Selasa, 3 Julai 2012
LAGI KES NAJIB SUWEY
KOMENTAR TUKAT TIUB
suwey sungguh nasib najib
besan ditangkap di dubai
anak menantu hilang lari
muhyiddin sendang berpakat
mahkamah di paris sedang bersidang
sapina akan datang tak lama lagi
madey marah kerana takut bini
berahikan perempuan slim
tapi tidor dengan badak
suwey sungguh nasib najib
apakah silap kahwin dengan bik mama
atau kerna sumpahan aktantuya?
GEORGE KENT GAGAL DALAM PENILAIAN BIDAAN, BAHAYAKAN NYAWA ORANG RAMAI
Penilaian bidaan untuk kerja-kerja tambahan LRT Ampang dibuat oleh sebuah syarikat perunding kejuruteraan bernama HSS Integrated Sdn Bhd. Syarikat ini adalah syarikat bersekutu yang menggunapakai kepakaran Halcrow, salah sebuah perunding kejuruteraan terkemuka di dunia.
Keseluruhan penilaian teknikal projek LRT Ampang bernilai lebih RM1 bilion ini dibuat oleh Halcrow. Keputusan penilaian telah dimaklumkan kepada Syarikat Prasarana Negara Berhad dalam sebuah laporan bertarikh September 2011 yang disertakan bersama.
Berdasarkan keputusan penilaian yang dibuat oleh Halcrow, Shahril Mokhtar (Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana) telah menulis surat kepada Kementerian Kewangan bertarikh 12 Disember 2011 untuk memaklumkan hasil penilaian bidaan kepada Jawatankuasa Peroleh Menteri Kewangan (JPMK) yang dipengerusikan Najib Razak sendiri.
Mukasurat 7 dan 8 dari surat itu yang menyenaraikan keputusan penilaian bidaan ada disertakan bersama. Ia secara jelas menunjukkan bahawa bukan sahaja George Kent (pembida 3) gagal dari aspek kewangan (dikira tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk mengendalikan projek ini), konsortium itu juga adalah antara pembida yang mendapat penilaian teknikal yang terendah pada mata 38.62 sahaja (diragui
kemampuan teknikal dan tidak berpengalaman mengendalikan projek seperti ini).
Saya ingin memetik beberapa perkara penting hasil dari keputusan penilaian bidaan yang wajib diberikan perhatian serius oleh rakyat Malaysia, seperti yang termaktub di dalam laporan penilaian:
1. Mukasurat 14 – pembida George Kent dirumuskan tidak memahami kehendak teknikal projek (terutamanya dari segi koordinasi dan integrasi dengan sistem sedia ada), apatah lagi berkemampuan mengendalikan projek seperti ini;
2. Mukasurat 17 – pembida George Kent dirumuskan tidak mampu meyakinkan perunding bahawa mereka mempunyai kepakaran menjalankan projek ini secara sistematik dan disokong oleh sistem audit projek yang memuaskan;
3. Mukasurat 24 – pembida George Kent didapati tidak pernah mengendalikan projek besar, apatah lagi berpengalaman di dalam projek sebesar ini. Berbanding dengan pembida lain yang hampir kesemuanya pernah menyiapkan projek bernilai lebih RM1 bilion, projek terbesar pernah dikendalikan George Kent hanyalah bernilai RM40 juta, sedangkan pakej kerja-kerja tambahan LRT Ampang ini dianggarkan bernilai lebih RM1 bilion;
4. Mukasurat 24 – pembida George Kent didapati tidak pernah terlibat di dalam projek melibatkan rel atau LRT;
5. Mukasurat 64 – pembida George Kent dirumuskan berada di tempat ketiga tercorot dari segi kemahiran dan pengalaman teknikal. Markah yang diperolehinya adalah lebih rendah dari purata markah keseluruhan pembida-pembida; dan
6. Mukasurat 72 – Halcrow merumuskan bahawa Panel Penilai Teknikal tidak yakin George Kent boleh mengendalikan projek itu dengan jayanya.
Berdasarkan dokumen-dokumen ini, terbuktilah bahawa George Kent tidak mempunyai apa-apa kemahiran, kepakaran atau pengalaman yang melayakkannya dianugerahkan tender ini, kecualilah hubungan baik di antara George Kent dan Najib Razak.
Lebih mengecewakan, keputusan Dato’ Seri Najib Tun Razak campur tangan dengan membatalkan keputusan jawatankuasa penilai memberi gambaran seolah-olah beliau tidak menghiraukan bahaya dan risiko keselamatan awam apabila projek sistem LRT diserahkan kepada syarikat yang langsung tidak tahu mengenai LRT.
