Ahad, 19 Julai 2009
PEMBERITAHUAN UNTUK SATU MALAYSIA
INI RUPA- RUPANYA PERANAN SPRM
SPRM DIGUNA UNTUK RAMPAS KERAJAAN SELANGOR
MAJLIS Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kematian mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor.
Mewakili seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, pihak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.
Sebelum ini telah terdapat banyak kematian yang berlaku dalam tahanan pihak berkuasa seperti Allahyarham Rumie Azzan Mahlie dan mendiang Ananthan Kugan.
Kematian mendiang Teoh Beng Hock merupakan kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat.
Sehingga kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara berterusan menjalankan siasatan dan membuat ancaman ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin Barisan Nasional tidak diendahkan.
Ini adalah bukti kukuh bahawa suruhanjaya yang baru beroperasi selama enam bulan itu hanyalah dijadikan alat oleh Barisan Nasional dan Umno untuk melemahkan Pakatan Rakyat.
Rakyat menuntut jawapan yang lebih tegas dari SPRM dan Perdana Menteri yang menjadikan SPRM sebagai kuda tunggangan Umno, dalam tindakan untuk merampas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.
Badan seperti SPRM seharusnya bertindak profesional dan menyelamatkan integriti mereka dengan mengambil tindakan ke atas laporan terhadap para pimpinan Barisan Nasional yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
SPRM juga seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal siasat mereka.
Dalam kes Mendiang Teoh, SPRM perlu mengenal pasti pegawai terlibat seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan.
Kami percaya bahawa rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang dtubuhkan oleh kerajaan.
Pakatan Rakyat akan terus menerus menentang kezaliman dan salahguna kuasa institusi ini dengan mengadakan kempen di seluruh negara.
Sehubungan dengan itu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mendesak dan bertegas agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock dan meneliti teknik dan kaedah siasatan SPRM selama ini.
Kenyataan media ini dikeluarkan pada 17hb Julai 2009 oleh:
Saudara Anwar Ibrahim
Ketua Umum KeADILan
Saudara Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Saudara Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen DAP
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
Tukar Tiub bukan You Tube...tak tahu apa nak kata tapi PR mesti peka! MU dan kes mendiang Teoh adalah satu wake-up call pada PR bahawa kemenangan mereka pada PRU12 yang lalu hanya kosmetik. Kuasa yang di perolehi hanya ciput saja walaupun memenangi 5 +1 negeri serta mengecilkan majoriti 2/3 BN tapi BN masih gagah! PR tidak mampu atau tidak berdaya hendak buat ceramah tanpa kebenaran BN walaupun di negeri2 PR! Adakah PR cuma meang sorak?
- PEMBERITAHUAN UNTUK SATU MALAYSIA ( TAMBAHAN )-
Selain dari SPRM yang di jadikan sebagai jentera , kuda , anjing , kudis-kudis dan babi-babi umno.
Pihak polis ,Pesuruhjaya undi , para hakim , tv3 , media media dan juga Guni patail ada lah terlibat secara langsung , secara setengah langsung dan secara tak langsung .
Raja-Raja pon terliwat... ( opps salah typo disana ) terlibat bersama .
Terutama itu Perak mari ponya.
***RajaPetra dan RajaGopal tidak terlibat dan tidak bolih disenarai bersama.
Sekian Maklum
LAWAN TETAP LAWAN....
KENA LAAN DARI SEKARANG....
TAKKAN NAK TUNGGU PRU.... LAMBAT.
APA NAK BUAT SEKARANG!!
TAKKAN NAK TUNGGU PRU13 KOT?
TAKKAN NAK TUNGGU SELANGOR DIKUDETAKAN MACAM PERAK BARU NAK SEDAR KOT?
INI OPERASI MENYELAMATKAN NEGARA ATAU MELINGKUPKAN NEGARA?!
KALAU UNTUK MENYELAMATKAN NEGARA, CEPATLAH SIKIIIITTTTTT!!
aku rasa kematian teoh ni (Nama mcm bos aku la pulak)adalah sambungan dgn kes rumah banglo si anak toyo tu.. tiap kali dia kena kes, dia pasti akan kaitkan kes lain dgn PR slangor.. kes balkis dgn kes lembu.. mmg dasar jawa taik si anak toyo ni..
bro din penang
Catat Ulasan