Ahad, 2 Jun 2013

UNTUK YANG GUGUR KAMI SEDEKAHKAN DOA


ANAK MUDA
BERSETIA KAWAN


Kenyataan Akhbar: Kemalangan Bot Ekspress Belaga 528

Menjelang hari perayaan Gawai, sepatutnya harus menjadi suatu hari perayaan yang ditunggu-tunggukan oleh rakyat Sarawak terutamanya etnik Dayak dan ia diraikan oleh seluruh rakyat Sarawak. Tetapi pada tahun ini, berlakunya sebuah tragedi kemalangan bot ekspress yang berlaku pada 28/5/2013. 

Tragedi ini berlaku apabila bot ekspress tersebut membawa muatan yang melebihi had yang ditetapkan iaitu hanya sebanyak 67 penumpang. Bot ekspress ini mengalami kegagalan enjin berfungsi dan terlanggar batu lalu karam di Jeram Tukok/Jeram Bungan. Sehingga kini masih 12 yang masih hilang dan 1 seorang lelaki berumur 44 tahun telah meninggal dunia.

Bot tersebut telah membawa penumpang yang melebihi 200 orang penumpang, sedangkan muatan yang dibenarkan hanya 67 orang sahaja. Pengerusi Lembaga Datuk Roland Sagah telah mengatakan bahawa pihak beliau akan mengadakan siasatan ke atas insiden ini dan mengambil tindakan terhadap syarikat bot ekspress tersebut iaitu Kawan Mas. Disebabkan syarikat tersebut tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan dan melebihi muatan. 

Akan tetapi malangnya, sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa kini, tidak dapat mengembalikan nyawa kepada mereka yang telah meninggal dunia.

Dua tahun yang lepas, telah berlaku juga sebuah kemalangan yang membabitkan bot ekspress di daerah Tatau berhampiran dengan bandar Bintulu. Tragedi kemalangan tersebut telah mengakibatkan 13 penumpang kehilangan nyawa. Jelas disini, pihak berkuasa kurang menitikberatkan langkah-langkah keselamatan untuk mencegah berlakunya kemalangan bot ekspress daripada berlaku di masa hadapan.

Kami sebagai anak muda Sarawak yang perihatin, kami ingin menuntut pihak Lembaga Sungai Sarawak menyiasat perkara ini secara telus dan terperincil. Pihak lembaga turut untuk bertanggungjawab keatas tragedi kemalangan bot ekspress ini. 

Lembaga Sungai Sarawak sepatutnya harus mengawal dan memastikan semua bot ekspress mematuhi peraturan yang ditetapkan dan tidak melebihi muatan penumpang. Dalam tragedi ini, adalah menjadi tanda soal kenapa bot ekspress tersebut dibenarkan untuk bertolak dengan muatan yang begitu ramai. Adakah pengawai daripada Lembaga Sungai Sarawak menjalankan tugasnya secara professional dan mengikut prosedur yang ditetapkan?

Selain itu, Lembaga Sungai Sarawak turut harus meletakkan pegawainya di pelabuhan-pelabuhan bot di kawasan pendalaman seperti Bakun dan Belaga untuk memastikan setiap bot ekspress mematuhi peraturan yang ditetapkan. Lembaga Sungai Sarawak harus bertanggungjawab kerana sebagai pihak berkuasa, ia telah gagal memastikan tragedi seperti ini dielakkan daripada berlaku di masa depan.

Selain itu, kami turut menuntut bahawa syarikat bot ekspress, Kawan Mas untuk diambil tindakan undang-undang yang tegas kerana syarikat tersebut telah langgar peraturan yang ditetapkan dengan membawa jumlah penumpang yang melebihi muatan yang ditetapkan. Syarikat tersebut sepatutnya memastikan keselamatan penumpang adalah terjamin sepanjang perjalanan, bukan sahaja ia gagal malah tindakan syarikat tersebut telah menyebabkan kematian seorang lelaki berumur 44 tahun. Kami mahu syarikat tersebut disiasat dan lesen pengangkutan syarikat tersebut digantung.

