UCAPAN
SERLAMAT BERMUKTAMAR
DARI PEMBACA TUKAR TIUB
PERJUANGAN
DAN GARIS POLITIK
Mukatamar
PAS ke 59 kali ini bukan hanya
diperhatikan rapi oleh warga Malaysia
sahaja malah bekas rakan sakerja Edward
Snowden dalam National Security Agency di Amerika (NSA) dan Goverment Communication Headquaters (GCHQ)
di England turut sibuk merakamkan apa
yang sedang berlaku. Keputusan pemilihan pucuk pimpiann PAS kali ini bukan
hanya mempengaruhi arah politik Malaysia
malah ianya juga akan mempengaruh ASEAN dan Asia Tenggara.
Ahli
PAS yang akan mengundi dimuktamar kali ini berpeluang memilih pucuk pimpinan
dari dua jalur atau dua garis politik. Media milik gerombolan United Malays
National Organisation dan suku sakatnya mentakrif dua garis ini sebagai
kumpulan Ulamak dan kumpulan Erdorgan. Sesekali ‘Erdorgan’ ini dikatakan
juga kumpulan professional.
Sebenarnya
ini nama-nama ini hanya ‘papan tanda’
untuk mengelompokkan agar dapat diberi tanda. Ketika Ku Li melawan Mahathir
dulu dikatakan wujud Tim A dan Tim B dalam United Malays National Organisation.
Sebenarnya ada dua garis yang jelas
yang diwakili oleh Ku Li atau Mahathir walau pun media tidak menerangkan secara
tuntas. Nama diberi untuk memudahkan media membuat kerja.
Dalam
PAS memang wujud kumpulan yang dipanggil Ulamak. Dalam bahasa Arab ulamak membawa erti pemikir atau intelektual. Alim
ertinya berilmu pengetahuan. Di Malaysia
ini dua perkataan Arab ini telah disakralkan dan hanya
diasosiasi dengan Agama. Wal hal alim dan ulamak ini adalah untuk sesiapa
sahaja yang memiliki daya fikrah yang kritikal
dalam bidang keilmuan masing masing tidak samestinya hanya agama.
Erdorgan
pula ialan ikutan nama Perdana Menteri Turki yang bukan ulamak yang berjaya
memimpin Turki dengan garis politik Islam. Nama ini muncul di Malaysia kerana gulungan yang dikatakan kumpulan Erdorgan
adalah gulungan professional bukan guru agama, bukan lulusan pondok, tidak berserban, tidak berjubah dan tidak berjanggut
panjang. Jauh sekali hidup mencari makan
dengan menjual air jampi.
Kadang
kala kumpulan Erdorgan ini dipanggil Anwarista. Jika perkataan Anwarista atau
Anwarisna saperti dalam ucapan Zul Nordin maka kita tahu
dibelakang sebutan ini ada niat
tidak baik. Anwarista ini digunakan untuk menggambarkan para pemimpin PAS ini sebagai macai kepada Anwar Ibrahim.
Disebalik
jenama ini sebenarnya ada garis politik yang amat jelas. Garis politik inilah
yang wajib kita ketahui untuk memahami apakah tanda dan makna Muktamar PAS kali ini.
Muhamad
Sabu a.k.a Mat Sabu dan Nik Amar yang merebut jawatan Timbalan Presiden PAS
adalah manifestasi dari dua garis
politik yang amat jauh berbeza. Dua sosok
ini membawa dua pendekatan politik yang berlainan. Apa yang membezakan mereka ialah cara mereka melihat dan mentafsir Islam dalam
konteks realpolitik Malaysia dan dalam konteks realpolitik dunia kontemperori.
Umum
mengetahui bagaimana kumpulan Ulamak ini
telah bersidang tidak berapa lama
dahulu. Hasil persidangan ini satu ketetapan telah diluluskan. Mengikut
ketetapan ini para Ulamak meminta parti PAS menilai kembali hubungan PAS dalam Pakatan Rakyat.
Menilai
kembali ini bermakna telah wujud perasaan TIDAK puas hati dikalangan alim ulamak
dalam hal perserikatan kerjasama dengan Parti Kedailan Rakyat dan Parti
Tindakan Demokratik. Apa yang menimbulkan ketidak puas hatian ini tidak pula
jelas. Yang diumumkan kepada orang ramai hanyalah ulamak mahu ‘ menilai kembali’ kerjasama
dalam Pakatan Rakyat.
