Khamis, 14 November 2019

AJEN ZIONIS ISRAEL










AJEN

ZIONIS

ISRAEL

Paul Stadlen sudah lari ke Israel, lapor media

BEKAS penasihat Najib Razak, Paul Stadlen dipercayai bersembunyi di Israel untuk mengelak daripada ditahan di negara asalnya di United Kingdom, lapor The Edge Markets.

Beliau dipercayai ke Israel pada pertengahan tahun ini dan tidak pulang-pulang ke United Kingdom, lapor portal berita perniagaan itu yang memetik sumber.

Pada Februari lalu, pasukan pendakwaan di Putrajaya memfailkan kes jenayah pengubahan wang haram ke atas Stadlen untuk mendapatkan waran tangkap terhadapnya.

Timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib ketika itu berkata Stadlen akan didakwa bersama peguam Umno, Hafarizam Harun atas tuduhan pengubahan wang haram, sekiranya dapat ditangkap.

Dengan waran tangkap itu Malaysia dilaporkan memohon ekstradisi terhadap Stadlen yang pada masa itu dipercayai berada di United Kingdom.

The Edge melaporkan Mahkamah Majistret di London pada 10 Oktober lalu mengeluarkan waran tangkap ke atas Stadlen namun gagal dilaksanakan oleh polis.

Pada sekitar waktu itulah pihak berkuasa mendapat maklumat beliau sudah melarikan diri ke Israel. Malaysia tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Israel, yang tidak juga diiktiraf sebagai negara.

Hafarizam didakwa atas dua tuduhan mengubah duit haram dengan memasukkan cek dari Najib berjumlah RM15 juta ke dalam akaun firma guamannya. Beliau mengaku tidak bersalah dan sedang menunggu proses untuk dibicara.

Stadlen adalah bekas pengarah urusan Apco Worldwide Malaysia, firma yang mengendalikan komunikasi strategik Najib dan kerajaan dengan kontrak dilaporkan bernilai RM3 juta setahun.

Pada 2010, Apco Worldwide menafikan dakwaan bertanggungjawab di sebalik kempen 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib pada bulan-bulan awal pentadbirannya. Ia juga menafikan terlibat dengan kempen yang hampir sama One Israel semasa Ehud Barak jadi perdana menteri.

Menurut Apco Worldwide, mereka dilantik untuk menasihat Najib selepas pentadbirannya memperkenalkan konsep 1Malaysia.

Pada 2015, pentadbiran Najib mengeluarkan satu kenyataan menafikan Stadlen bekerja untuk kerajaan.

Pada November 2018, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan Stadlen meninggalkan Malaysia menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei sebelumnya.– 12 November, 2019. – 12 November, 2019.


INI BUKTI

NAJIB PEMIMPIN

YANG ADA

MASALAH 

ADA SKANDAL

SENANG KENA  

PAU 

PAUL  STADLEN

AJEN ZIONIS

JHO LOW AJEN

CHINA MERAH

DUA DUA  

BERGERAK

PAU NAJIB


----------

Tiada ulasan: