Rabu, 5 Ogos 2020

ROSMAH PASTI BUNGKUS



BILA SAKSI

BELOT MUSTAHIL

ROSMAH 

TAK BUNGKUS

Sumbangan politik ditawar kepada Rosmah untuk runding projek solar, kata saksi

BPENGARAH Urusan Jepak Holding Saidi Abang Samsudin memberitahu mahkamah hari ini bahawa dia menawarkan sumbangan politik kepada Rosmah Mansor untuk Barisan Nasional dan Umno sebagai ganti pertolongannya untuk mendapatkan projek hibrid solar untuk syarikatnya.

Saidi, saksi ke-17 dalam perbicaraan rasuah Rosmah kerana meminta dan menerima rasuah atas projek itu berkata bahawa tawaran derma itu dibuat kepada bekas perdana menteri itu dalam pertemuan pertama mereka di kediamannya di Langgak Duta pada awal 2016.

Membaca dari keterangan saksi dia memberitahu mahkamah bahawa dia akan menawarkan Rosmah 10% dari nilai keseluruhan projek bernilai RM1.25 bilion sebagai sumbangan politik sekiranya membantu Jepak mendapatkan projek itu dengan mempercepatkan proses Surat Setuju Terima (LOA).

Menurutnya dia dan rakan niaga Rayyan Radzwill Abdullah yang merupakan saksi ke-16 perbicaraan sama-sama memberikan idea sumbangan politik.

“Tujuan sumbangan politik adalah untuk menjaga kestabilan politik Barisan Nasional dan Umno di Malaysia,” kata Saidi ketika disoal oleh timbalan pendakwa raya Idham Abd Ghani tentang mengapa dia membuat tawaran seperti itu.

Saidi berkata Rosmah bertindak balas dengan mengatakan bahawa Umno berada dalam situasi politik yang buruk dan Umno Pekan memerlukan dana. 

Suami Rosmah, Najib Razak merupakan perdana menteri ketika itu dan ahli Parlimen Pekan.

Saidi berkata Rosmah mengarahkan pembantunya Rizal Mansor untuk mengatur pertemuan dengan seseorang yang dikenali sebagai “Desmond” untuk “mengesahkan” sumbangan politik tersebut. Pertemuan berlangsung sekitar lima minit.

Pada hari yang sama Saidi berkata dia bertemu dengan Rizal di Lygon Café di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur yang mana Rosmah berkata dia mahukan 15% sebagai sumbangan politik.

Saidi berkata dia berusaha untuk membuat tawaran, meminta Rizal untuk meyakinkan Rosmah untuk setuju antara 10% hingga 12% yang mana Rizal berkata dia akan mencuba.

Saidi berkata dia berusaha untuk membuat tawaran, meminta Rizal untuk meyakinkan Rosmah untuk setuju antara 10% hingga 12% yang mana Rizal berkata dia akan mencuba.

Tetapi Rosmah masih mahukan 15%. Dia diberitahu tentang hal itu pada malam yang sama oleh Rayyan, yang bercakap dengan Rizal.

Kira-kira seminggu kemudian Saidi berkata bahawa dia dan Rizal bertemu Desmond di Pavilion di Kuala Lumpur.

Desmond merujuk mereka kepada pegawainya bernama Lawrence yang mengusulkan perjanjian dengan sebuah syarikat Taiwan untuk mengesahkan sumbangan politik tersebut. – 5 Ogos, 2020.


INI JUGA

BELOT SAMBIL

BERAMAL

AMIN

LAGI RAMAI

RAMAI BELOT

LAGI BERSIH

NEGARA

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau cerita Hindustan dulu dulu selama tiga jam, cerita hitam putih,ada watak baik ada watak jahat, sepanjang dua jam setengah watak jahat akan buat macam macam jahat, hero selalu diwarnai sifat baik, watak jahat sejahat jahatnya, akhir sekali watak jahat kecundang, samada mati atau masuk penjara, setakat ini watak jahat wayang 1MDB masih tiada penghujungnya, macam drama bersiri, kah kah kah lepas jatuh hukum sambung rayuan sehingga bertahun, manakala watak jahat mempamerkan kebodohan, kelupaan melampau, cuba memberi persepsi Robin Hood, mangsa dan tidak bersalah, kah kah kah, apa pun banyak kerajaan roboh, banyak keluarga hancur apabila ketua keluarga takut bini, samada takut himpitan padu, atau ugutan pecah rahsia, kah kah kah, wayang melaysia akan berlarutan sehingga pengarah pun mati kah kah kah