Untuk
yang arif politik - melintas Mat
Bangla didepan mata telah diketahui sama
ada pendatang haram atau tidak. Justeru, ketetapan dari persidangan ulamak ini bermakna ada jalur dalam parti PAS yang tidak
mahu terus bersama dalam Pakatan
Rakyat. Garis Ulamak ini menolak usaha menggalang barisan bersatu
untuk menjatuhkan United Malays National Organsiation dan kuncu-kuncunya.
Terlulusnya ketetapan ini bermakna garis
politk para ulama PAS ialah menentang kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Dalam bahasa anak muda yang cool - PAS
nak blah dari Pakatan Rakyat.
Justeru
garis PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat ini menjadi mistos umum apabila
pemerhati politik membincangkan Muktamar PAS kali ini. Umum juga telah
mengetahui bagaimana secara terbuka Nik Amar sendiri mengakui bahawa
dirinya adalah ‘seorang ulamak’. Justeru Nik Amar dianggap mewakili dan membawa garis ulamak dalam mukatmar PAS
kali ini.
Manakala
Mat Sabu dalam ceramahnya telah berkali-kali berkata bahawa “... apabila PAS
keluar dari Pakatan, maka PAS akan menjadi lebih kuat. Tetapi jajahan taklok
PAS hanya bermula dari Rantau Panjang dan berakhir di Kemaman..”
Ucapan
Mat Sabu ini jelas memperlihatkan bahawa garis politik yang dibawa oleh Mat
Sabu ini ialah garis politik yang bersedia untuk meneruskan kerjasama
dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.
Mat Sabu memahami realpolitik Malaysia. Dalam politik pilihanraya – satu warga
satu undi – tidak ada jalan lain untuk mengambil alih kuasa melainkan bekerja sama dengan kumpulan yang bukan dari
Parti PAS.
Ikatan
kerjasama ini dari pandangan Mat Sabu
telah memberi kejayaan dalam tahun 1999, 2004, 2008 dan dalam PRU13 yang baru
selesai. Hanya dengan bekerja sama dengan parti-parti yang bukan dari bakul Ketuanan Melayu barulah PAS
mendapat kejayaan. Malah di Selangor kemenangan PAS yang amat cemerlang itu adalah hasil dari
kerjasama dalam Pakatan Rakyat.
Apakah
perlawanan antara Mat Sabu dan Nik Amar ini membawa makna Mat Sabu menentang
ulamak? Dalam konteks Mat Sabu dan Ulamak – ianya satu yang pelik yang sukar untuk dipercayai. Sejarah
masih belum merakamkan secara tuntas tentang
konsep kepimpinan ulamak dalam PAS. Tidak ramai yang mengetahui bahawa
konsep ini adalah hasil dari gerakan Mat Sabu dan kawan-kawan yang telah
melihat kejayaan Revolusi Iran 1979. Ketika konsep ‘Kepimpinan Ulamak’ ini
diajukan Mat Sabu sedang bergerak aktif
dalam Pemuda PAS.
Apakah
para ulamak tidak melihat realpolitik dimana Malaysia ini sebuah negara majmuk – berbilang bangsa
dan agama. Malah dalam kumpulan penganut
Islam itu sendiri tidak semua yang berkad pengenalan Islam bersetuju dengan apa yang cuba dibawa dan
dilakukan oleh kumpulan ulamak ini.
Jawabnya:
para alim ulamak ini melihat realpolitik ini. Tetapi kefahamam politik dan analisa politik mereka tidak memasukan ekonomi dan kelas
sebagai asas politik. Gerakan parti politik bertujuan untuk mengambil kuasa.
Dengan memenangi kuasa maka punca-punca ekonomi boleh dimiliki. Dengan memiliki punca ekonomi maka barulah dapat dilaksankan satu sistem ekonomi yang berkemungkinan
melahirkan Negara Berkebajikan.
Tanpa
kuasa politik tidak ada kuasa ekonomi. Tanpa kuasa ekonomi tidak ada satu habuk. Yang ada hanya selipar Jepun dan kain cukin. Ini difahami jelas oleh Mat
Sabu. Tetapi agak kabur dalam pandangan mata para ulamak. Justeru kita melihat bagaimana akhbar Utusan Malaysia
berhempas pulas cuba menimbul ajenda hudud, isu Shiah, isu Allah – semua
ini bertujuan untuk memerangkap ahli PAS agar gagal memahami ekonomi sebagai
asas politik.
