Jumaat, 19 Oktober 2012

ADNAN YAAKOB BUKAN MUSUH - DIA MEMBANTU PAKATAN


KOMENTAR TUKAR TIUB
kita jangan silap faham
kita jangan salah kira
adnan yaakob ialah sahabat kita

negara perlu banyak lagi pemimpin
macam si adnan ini
negara tak perlu pemimpin yang baik
negara tak perlu pemimpin yang jujur
pemimpin yang sopan
dari parti  united malays national organisation

kalau mereka jujur
kalau mereka baik
kalau mereka sopan
rakyat tak akan benci pada mereka

kita ucapkan syabas kepada si adnan

sekarang mat mongol jadi serba salah
nak buang salah
tak bunag salah

kalau buang
si adnan akan pastikan pahang lungkup
kalau tak buang
rakyat pastikan pahang lungkup

MINTA MAAF
kita tuntut dia minta maaf
hanya otek otek
kita buat teater
hanya nak beri rakyat marah

kalau adnan minta maaf nak buat apa
maaf bukan boleh kita gulai

minta maaf ini wajib digunakan
oleh mengolah persetujuan orang ramai
untuk benci pada adnan
untuk benci pada gerombolan

jangan buat silap
macam reformasi 98
tuntut madey letak jawatan
bila madey letak jawatan mat  ngantok masuk
apa jadi?
gerombolan dapat sokongan
 
kita  perlu masam dan tapai kan suasana
kita perlu  kacau dan kelodak
bagi rakyat marah

kemudia tahun depan kita ke jalan raya



  
BODOH BANGANG : ADNAN DITUNTUT MOHON MAAF – harakah daily

TEMERLOH: Tindakan Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob yang memperlekeh dan menghina masyarakat Orang Asli (OA) yang berdemo dan menyerahkan memorandum kepada beliau semalam, dianggap tidak profesional dan memalukan.

Malah tindakan beliau yang sanggup mengucapkan perkataan 'bodoh' dan 'bangang' serta telah mencabar seorang OA bernama Ong Chong bergaduh dengannya, jelas memperlihatkan sikap tidak hormat kepada rakyat.

Timbalan Ketua Perhubungan PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid berkata, beliau sangat kesal dan kecewa serta mengecam tingkahlaku Adnan dan menuntut Menteri Besar (MB) itu menuntut maaf dengan OA.

 
“Ketika OA berdemo dan menyerahkan memorandum kepada MB Pahang semalam, Majlis Peguam telah memantau dan terdapat laporan beliau (Adnan) telah memperlekeh dan menghina masyarakat OA dengan mengeluarkan perkataan 'bodoh' dan 'bangang'.

“Malah beliau telah mencabar seorang OA bernama Ong Chong untuk bertumbuk dengannya. Saya selaku alah seorang panel peguam kepada OA dalam isu tuntutan yang dibuat mereka, sangat kesal dan kecewa serta mengecam tingkah laku MB Pahang yang jelas sangat tidak bertamadun dan langsung tidak punya rasa hormat kepada rakyat,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada media mengulas kira-kira 500 OA melalui Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) yang berkampung di pekarangan Wisma Sri Pahang di Kuantan, semalam bagi menyerahkan memorandum mengenai pencerobohan, tuntutan tanah dan wilayah adat kepada MB.

Melalui memorandum berkenaan, sebanyak lapan perkara dibangkit dan dituntut oleh kumpulan berkenaan serta mereka bertegas menyerahkan sendiri kepada MB.

Kumpulan Orang Asli dari seluruh Pahang berkenaan tiba kira-kira jam 11 pagi dengan membawa sepanduk yang antaranya tertera “Batalkan status tanah rizab yang bertindih dengan tanah adat orang asli”, “Iktiraf hak dan tanah adat Orang Asli” dan pelbagai lagi perkara menjurus kepentingan tanah adat kaum mereka.

MEGA DEMO 
SILA BAWA ORANG ASLI TURUN SAMA
ANAK MUDA BERSEDIA!

4 ulasan:

Unknown berkata...

ape nak maaf2 lagi.. saman je terus.. bila lagi nak wat duit cam brader TT..

Tanpa Nama berkata...

bungol banar MB nie.. membari sarik.. tacium radioaktif lynas lukuk.. tu pang jadi bungolll..

Pro_Pembaharuan berkata...

hahahhaha... memang ini MB sahabat yang akan menguntungkan kita... kebodohan dia memang power!

tadik aku tengok video ni tak sampai 300 orang, skarang dalam masa 2-3 jam dan jadi 3000 orang lebih.!

http://www.youtube.com/watch?v=9pibzh3Q5HU&lc=cXDdeLfjQJgN0UEAJuW4cqO9s9CKF1zEmP7yapYh9Ws

DIDI KOTA BELUD berkata...

WEI JANGAN....MAT DENAN NI MEMANG TERER BERGOCOH..TU YANG BANYAK JERAWAT RESDUNG TU..BETAPA SAMPAI LUPA DIRI.TAK MANDI AAAANNAAAMMM BULAN KO......KENE SANTET DEK ORANG ASLI BARU ADA WAWASAN KO DENAN....PUI...HERO TAIK PALAT SI DENAN.