MENCARI
HASAN MALEK
HASAN MALEK
SERBAN DAN JANGGUT
TT,
Setakat berserban dan berjubah tu belum pasti sejauhmana kealiman mereka.
Rasanya kalau Guan Eng atau Lim Hong Siang dicampakkan hidayah Islam kedada
mereka, kemungkinan mereka lebih baik dalam berilmu dan beramal. Bertudung
labuh waima berhijab tinggal 2 bijik mata tu pun tidaklah boleh diukur
kemampuan kesolehan mereka.
Mungkin kalau Hannah Yeoh dapat hidayah, dia tentu
lebih baik dari ahli PAS totok. Walak tak tentu kalu pun pelik jugak. Nabi
sendiri lebih selesa dan bersahaja. Layan semua sama bahkan bila Abu Bakar
bertanya siapa yang lebih baik antara dia dan Umar, Nabi menjawab Umar..antara
dia dan Othman pun nabi masih menjawab Othman.
Jadinya tak payah nak beralim
sangat sebelum menetapkan yang tuan-tuan tu tergolong dalam senarai ulamak. PAS
semakin cac marba dengan agenda alim ulamak sehingga menidakkan kekuatan Mad
Sabu dan sumbangan Mad Sabu dalam mengukuhkan parti Islam 1 Malaysia. Janganlah
menganggap tuan-tuan tu semua dah hebat dalam berpolitik. Apalah on ARAH DAN
GARIS POLITIK PAS
Publish
| Delete | Spam
Qaseh
Bonda
on
11/20/13
---------
4 ulasan:
kenapa yang bukan ahli Pas nak sibuk2....biarlah...suka hati orang pas lah nak pilih pemimpin mereka....engko kalau nak pilih .....masukla Pas, jadi perwakilan undi calon yang kau suka....jangan melalak cam bangang
kita reject PAS sebab dia cakap tak serupa bikin.
PAS bermuka dua, tiga, empat, lima, enam. tak tau cakap yang mana satu yang boleh dipegang.
kita undi PAS, kita pula yang masuk Api.
kadang2 kita lupa diri bila kita dah berserban dan berjanggut. kita rasa kita lebih pandai drp org lain dr pelbagai segi. org lain kita pandang sebelah mata. kita mula jalan di bumi Allah dengan menongkat langit. kita pilih rakan bergaul. kalau tak berserban dan berjangut bukan kawan kita.
bila kita dah berserban dan berjanggut, kita rasa kitalah paling besar. nasihat org tak berserban tak perlu kita dengar. kita mula tunjuk lagak. keluar hukum itu ini kepada org tak berserban. kita mula pandai arah itu arah ini. kaji itu kaji ini tapi hasilnya sama saja kalaupun bukan tambah teruk.
lebih teruk lagi bila kita rasa hanya kita dan rakan berserban dan berjanggut saja yang boleh dan mampu memimpin. org tak berserban duduk bawah2 dan menjadi macai saja. kita mula rasa org tak beserban sajalah yang wajib berdemo. kena sembur belasah tak apa. yang berserban sokong dari belakang duduk rumah atau surau. tugas yang berserban yang afdalnya ialah memberi tepukan dan berbangga dengan demo pihak yang tak berserban.
kalau gotong royong bersih longkang, biarlah yang tak berserban yang buat. Yang berserban perlu menjaga kesucian serban dan jubah labuhnya. Yang penting bijak mengarah buat itu ini supaya longkang kawasan masjid bersih berseri-seri.
Selalunya kita lupa bahawa serban dan jubah mudah diperoleh di kedai-kedai kaki lima. Bagai mana murahnya harga serban dan jubah di kedai kaki lima itu, begitulah murah dan rendahnya mentaliti kita yang berjubah, berjanggut dan berserban di mata rakyat marhaen ini........
kita lupa bahawa semangat perjuangan, keberanian, tetekalan dan pengorbanan mereka yang tak berjanggut dan berserban itulah yang sebenarnya telah mengangkat kita ke puncak dan menduduki kerusi pemimpin negeri. Selalunya kita yang berserban dan berjanggut ini hanyalah sebutir kacang yang lupakan kulit. Kita lupa bahawa yang berserban dan berjanggut ini kadang-kadang hanyalah umpama sampah di dalam longkang yang busuk dan hanyir.
Kesian Austin 3:16.. kene belasah ngan John 8:59... bodoh tak leh ditolong.. pandai tak leh tumpang..
Catat Ulasan