Sabtu, 23 November 2013

KERA DAN UNGKA








KOMENTAR TUKAR TIUB
ada agama untuk 
digunakan demi kepentingan
pihak penguasa
tok kadi tok imam tok mufti
jual agama untuk tekan rakyat
atas nama tuhan

ada agama  untuk kaum pemodal
gunakan kutu bah untuk kempen gst
gunakan agama untuk halalkan rompakan
gunakan agama untuk bodohkan rakyat

ada agama menyamar sebagai agama
carik serban
cari jubah
rupa rupa rupanya 
ketuanan melayu

ada jalur agama membawa
garis revolusi
garis bangun melawan
garis  bersama rakyat menentang penindasan
inilah agama untuk anak semua bangsa
untuk anak semua agama

Bekas mufti Perlis cabar mufti Kedah sumpah laknat

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mencabar mufti Kedah Muhamad Baderudin Ahmad bermubahalah atau bersumpah laknat dengannya selepas timbulnya rakaman video yang didakwa memfitnahnya.

"Jika tidak, saya mengajak beliau bermubahalah iaitu bersumpah laknat atas nama Allah. 

"Jika saya menyebut seperti tuduhan-tudahan beliau maka laknat Allah ke atas saya. 

"Jika tidak, maka laknat Allah ke atas beliau," tulisnya dalam artikel "menjawab fitnah mufti Kedah" dalam blognya hari ini.

Sambil menegaskan tuduhan secara dusta sebagai dosa besar, Dr Asri berkata akan bertemu dengan mufti Kedah di mahkamah Masyar dan menegaskan Allah juga mampu bertindak di dunia ini.

"Saya meminta beliau menarik balik kaitan itu, jika beliau rasa beliau tersilap ataupun diberikan maklumat yang salah," kata Dr Asri.

'Tuduhan samakan Allah dengan kera'
Katanya, daripada rakaman yang diperolehnya, Sheikh Muhamad Baderudin bercakap tentang nama satu pihak dan isu Wahabi, namun dalam celahan sepintas lalu beliau menyebut nama Dr Asri.



Antara dibangkitkan dalam video itu, tambah Dr Asri, berkaitan tuduhan kepada aliran Wahabi, pengiktirafan kepada keberkatan Nabi Muhammad dan tuduhan menyamakan Allah dengan makhluk, seperti kera.

"Isu tentang kononnya menyamakan Allah dengan makhluk seperti manusia dan kera adalah pembohongan dan fitnah beliau yang amat besar. 

"Beliau boleh cari di manakah kenyataan yang seperti itu dalam tulisan ataupun ucapan saya yang begitu mudah di dapati di dunia siber," jelas Dr Asri.

Beliau juga bersumpah dengan nama Allah berhubung dakwaan-dakwaan yang dikemukakan Sheikh Muhamad Baderudin dan memohon ia dibuktikan.

"Ada pun beberapa fitnah yang beliau sebut dan seakan macam saya juga bersetuju dengan hal itu maka katakan wallahi, wabillah wa tallahi itu adalah fitnah beliau semata-mata," katanya.
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..... HANYA ADA DUA SOALAN UNTUK PARA MUFTI... kah kah..

kah kah..BILA NAK BUAT FATWA TANGKAPAN TANPA BICARA?... kah kah..

kah kah kah...ADAKAH RAJA  ZAMAN NABI MUHAMAD DAHULU?.. kah kah kah

kah kah kah...I REST MY CASE ME LORD.... kah kah kah

--------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini isu besar kerana tuduhan kepada seseorang yang mengatakan Allah seperti Manusia dan manusia seperti kera. Jika benar beliau berkata demikian, buktikanlah, jika tidak datanglah bersua muka memohon kemaafan supaya fitnah itu tidak menghalang anda ke syurga Allah di akhirat kelak....

Sesungguhnya apabila alim ulamak tidak dapay mengawal mulut, perut dan nafsunya, tempatnya di hari kemudian tidak lain tidak bukan adalah bersama ahli2 neraka jahannam.....

kampong lad berkata...

'.ADAKAH RAJA ZAMAN NABI MUHAMAD DAHULU?.'

yes, he was the king cuma tak pakai mahkota, tak berpakaian spt maharaja2 lain, takdak kuda & unta berbillion2, tak duduk di mahligai2 yg diselaputi emas, takdak berpeti2 permata, berlian & zamrud, isterinya sorang saja anak dara, yg lain janda & keluarganya tidak pernah rasa kemewahan.

Tanpa Nama berkata...

mufti kedah tu tak payah sebab dia rujuk raja gopal...langau betul

Tanpa Nama berkata...

masing-masing berkejor mau jadi RAND muslim.

inilah akibatnya. berlaga sama sendiri.

Tanpa Nama berkata...

2x5 5x8 kahkahkah... menjaga periuk nasi masing2... rakyat melopong nak mentekendarah pun susah..

Apa kelas sumpah2 gini.. saman saja 100 juta.. kita tgk mahkamah gerombolan buat pengadilan..