Khamis, 16 Julai 2015

ISLAM JUMUD




FACE BOOK




Apabila disebut Islam tamadun, sudah pasti akan wujud Islam yang tidak ada tamadun. Apabila disebut islam liberal, sudah pasti wujud islam jumud. Apabila disebut islam amerika, sudah pasti wujud islam tidak amerika.
Walaupun menolak Islam versi liberal, menolak islam versi tamadun dan menolak islam versi amerika, yang pasti secara tidak langsung telah menerima kewujudan Islam sebaliknya, iaitu islam jumud, islam tidak ada tamadun dan Islam yang tidak amerika.
Jika mengakui kewujudan Islam liberal, sudah pasti kena akui juga wujud islam jumud. Persoalannya, kalau Islam liberal menolak al-Quran dan al-Hadis, sudah pasti ia tidak layak digelar sebagai Islam. Kerana, Islam semestinya merujuk kepada al-Quran dan al-Hadis. Jika tidak, maka ia bukan islam. Apabila Islam liberal dianggap sebagai wujud, sudah pasti kena akui juga kewujudan islam jumud. persoalannya pula, apakah islam jumud juga merujuk kepada al-Quran dan al-hadis, dan apakah dua sumber islam ini mengajar manusia menjadi jumud?
Begitujuga dengan label islam tamadun. Menggambarkan, bahawa di sana wujud Islam tidak ada tamadun. Persoalannya, apakah sumber rujukan islam tiada tamadun itu? jika al-Quran dan al-Hadis sebagai rujukan islam tidak ada tamadun, persoalannya, apakah dua sumber utama Islam ini menyeru kepada ketiadaan tamadun? Begitjuga islam versi Amerika. Ketika itu, wajah islam akan tercemar.
Ekoran itu, secara peribadi, saya menolak label Islam liberal, islam tamadun atau Islam amerika. ini kerana, Islam adalah Islam. Islam itu bersumberkan dari al-Quran dan al-Hadis. Jika tidak ikut al-Quran dan al-Hadis, maka itu bukan islam.
Adapun soal keterbukaan, lalu dilabel sebagai Islam liberal dan islam liberal ini adalah sesat. Sudah pasti terpaksa akui bahawa Islam mengajar kepada kejumudan dan ketutupan. Sudah pasti, ia adalah satu perkara yang mustahil bagi islam. begitujuga persoalan pada label islam Tamadun dan Islam amerika.
Sewajarnya kita tidak terlibat dengan label-label yang dikaitkan dengan Islam. Walaupun kita tidak bersetuju dengan kandungan islam liberal, islam tamadun dan islam amerika itu, tindakan kita setuju dengan label2 itu, akan memberi implikasi kita telah akui kewujudan islam versi tersebut disamping akui juga wujud Islam versi sebaliknya. Dengan itu, sudah pasti akan melahirkan kekeliruan manusia terhadap maksud islam yang sebenar.
Wallahu ‘Alam.






-------------

8 ulasan:

Awanama berkata...

Jangan dilayan zuhdi tu, pemecahbelah... Penghancur!

panglimo potaseh berkata...

Bila Islam digunakan sebagai komoditi, sebagai satu produk dia mesti ada brand dan label. Itu lah berlaku pada ustaz sekarang ini, mereka lebih syok tegakkan Islam dengan bagi ceramah dimasjid, TV dan kalangan sendiri, sonang, sodap dan upahnya lumayan. Ustaz yang cuba menyebarkan Islam pada kafir, buat kerja bodoh, takde hasil, buang masa, susah, habuk pun tak dapat, tak masyuk.

Saya setuju dgn Wanji, bila dah lebel itu, lebal ini, akibatnya orang pun keliru dengan Islam. Ada Islam ala Kazim Roti Jala, Islam ala Dato Dokter Ustaz Haji Lebai Pawang Padila Kamsan, Zul Bisul Anti Berhala etc.

Saya tertarik dgn Soo Winci seorang rupawan kapir yang dah 4 tahun puasa termasuk puasa 6. Kata Winci dia sudah banyak tahu tentang Islam tapi tak mau mendalaminya. Pada pandangan saya setelah apa yang dilihat oleh Winci tentang Islam hari ini ... maka cukup itu sajalah dia tau tentang Islam ... Lanti lagi lalam lagi kelilu oooo.

