan itu pun nak jadi isu...

Tanpa Nama berkata...

Takkan nak biar projects dimonopoli oleh orang UMNO ? Apa orang selain UMNO tiada hak meniaga ? Kalau meniaga dikatakan tiada dalam perjuangan ?

nak suruh semua orang kerja dgn NGO ke ?

Tanpa Nama berkata...

Salam....
Berani kerana benar......
Menikus, takut, buat-buat bodoh, tak ambil pot atau apa-apa ayat yang setaraf dengannya memang bukan ayat@budaya pejuang sejati,
Pesan memesan, ingat mengingati adalah amalan yang perlu diterap secara positif.
Berjuang bukan pada batang tubuh badan seseorang tapi pada prinsipnya.
Tahniah bro,
Aku tidak kisah kalau orang benci aku dek kerana prisip.

Tanpa Nama berkata...

Aku pernah terlibat (bidan terjun) dlm hidang2 menghidang makan kat meja VVIP ni. Punyala susun atur elok, x boleh comot.. Kalu x elok, siap kena marah ngan leader..tension aku. Pastu bila habis acara makan, takde pun VVIP sentuh sgt pun. Cubit sikit2 ja. Membazir betul...dah la makanan tu sedap, tapi makan tak habis..Kalau aku tau VVIP ni jenis x mkn banyak, aku catu makan kt depa sorang 3 sudu ja nasik.Karipap lak, potong 3, bg kt depa 1 bhgn. Hehe.. Tapi ok la jugak..makanan lebihan depa yg x disentuh tu, aku tapau wak balik, jgn risau, kt umah aku budak2 kuat mkn byk...best ooo cerita2 bab makan ni..minggu depan dh nk raya..makaannn lagi.

kelamkelubi berkata...

serpihan umno..
budaya mesti xkn larinye bang..

amoker berkata...

i like it when they respect the dietry habits of all, even the vegetarians. that is the start and shows proper thought is given.

Good feedback.

Tanpa Nama berkata...

Jadi, apa dan siapa lagi yang boleh kita harapkan? Sampai bila takkan jumpa.. Cuma diharapkan keadailan kekal 'keadilan'... itu sudah memadai.

Reds berkata...

kau ni memang dah terpengaruh dgn propaganda sosialis - komunis. Kau merasakan kononnya dgn berpahaman sosialis, maka ko pejuang rakyat & penentang Amerika no 1. Walhal korang semua tak sedar, sama ada kapitalisme, sosialisme ataupun komunisme, semuanya adalah alat2 propaganda yg dicipta oleh para Freemason & Illuminati untuk memporak perandakan dunia & menguasai dunia & juga untuk memerangi Islam. Tgklah bagaimana pegangan org2 sosialis & komunis, agama & sistem2nya dipandang sb candu. Bukankah amat berjaya propaganda mereka itu ??

http://tuanbatu.blogspot.com