Walaubagaimanapun, tragedi kemalangan bot ekspress yang berlaku sepanjang masa ini adalah disebabkan oleh kegagalan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri membawakan pembangunan yang sewajarnya kepada kawasan pendalaman seperti Bakun dan Belaga. Selepas 50 tahun memerintah negeri Sarawak, tidak terdapat jalan raya yang menghubungkan antara kawasan pendalaman. Kerajaan Persekutuan dan Negeri harus berusaha untuk menyediakan jalan dari Bakun-Belaga-Bintulu dan kemudiannya Kanowit-Song-Kapit.

Disebabkan tiada jalan raya yang menghubungkan kawasan pendalaman, maka kemudahan awam yang ditawarkan kepada rakyat Sarawak yang tinggal di kawasan pendalaman amat terhadap sekali. Mereka hanya boleh bergantung pada perkhimatan bot ekspress. 

Oleh itu, permintaan bot ekspress akan naik secara mendadak pada musim perayaan seperti Gawai tetapi bot yang sedia ada adalah terhadap. Jika terdapat jalan yang menghubungkan kawasan pendalaman ini, maka permintaan bot ekspress dapat dikurangkan dan kemungkinan terjadinya kemalangan turut akan dikurangkan.

Oleh itu, kami ingin menyeru wakil rakyat Sarawak, sama ada ADUN atau Ahli Parlimen untuk membawakan isu ini untuk dibincangkan di Dewan Undangan Negeri dan juga Dewan Rakyat agar satu penyelesaian dapat dicapai. Kami berharap nyawa mereka yang telah terkorban dalam kemalangan tragedi bot ekspress ini tidak akan disia-siakan. Kami turut berharap pihak-pihak yang berkenaan akan mengambil iktibar daripada tragedi kemalangan ini.

Disediakan bersama:
1.     Suara Rakyat Sarawak
2.     Buku Jalanan Kuching
3.     Teori Timur
4.     Sarawak Youth For Change

5.     Sarawak Progressive Student Movement 

ANAK MUDA
MAHU JAWAPAN

---------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nak denda bot ekspress lebih muatan. semua bot ekspress ke kapit dari sibu terlebih muatan... nak saman tak susah... yang nak menyaman tu yang kenyang...

Watikah Sinar berkata...

Buat apa salahkan syarikat bot, mereka pun cari makan jugak, sepatutnya kerajaan Sarawak majukan sistem pengangkutan awam didarat dan laut. Sudah 50 tahun Taib Mahmud memerintah sehingga kaya-raya dengan kronisme & nepotismenya - nak buat sistem bot yang besar sikit utk rakyat pun susah ke??

Rakyat Malaysia khusus di Sarawak takkan tak nampak masalah ini... puncanya lemah sangat pengangkutan awam tak maju sejak dulu lagi, apa salahnya diwujudkan sistem bot macam filem anakonda... ujung2 rakyat jugak yang jadi mangsa...

DIDI KOTA BELUD berkata...

Satu jawapn untuk ini semua........taib mahmud pukimak.

Tanpa Nama berkata...

ketua menteri dah kenyang terbongkang rembat rete berpuluh tahun pun tak cukup lagi, tambah lagi naik gaji ngalahkan gaji ceo!! isk... pegang kuasa berpuluh tahun, jalanraya pan sarawak tuk pribumi tak dibuat2!! di biarkan kulu kilir naik bukit turun bukit jalan kaki dan naik bot nak balik kampung?? yang dia pusing sarawak sedap2 naik chopper!

giler apa orang sarawak masih pilih and angkat dia jadi ketua menteri?? takkan satu sarawak telan gambir, otak jadi kebas tak boleh pikir?

Tanpa Nama berkata...

Yg gugur mati ini adalah jihad. Tanpa kematian.. masysrakat akan membutakan hati dan mata..