Selain dari berceramah dan salam masyuk, apakah peranan kita terutama Sang Ustaz untuk sebarkan Islam supaya lebih ramai kapir masuk Islam ... cuba kita fikirkan mengapa Orang Asli lebih tertarik jadi "freethinker" macam aruah John Lennon atau masuk Kristian daripada masuk Islam.

SOLAMAT HAGHI RAYO POSO. drp: Panglimo Potaseh, Jolobu, Nogori Sombilan.

Awanama berkata...

ISLAM IS ISLAM

Bebudak Bahalol akan cipta cakap macam macam....

Standard Bahalol jangan di layan

ISLAM IALAH ISLAM

Khalas !!!!!!!

Awanama berkata...

Adapun artikel di atas adalah buah fikiran umpama mutiara dari tuan sahibul al ustaz wanji wanhussin, bukan tulisan zuhdi punahsihat abd hadi.

Sila baca slow2. Isu2 dibawa tuan tt kadang2 nampak ringkas tapi sangat mendalam dan jelas maksudnya.

Mari kita upgrade cara membaca dan menghadam tulisan2 di alaf baru. Ringkas tapi padat.

kampong lad berkata...

islam moderat, liberal, fundemental, had hari, ekstrimis & apa ka jadah lagi semuanya product brands ciptaan barat, orang islam terutamanya melayu terikut2 buta tuli. islam simply means submission while iman means believe. no such thing as iman lemah atau kuat, samada percaya atau tidak, samada pregnant atau tidak. yes or no. period.

Awanama berkata...

Jangan lihat islam seperti melihat warna.kalau tengok pelangi ada 7 warna apakah ada islam kuning islam hijau islam merah dan seumpamanya yang berwarna.Apa-apa agama sekalipun jangan kita tengok seperti model kereta, ada honda, proton dan sebagainya.ada murah ada mahal, ada berkualiti dan ada yang cincai tapi dijuai harga mahal untuk cari untung.Adakah kita boleh memilih lahir sebagai saekor eee hitam, atau kita lahir sebagai teee putih melepak dan kemudiannya berniat nak jadi eee.Hendak jadi eee terpaksa berjemur menghitamkan kulit dan berkurung guna pelbagai losyen supaya jadi teee putih melepak.Tuhan bagi akal fikiran, jadi gunalah sebaiknya.

Awanama berkata...

Islam mmg satu tp interprasi pelbagai
mmg dah banyak aliran sejak beratus2 tahun lagi...itu hakikat. Sunni shia hanafi hambali shafie maliki zaidi ismaili ahmadiya salafis wahabi progresif moderat ahlul quran dan bla bla bla
Suma pun claim ikut quran or hadis

Awanama berkata...

Dah nama Islam, mestilah kena berperang. Tak kira kawan, tak kira bapa saudara, lagi2 musuh, kene lawan sbb hanya dia saja yg betul.

Sesiapa yg berjaya menangkap Allah, maka merekalah yang layak memonopoli agama Allah selagi Allah di dalam kawalan mereka. Beratus golongan Islam hari ini sebok dgn kerja2 menangkap Allah dan memaksa tuhan bersama mereka. Tuhan tidak boleh dikongsi kerana dikhuatiri pihak lawan akan memberakkan tahi kepada tuhan yg ditawan puak yg monopoli tuhan ini.

Akhirnya semua akan lawan sesama sendiri kerana mereka yang menawan Allah tadi merasakan merekalah lebih suci seperti breeze. Bukan islam pun terima tempias. Marahkan nyamuk, rumah jiran pun kena bakar.

Umno dan PAS sama saja ngoknya. Buat penat den 6x pergi ulang alik mengundi.. berkempen mcm nak pecah tekak.. bagi undi penat2, tuan guru pulak membodohkan kita. Atas nama islam, atas gelaran ulamak, kita pulak nak kena cium kentut direct dari lubang jubur tuan guru. Mmg lanchow la.