Niat
dan cita-cita Utusan ini cukup jelas. Selagi PAS bersama Pakatan Rakyat
maka kesehatan parti Ketuanan Melayu ini akan terus merudum
menuju ke liang lahad. Dalam realpolitik kuasa
United Malays Natiopnal Organsiation telah lupus. Yang membolehkan
gerombolan ini terus berkuasa hanyalah melalui kuasa
Polis, Special Branch atau kuasa mahkamah. Sebanyak 52% rakyat
Malaysia tidak lagi menyokong United Malays National
Organisation dan kuncu-kuncunya.
Apakah
para ulama tidak melihat ini? Jawabnya :
Ada melihat dan ada tidak. Kalau kita perhatikan dunia Islam hari ini ialah melimpah
dengan kekayaan hasil bumi. Sayangnya kekayaan negara Islam ini disaluti dengan kebebalan
fikrah warganya. Tidak ada yang alim dan
tidak ada yang ulamak. Para alim dan ulamak ini hanya tinggal nama sahaja.
Mengikut
Mat Sabu gerakan Islam hari ini masih
lagi ditahap ‘takfiri’. Masih lagi membincangkan apa yang suci dan apa yang
haram. Masih lagi menuduh siapa kafir
dan siapa boleh masuk syurga. Islam
gagal untuk mengajukan satu sistem sosial yang berkebajikan. Wal hal hampir
tiga suku ayat-ayat dalam Quran ialah tentang kebajikan umat manusia.
Samenjak
tahun lalu mimpi berahi United Malays National Organisation dan Utusan Malaysia
ialah kekalahan Mat Sabu. Gerombolan Ketuanan Melayu bermimpi sambil merancang
agar parti PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat. Jika semua ini gagal, parti
Ketuanan Melayu beharap PAS akan kembali
menjadi parti ‘ takfiri’ yang akan menuduh sesiapa sahaja sebagai kafir dan
musuh Islam.
Gerombolan Ketuanan Melayu berharap PAS akan menjadi parti politik yang kerjanya hanya mengeluarkan fatwa fatwi untuk menghukum dan mengkafirkan sesiapa sahaja yang dianggap tidak bersetuju dengan garis politik PAS. Bila ini berlaku maka anak muda akan lari lintang pukang mejauhi PAS. Bukan takut dengan PAS tapi menyampah dengan parti kolot yang menggangu hidup mereka.
Jika
ini terjadi maka jaringan luas yang wujud hari ini dari anak semua bangsa dan dari agama semua kaum yang menyokong PAS akan
kendur. Inilah yang dikatakan oleh Mat Sabu ‘ wilayah taklok PAS hanya bermula
dari Rantau Panjang dan berakhir di Kemaman’. Maka akan bergumbiralah ahli
United Malays National Organisation kerana
mereka boleh merompak harta
negara tanpa sekatan.
Setakat
ini Utusan Malaysia akhbar milik parti Ketuanan Melayu sedang berkempen memutar alam. Tapi ahli PAS yang akan bersidang ke Muktamar telah dewasa. Setitik dakwat Utusan telah diketahui jantan betinanya. ( TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terkini
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92- 21-10 -45
----------
22 ulasan:
TT, Setakat berserban dan berjubah tu belum pasti sejauhmana kealiman mereka. Rasanya kalau Guan Eng atau Lim Hong Siang dicampakkan hidayah Islam kedada mereka, kemungkinan mereka lebih baik dalam berilmu dan beramal.
Bertudung labuh waima berhijab tinggal 2 bijik mata tu pun tidaklah boleh diukur kemampuan kesolehan mereka. Mungkin kalau Hannah Yeoh dapat hidayah, dia tentu lebih baik dari ahli PAS totok.
Walak tak tentu kalu pun pelik jugak. Nabi sendiri lebih selesa dan bersahaja. Layan semua sama bahkan bila Abu Bakar bertanya siapa yang lebih baik antara dia dan Umar, Nabi menjawab Umar..antara dia dan Othman pun nabi masih menjawab Othman..
Jadinya tak payah nak beralim sangat sebelum menetapkan yang tuan-tuan tu tergolong dalam senarai ulamak.
PAS semakin cac marba dengan agenda alim ulamak sehingga menidakkan kekuatan Mad Sabu dan sumbangan Mad Sabu dalam mengukuhkan parti Islam 1 Malaysia.
Janganlah menganggap tuan-tuan tu semua dah hebat dalam berpolitik. Apalah salahnya membuka kesedaran untuk tidak melawan Mad Sabu. Gara-gara ada puak yang berhasrat menyingkir Mad Sabu, PAS jadi tumpul dalam perjuangan.