Jika niat Najib Razak ini diteruskan, bermakna ratusan ribu rakyat yang menaiki LRT Ampang saban hari kini berada di dalam keadaan bahaya.
Saya menyeru supaya Najib Razak menjelaskan apakah pertimbangan beliau yang mendorong beliau membahayakan keselamatan rakyat dengan menganugerahkan kerja-kerja ini kepada George Kent yang ternyata tidak layak.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
INI MASIH BELUM DITUNAI
NOTA
kalau 8 tuntutan ini tdak ditunai
kalau pilihanraya diadakan juga
kalau gerombolan menang]
maka gerombolan menag kerana tipu
kalau gerombolan mennag dengan cara tipu
maka rakyat berhak untuk turun ke jalan raya
kali ini bukan 300 ribu
kali ini satu juta
ini bukan ancaman
ini bukan amran
ini satu janji
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
Serangan yang jelas nampak dari dalam..
Informasi telah bocor..
Siapakah yang telah merancang menjatuhkan Najib ini jeng jeng jeng..
Najib banyak musuh dalam selimut..
Selain dia tidak pernah bertanding merebut jawatan.. free pass (sebab imej bapanya).. nampaknya tuahnya semakin hilang..
satu persatu musibah datang..
Gorge Kent ni hanya syarikat angkut barang je!Company cina bukit apek seluar pendek.Manalah dia tau pasal engineering.Mat Monggol jangan play-play dengan rakyat.Dahlah company tak biasa buat kerja kejuruteraan dan binaan,ini semua nak bagi mampos nyawa rakyat. mari turun berdemo jika mat monggol masih buat pekak!Demo saja boleh ajar PM paling pekak dalam sejarah Malaysia mengalahkan Mat ZZZZZZZZZZZZZZZZZ
Persatuan jurutera2 semenanjung mesti suarakan bangkangan keras jika benar dakwaan yang bidaan ini akan dianugerah kepada suatu syarikat binaan yang gagal/rendah tahap penilaian teknikal mereka ketika membida! Begitu juga persatuan arkitek2 semenanjung. Persatuan2 ini mempunyai jaringan dan laluan untuk mendapatkan fakta sebenar berbanding kita sebagai orang awam. Tunjukkan yang anda benar2 professional dan berintegriti
Ini membabitkan keselamatan dan kesejahteraan manusia bukan saja sebagai penumpang tetapi juga sebagai pelawat mahupun penduduk dan innocent bystanders di sekitar stesen dan sepanjang laluan. Malahan juga keselamatan hartabenda di sekeliling.
Sama juga amatsangat besar nilainya, nama dan maruah negara yang bakal tercemar jika ditakdirkan berlaku kemalangan akibat ketidakupayaan dan kelemahan pembina yang dilantik!
-average joe-
klakka-la.blogspot
pedulik hapa dengan 300,000 rakyat nak turun berdemo... masih ada 29,700,000 lagi rakyat bangang tak nak turun berdemo dan mereka secara bodohnya bersetuju dengan apa yang najib buat..
300,000 yang turun berdemo tu, baru 1/100 jer TT.. 0.01%!!!! kes terpencil la.. kalo 10% rakyat turun pun, tak lulus exam lagik ha..kahkahkah.. kalo 40% pun bukan majoriti.. kene tunggu turun 51% pun, masih sokongan terpencil... nak menang pilihanraya, PR kene dapat 63% undi, baru boleh amik Putrajaya.. 9% undi POS sudah BN punyer.. 28% jer pengundi BN perlukan.. mana datangnya balaci2 BN ni??? 10% dari penjawat awam.. 18% lagi dari rakyat yang tak ketahuan.. jangan mimpi la 63% buleh dapat!!! last PRU 51% mengundi PR, depa cuma dapat 80 kerusi.. yang mengundi BN = 49% = 141 kerusi parlimen!!! kahkahkah..
punyerlah gah kita melawan kerajaan BN.. nak habaq mai, dengan 28% undi yang BN perlukan, pukul 10 pagi pun dah tau BN menang.. saja jer buat2 thrill bagi gempak kene tunggu sampai pukul 2-3 pagi.. nak angkut peti undi macam nak angkut tongkol emas 100kg.. punyerlah susah dan berat... apa punyer bangangnya rakyat malaysia.. sifir2 mudah ala budak tadika pun sudah fail.. itupun sudah menggelupor nakkan kemajuan.. patut la kene dibodohkan UMNO setiap hari.. logik mudah pun tak boleh pikir..
Korg jgn xtua..goerge kent komisyen tinggi..kah3..sape nk nk tnggung kos pru nti
Catat Ulasan