Khamis, 14 Mei 2015

KECOH DI UIA






Saya hanya dibenar berucap 10 minit di UIA, kata Rafizi

14 May — Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengatakan beliau hanya diberikan masa 10 minit untuk berucap dalam satu forum mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Universiti Islam Antarabangsa  (UIA) sebelum dirampas mikrofon oleh pihak keselamatan,…



KENYATAAN AKHBAR

Saya ingin menyatakan kekecewaan di atas kejadian di UIA semalam, yang melibatkan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, di mana beliau telah dihalang untuk berucap oleh pegawai keselamatan universiti walaupun telah dijemput untuk satu program yang dianjurkan oleh pelajar sendiri.

Malangnya UIA masih belum mengambil iktibar daripada kejadian dua minggu lalu di mana jemputan kepada saya sendiri sebagaji panelis sebuah perdebatan tentang kesederhanaan yang turut melibatkan seorang Menteri Persekutuan dijadikan alasan untuk menghentikan sebuah program debat anjuran Suruhanjaya Tinggi United Kingdom.

Walaupun begitu ramai pihak telah mempersoal tindakan UIA pada kejadian itu, kami masih belum mendapat penjelasan daripada Rektor dan Presiden secara terbuka, dan ini jelas menunjukkan mereka belum mempunyai kesedaran sivik sebagai sebuah insititusi pengajian tinggi. 

Pihak UIA juga harus menjelaskan sama ada penjelasan telah dihantar kepada Pesuruhjaya Tinggi UK sebagaimana dijanjikan.

Apa yang berlaku kepada Rafizi semalam lebih merisaukan kerana beliau telah dijemput untuk memberi penerangan tentang GST, satu sistem cukai yang membebankan pelbagai lapisan rakyat termasuk mahasiswa. Mengapa perlu halang pelajar-pelajar ini daripada mendengar penjelasan sebenar tentang cukai tersebut?

UIA sebagai sebuah IPT sepatutnya lebih terbuka dan menggalakkan perkongsian ilmu dikalangan pelajar. Tetapi kebelakangan ini universiti "Islam" dan "antarabangsa" tersebut semakin tertutup, tidak bersesuaian dengan namanya dan ini akan memberi kesan yang negatif kepada pelajar-pelajar.

Saya amat terkilan dengan UIA yang pengurusannya sudah semakin ke belakang. Dahulu saya sendiri telah berucap dalam kapasiti sebagai ahli politik Pakatan Rakyat di universiti itu bersama Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin serta Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir, namun sekarang mereka jelas semakin regresif.

Oleh itu, saya menyarankan UIA agar mengembalikan hak pelajar untuk menerima ilmu secara terbuka seperti yang digalakkan di dalam Islam dan menegakkan kembali nama UIA sebagai universiti Islam antarabangsa.

NIK NAZMI NIK AHMAD
EXCO PENDIDIKAN, 
PEMBANGUNAN MODAL INSAN, SAINS, 
TEKNOLOGI DAN UNIVERSITI SELANGOR





------------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

penjual agama. nama ada Islam tp perangan munafiq!

semoga laknat Allah atas mereka2 yg zalim!

Tanpa Nama berkata...

BOSS UIA pon Otak BAHALOL

Apa nak jadi dah ?????

Orang Utan pon pandai