Tidak terkecuali para ulamak pun digoda syaitan bahkan lebih lagi berbanding kita yang bukan ahli.
Kecuali hamba yang ikhlas digeruni syaitan.
Jom TT kita berjuang dengan ikhlas walaupun kita tak alim tapi tetap kita orang Islam.
Hudud ala PAS: minah karan dan mat kilang di dapati berdua2an di tangkap dan di hukum tapi Setia-usaha Agung berzina di Hotel Vistana di bela dan di sanjung
Well said TT.
Harap ahli-ahli PAS yang akan mengundi mendapat kesedaran.
Yg datang sebagai perwakilan tu bukan semuanya ulamak.Perwakilan terdiri dari AJK Kawasan yg sudah tahu dan kenal siapa yg boleh memimpin atau tidak.AJK Kawasan ni terlibat cara total dlm mengendalikan dan merancang dlm pilihanraya sama ada kecil atau umum.Mereka juga boleh menilai pemimpin yg boleh deliver atau tidak.Inilah bezanya perwakilan PAS dengan perwakilan UMNO.
Haa....hampa mau kasi tumbang itu mat bronson....buat laa....buat kasi puas....lepas tu hampa tau la hampa tu apa...biaq depa buat habih habih....nanti baru depa kenai sapa itu pas sapa itu past...tapi aku respek habih dengan abg mat ni...kena macam macam tapi tetap setia dengan perjuangan pas...steady la abg mat...kau tetap menjadi phojaan hatiku
mat sabu bongok boleh blah!!
bertanding kat kubu kuat pas kawasan ust fadzil noor pun boleh kalah!!
ada hati nak pimpin pas.
kah kah kah
mat sabu antara punca kerusi parlimen pr tak cukup 100.
kah kah kah
kuang kuang kuang
apa bezanya antara Mat Sabu dengan Nik Amar?
Mat Sabu adalah abang kepada Nik Amar, kedua-duanya adalah adik beradik. Otak keduanya berada dalam tempurung yang sama, yang berbeza adalah rambut. Dimana rambut Mat Sabu lebih tajam dari rambut Nik Amar.
Jika Mat Sabu tidak merupakan calon dari kelompok ulama. Nik Amar juga bukan dari kelompok ulama.
Jika Mat Sabu seorang aktivis PAS yang bersemnagat dan tahan uji, maka Nik Amar seorang pentadbir dan aktivis PAS yang telah diuji semangatnya sejak dari bapanya.
Jika Mat Sabu kurang mesra dengan UMNO, maka tiada bukti pula bahawa Nik Amar mesra dengan UMNO.
Jika Mat Sabu disokong oleh profesional, maka Nik Amar juga akan disokong oleh profesinal.
Jika TGNA mengatakan Mat Sabu seorang ulama, Nik Amar juga disayangi TGNA sebagai seorang ulamak.
Tiada ulama tiada profesional dalam pimilihan PAS. Yang pasti ahli PAS akan memilih salah seorang yang akan menguatkan parti, mengeratkan hubungan dengan PR dan meruntuhkan UMNO.
Saya yakin Mat Sabu akan redha jika beliau Nik Amar menang, kerana yang menang adalah adiknya. Begitu juga Nik Amar tidak akan kecewa jika abangnya mengalahkannya.
Yang penting! Mat Sabu jangan jadi seperti Nasaruddin Mat Isa apabila kalah kepadanya, dan Nik Amar jangan jadi seperti Husam Musa apabila tidak terpilih sebagai Tim. MB kelantan.
anon 2.47
Aku selalu menginap kat hotel vistana tu. tuduhan mu amat serius. kamu ada bukti kukuh ke menuduh sua tu berzina?
pas bukan sekadar parti untuk politik
Artikel ini sangat betul....aku tahu sbb aku ahli pas...mmg cukup payah nk bagi golongan orthodoks dlm pas ni faham tentang dunia
Syak wak sangka sama umno perlu tinggi fren dan pastikan ia kekal maintain no 1 di jiwa marah hain.....bukan apa....buat cermin proton pun bolum pandai tapi terhegeh hegeh mau main nuklear....ini bergantung pada mental suku suku syaitan ni...kalau PAS ada mental semulajadi ni...janganlah marah pada wak sangka wak sangka aku yang lawak...kikikikiki.....ulam mamak ni kalau disekeru sikit je...jadi sayur ulam leeeerrr.....pas oh pas.....kalau mat sabu kalah..percayalah kamu.....kamu bukan saja dihassan malikkan....malah akan di hshamudin raiskan...(dianaya).....di anwar ibrahimkan...(ditumbuk mata).....di althantuyakan...(dibunuh).....dan yang paling trajis dan paling digeruni dishadidan kasimkan....hehehhehe...wakil bagi ayat BARUA PALING TUA YANG ADA LADANG KETUM....hehehheeh...tak caya...tanya penan di baram sarawak....
aku doakan calon bukan ulamak yg menang sebagai timb. presiden.
woit! belajar laa sama cara berpolitik dari golongan profesional.
kalau berkawan dgn golongan profesional, tak masuk syurga ke??
Pas hanya ada dua pilihan. Memilih mat sabu untuk terus maju ke depan atau memilih amar dan mengundur ke belakang.
Memilih ulamak dalam pas bukan menjadi lesen hudud bakal dilaksanakan di kelantan. Halangan hudud bukan mat sabu tetapi undang2 persekutuan yang sentiasa dilindungi oleh amno.
Pemilihan mat sabu akan terus melemahkan amno sebaliknya jika amar dipilih, bukan sahaja PR menjadi lemah malah pas sendiri akan ditinggalkan oleh golongan muda dan profesional. Kesannya amno akan menjadi kuat kembali malah kedudukan pas di kelantan belum tentu selamat.
Jika musuh suka, maknanya ia tidak baik untuk Pas dan PR. Sebaliknya jika musuh tak suka,ini bermaksud ia baik untuk pas dan PR malah akan melemahkan amno.
Pas kelantan pernah menang dun lebih satu drp bn. Jika keluar dari PR, penyokong PR akan lari kepada keadilan atau Dap. Undi akan berpecah dan kesannya amno akan menang banyak kerusi di kelantan nanti. Akhirnya pas akan kalah kerana strategi yang mengundur ke belakang.
Sementara undi bukan melayu terus mengekalkan Dap di Penang, undi bukan melayu untuk Pas akan berkurangan. Kesannya wakil melayu dalam Pas akan berpecah, tewas dan akhirnya gulung tikar akibat pemilihan yang salah.
Sokongan hasan, zol dan macai2 serta utusan dan tv jelas dan mudah dibaca oleh golongan profesional tetapi golongan ulamak sukar sekali membacanya. Mungkin terlalu sibuk mentelaah hukum hakam agama dan tiada masa mengkaji real politik hari ini.
Post mortem kemerosotan undi Pas dalam PRU13 juga terlalu lambat dibuat, menunjukkan lambatnya pemimpin Pas terutamanya yg duduk di atas untuk memikir dan bertindak. Siapakah pemimpin di atas itu? Ulamak atau profesional? Jadi, layakkah pemimpin di atas itu membawa kita maju dan bersaing di arena global??
PAS tanpa Pakatan Rakyat umpama
makan tanpa gigi..pakai telan je..
Come on lah pak aji..islam bukan eksklusif untuk melayu lar..
Kahkahkah..semua nak kuasa..cari makan pak aji oiii...
parti tindakan demokratik?ptd?
Mengolah persetujuan tt ni..
Sama la united malay bla bla
masalah bahasa, mcm ngo juga
Inilah puncanya UMNGOK sayang ulamak.. sayang TT tak garapkan mentaliti sebahagian ulamak2 PAS yg nampak canggih tapi org muda meluat kerana tidak mampu membaca-berpikir-menganalisa-membangunkan ekonomi2 ahlinya yg marhaen. Hanya takat mampu berpikir syurga neraka dan di dunia, jika mahukan sesuatu, cukup sekadar berdoa dan terus berdoa tanpa usaha yg kukuh sebab otaknya tak mampu keluar dari buah kelapa komeng.. jika tak dapat, cukuplah sekadar dapat bermimpi dlm tidur untuk memilikinya.
