Khamis, 23 Januari 2014

PEREKA FESHEN BAJU T DIPANGGIL POLIS






 LAKARAN EDDY GORDO

ARTIS DALAM JEOPARDI


Saudara Mohd Zullraidy bin Ahmad Tarmizi, atau lebih dikenali sebagai Eddy Gordo dari Yellow Boutique telah diarahkan oleh pihak polis untuk menghadiri siasatan di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan hanya kerana beliau mencetak T-shirt untuk protes ambang tahun baru 2014 yang lalu di Dataran Merdeka.

Pencetakan T-shirt tersebut telah diklasifikasikan sebagai aktiviti yang mengancam demokrasi berparlimen di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan. Sekiranya didakwa dan disabitkan kesalahan, beliau boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun. Sekiranya beliau didakwa dan disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 124D, beliau boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun.

Setakat ini, sebanyak 22 helai T-shirt termasuk paspot beliau telah dirampas sebagai barang kes di kediaman beliau di Seri Kembangan pada 29hb Disember 2013 yang lalu.

Apakah hanya dengan kain, dakwat dan seni mampu mengubah keputusan kertas undi PRU yang lepas dan seterusnya mengancam demokrasi berparlimen di negara ini? Apakah ekspresi seni seorang artis muda boleh menyebabkan beliau dipenjarakan sehingga 20 tahun?

Siasatan petang ini adalah bukti gangguan dan kekangan terhadap hak dan kebebasan ekspresi artis dan rakyat sekalian di negara ini. Ayuh, hadirlah bersolidariti dan tentang kekangan selektif hak dan kebebasan ekspresi artis muda di negara ini di IPD Serdang pada 23hb Januari 2014, pada pukul 5:00PM.

Jika ada sebarang pertanyaan,sila hubungi Peguam : Saudara Wong  Kar Fai di talian
016-383-82-323

Sekian,

Mandeep Singh
KELAB BANGASAR UTAMA

LAKARAN EDDY GORDO
-----------

Tiada ulasan: