Khamis, 4 Disember 2008

DUA KEPALA LUTUT BERCAKAP


PENDAPATAN NEGARA MUNGKIN TERJEJAS DENGAN PENURUNAN HARGA MINYAK - mSTAR


KUALA LUMPUR: Pendapatan negara mungkin akan terjejas sekiranya harga minyak dunia turun dengan mendadak berikutan krisis ekonomi global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Sekiranya harga minyak turun mendadak, pendapatan akan terjejas kerana peratusan pendapatan dari minyak adalah tinggi," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini.

Jika pendapatan negara terjejas ia akan membawa kesan-kesan lain, kata beliau tanpa memberi perincian.


KRISIS EKONOMI DENUA BERI KESAN MINIMA KEPADA MALAYSIA -mStar

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia masih kukuh dan kesan yang diterima dari krisis kewangan dunia adalah minima, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Kong Cho Ha.

"Malaysia tidak terdedah kepada krisis kewangan secara langsung dan menerima kesan secara tidak langsung dan minimum dari krisis gadaian subprima tersebut disebabkan kekuatan domestik ekonomi," katanya semasa sesi soaljawab di Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau berkata jumlah tabungan negara masih berada pada paras yang kukuh iaitu 37 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang mencerminkan negara mempunyai lebihan mudah tunai yang boleh digunakan untuk menjana aktiviti ekonomi.

kah kah kah…. DUA LAGI KEPALA LUTUT BERCAKAP…. mat ngantok kata MUNGKIN TERJEJAS…. kah kah kah….

satu lagi munkee kata …. KESAN MANIMA…. kah kah kah…

woit…. apa ngoooook sangat… MUNGKIN TERJEJAS?..... kepala hangguk apa?.... bukan munkin terjejas…..PASTI TERJEJAS…. bila kita jual barang dengan harga murah…. dapat duit sikitlaaaa…. masa buat bujet harga minyak mahal……bila nak buat projek harga minyak turun….. ertinya duit kurang dapat….. kah kah kah…. cam mana munkee dua ekor ni boleh memimpin….kah kah kah…

woit tak payah laa cakap KDNK…. entah apa hantu lagi… ni semua nak tipu melayu…. nak bodoh bodoh kan melayu…. cukuplaaa….. hentikanlaaa…. kah kah kah

woit…. baca bawah ni apa tan sri hassan ni cakap… baca betul betul…kah kah kah

PETRONAS RAMAL PENGURANGAN PENDAPATAN BESAR TAHUN INI -melayau


KUALA LUMPUR 3 Dis. Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) yang merupakan penyumbang tertinggi kepada hasil kerajaan meramalkan penguncupan pendapatan yang besar pada tahun ini berikutan kejatuhan harga minyak di pasaran dunia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Mohd. Hassan Marican berkata, pengurangan pendapatan itu adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan berikutan penurunan harga minyak sejak kebelakangan ini.

Anda (pemberita) bertanya soalan yang agak jelas (jawapannya), jika harga minyak menurun 60 peratus, maka pendapatan juga akan menurun 60 peratus, katanya pada sidang akhbar sempena Persidangan Teknologi Petroleum Antarabangsa ke-3 di sini hari ini.





7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betul2 kepala hangguk...

Khun Pana aka johanssm berkata...

EPF punya labur pun sudah lebuh ,melecut , lecet, tergelincir , kecut tak kembong sebanyak -60 percent.
Ya , itu tanda ( - ) ada makna tu.

MIER punya lakaran pun tak akan timbul atas 3 percent untuk tahun 2009.
Najib bin C4 pulak kata ekonomi negara kukuh macam bik mama , tak akan bergoyang.
Tak nampak ke kadar untuk simpanan bank sudah jatuh oi.
tak nampak ke project terbangkalai macam bangkai masih terbangkalai.
Suka main tuan melayu saja.
Tak nampak ke jenayah makin naik.
Niamah betul lah

( perkataan niamah adalah diciplak dari tetuan patrick teoh tanpa kebenaran sebab sekarang pukul 4 pagi).

Tanpa Nama berkata...

Hoi ...Syam

Pada aku baik juga harga minyak turun, pendapatan kurang. Pasal apa.. Harga minyak naik barang pun naik juga. Kita pengguna tak dapat untung pun kalau minyak naik. Mana satu betul dah ni. Minyak naik ke minyak turun.

Aku tak bisnes, cuma makan gaji. Majikan buang aku pun masih boleh mengemis lagi... hhihihi...

Ikhwan Muslimin berkata...

Salam. Setahu saya, Petronanas jual crude ikut harga contract sokalau harga minyak turun pun why should it beri kesan pada Petronanas? Saya ni bukan ahli ekonomi tapi dok rasa macam Tok uban Petronanas ni nak tipu MeLAYU lagi!? Cara depa ni jual crude dan gas asli pun pelik gak, long term contract tak salah saya. Patutnya 1+1 atau 2+1 lepas tu review la harga tu tapi dok rasa macam contract period yang lebih lama lagi.

KESINAMBUNGAN YANG PERLU DIURUSKAN SEBELUM... berkata...

Dah ngelabah lagi rakyat dah tahu kerajaan dah kenakan cukai minyak kat rakyat marhaen ,tu hari nelayan dah diugut jangan demonstrasi....lalu dirasuah dengan ape ya ...syamm lalok dah senyap....kemenangan untuk rakyat!

Tanpa Nama berkata...

salam bro isham,

saya nk jawab sket soalan abg fadzil kita. well, mmg petronas jual ikut harga contract, tapi kalau harga pasaran lebih tinggi, they will use the market price. sbb tu last accounting year petronas' profit was skyrocketing. it's not due to their production but due to the market fuel price for crude oil. lagi satu, harga crude pon lain-lain depending on the type of crude. Simply there's two types; sweet or sour. Sour crude banyak di middle east and we're so lucky to have our goldmine in t'ganu that contains the best crude in the world, they call it sweet crude. harga sweet crude ni lebih tinggi pasal kualiti lebih baik as compared to sour crude.

personally, aku merasakan petronas sedang menerima pembalasan atas apa yg depa dah buat kt aku. btw, aku ex-petronas. hehe... but alhamdulillah... Allah selamatkan aku. Kt petronas tu banyak sangat phd (perasaan hasad dengki) dan banyak sikap suka menindas bangsa sendiri.

one more time, this is a personal opinion.

-pisang susu-

broooo... berkata...

bukan 2 kepala lutut tapi kepala but..