Politik PAS tujuannya adalah 'untuk mendapatkan diri dan anak2 MASUK SYURGA' semata2. Gerombolan mmg tahu benar duduk kehendak politik PAS ini. Jika ahli2nya hidup memakan rumput sekalipun, mereka tetap ridho asalkan dpt masuk syurga. Untuk masuk syurga, tidaklah susah, laksanakan suruhan Allah dan Nabi2nya setakat mampu. Jadi jelas disini, tiada keperluan ahli2 dan kepimpinan2 PAS memikirkan keperluan luar kelapa komengnya untuk memahami realpolitik! Hidup tersiksa didunia bukanlah perkara susah sangat bagi PAS sbb siksaan dunia bukannya pedih atau sehebat yg mereka berimankan kpd yg berjuta2 kali ganda siksaan akhirat yg tidak terbayangkan. Kesusahan didalam PAS dapat diatasi dgn mudah, serius! Jika lapar tiada makanan, maka boleh berpuasa anak beranak sahaja. Puasa boleh dilaksanakan sepanjang tahun dgn hanya 5-7 hari diharamkan berpuasa. Jika lapar dan kelaparan menggigit2 tubuh, mereka hanya perlu berzikir, kerana berzikir adalah makanan tubuh secara rohani. Jika rohani sihat, jasmaninya pun sihat. Jika nak ke Mekah tiada wang, ini bukan masalah besar, mereka hanya perlu menjadi baik dan amalkan surah2 dan tarikat tertentu, boleh mendapat haji yg mambur! Ada kisah yg tak perlu pergi ke Mekah, tapi dpt haji mabrur. Jika ditipu fan ditindas, ini bukan satu masalah besar bagi mereka, hanyalah zikir dan ubat, cukup untuk menjadi penawar segala masalah.
Nah, lu yg kolot TT.. Pada PAS, kehidupan mereka bukannya memerlukan hospital pun. Kapal terbang dan kereta pun tak perlu, malah makanan dan tempat tinggal pun tak menjadi masalah. Jadi mereka langsung tak perlukan negara ataupun umat2 lain untuk terus hidup. Kerana secara asasnya ahli2 PAS boleh berdikari dgn zikrullah dan berpuasa serta solat! Dan jika ada masa sikik, bermuamalat dgn bangsa lain serta berjihad adalah option tak dipaksa2, jika ingin sempurnakan sikik, boleh join. Jika tak mahu, tak mengapa. Boleh jadi bermacam2 hukum sunat wajib mengikut keperluan ulamak2nya terkini. Sbb tu lu lihat Mesir... pengaruh ulamaknya cukup tinggi.. Mesia kearah yg sama bagi PAS..
Apa keperluan ahli2 dan kepimpinan PAS berfikir untuk dunia? Kehidupan boleh diteruskan dgn beramal.. gua tak nak ulas lagi dalam hal2 ilmu batin, laduni, tarikat2 dan tasawuf.. ilmu2 ini membuatkan manusia Islam hidup hanya beribadat dan boleh bergerak kesana kemari laksana ultraman-malaikat-badang-nabi-lori-dan-pelbagai-yg-diinginkan-spt-doktor-engineer-dsbg tanpa perlu mendalami ilmu2 khusus. Jika ada keperluan komen, gua akan explain lagik..
ala bhai...dulu korang bukan main sokong ulamak yang nama nasrudin tu. Kalu kita kutuk ulamak nasarudin tu korang bukan main melompat-lompat lagi...... La ni korang tengok apa jadi pada ulamak korang yang walaq tu??
walak kepala butoh ke apa?
korang lupa ke serban boleh beli kat kedai keling? Korang lupa ke janggut boleh tumbuh panjang kalau kita malas cukur 3 bulan?
agaknya mahatir tu kalu berserban dan brjanggut pun korang akan puja
yg korang fitnah mat sabu tu syiah, korang pernah nampak mat sabu solat alas batu kat dahi ker?
bila ulamak korang nak bawak pas keluar PR? Gua dah ambik borang umno dan tinggal nak submit aje ni. cepat la sikit sebab gua dah tak sabar nak join umno...
kalu ulamak menang timbalan pas, elok korang suggest tukar nama pas jadi pus. parti ulamak semalaysia.
Hehehehhe....ular mamak kutty kalinga malezya tu bukan aper aper....lord of the r8ng dia baru nak cuba cincin My precioussss tu..kalau pas kuat dan mounthoppp....habislah impian dia dan ai frodo nak musnahkan cincin tu.......mcm tak tau..nuuu...tengah excisais kat IJN nuuu sambil muntah racunn untuk manusiawi...misi kemukrizsun le katakan....hehehehehe....
kah kah kah..hang tipu hasan malik bolehlah...kah kah kah..borang ke temberang..biasalah manusia menipu dlm internet..tapi internet tak menipu ...jgn marah aku dengar je tapi takde bukti..kah kah kah..
Catat Ulasan