Rabu, 23 Mac 2022

CARI JALAN TERBAIK

 


5,888 pendatang cuba diseludup masuk sejak 2019, kata Bukit Aman

SERAMAI 5,888 migran yang cuba diseludup masuk ke Malaysia dari sempadan negara jiran melalui jalan laut dan darat ditahan sejak 2019 hingga 31 Januari tahun ini, kata Ketua Penolong Pengarah Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) Bukit Aman, Fadil Marsus.

Menurutnya, jalan laut yang tidak diwartakan adalah laluan “kegemaran” sindiket penyeludupan migran yang biasa membawa masuk migran dari negara jiran seperti Indonesia.

“Dalam tempoh sama, sebanyak 630 kes direkodkan atas kesalahan penyeludupan migran iaitu 184 pada 2019, 205 pada 2020, 217 pada tahun lalu dan 24 hingga 31 Januari tahun ini,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Katanya, apabila polis mengetatkan kawalan di semua kawasan sempadan darat supaya tidak ada kemasukan pendatang asing yang kemungkinan akan membawa kemasukan kluster baru, sindiket penyeludupan migran mencuba nasib dengan cuba membawa masuk warga asing melalui jalan laut.

“Namun, mereka silap kerana risikan dan tindakan penguatkuasaan dijalankan di semua sempadan termasuk sempadan laut dan hasilnya, seramai 5,888 migran yang cuba memasuki negara secara haram dengan menggunakan khidmat sindiket berjaya ditahan dalam tempoh 2019 hingga Januari tahun ini.

“Turut ditahan adalah 1,197 tekong laut dan darat yang mendalangi kegiatan sindiket penyeludupan migran ini majoritinya dari Indonesia, Filipina dan etnik Rohingya melalui perairan di selatan, tengah dan utara tanah air,” katanya.

Fadil berkata semua tangkapan dilakukan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 bagi kesalahan menyeludup migran.

Fadil percaya menerusi operasi yang lebih kerap dan pemeriksaan ketat, jenayah itu dapat dikekang dengan lebih baik.

Pada awal bulan ini, polis menyasarkan pencapaian penilaian Tier 1 atau 2 dalam memerangi jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran dalam laporan “Trafficking In Persons Report” yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Abd Jalil Hasan dilaporkan berkata polis sedang berusaha untuk mencapai sasaran itu susulan Malaysia kini berada pada kedudukan Tier 3.

“Kita sedang berusaha keras untuk mencapai sasaran ke Tier 1 atau 2 dalam tempoh terdekat dalam memerangi jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

“Usaha tersebut dilaksanakan dengan kerjasama agensi di bawah Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Peguam Negara dan lain-lain agensi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Pendakwaan dan Penguatkuasaan Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran antara Jabatan Peguam Negara dan Agensi Penguatkuasaan 2022.

Usaha kerajaan dalam membanteras jenayah penyeludupan migran ini adalah penentu dalam tahap dalam Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) dan pada tahun lalu, Jabatan Negara Amerika Syarikat menurunkan kedudukan Malaysia ke tahap tiga, iaitu tahap paling rendah dalam TIP. 

Malaysia kembali ke tahap tiga buat pertama kalinya sejak 2014 bersama negara lain dalam senarai itu boleh dikenakan sekatan oleh AS bagi pembiayaan bantuan asing tertakluk kepada keputusan presiden.

Menurut laporan itu, negara dalam tahap satu merujuk kepada pematuhan sepenuhnya dan tahap dua pula bagi usaha yang signifikan untuk mematuhi Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Manusia 2000 (TVPA) manakala tahap tiga adalah negara yang tiada usaha untuk mematuhi standard minimum TVPA.

Berdasarkan laporan Jabatan Negara AS itu, Malaysia tidak melaksanakan langkah bersesuaian untuk menangani jenayah pemerdagangan manusia, biar pun selepas mengambil kira impak Covid-19 ke atas kapasiti anti pemerdagangan negara ini.

“Walaupun kekurangan langkah yang signifikan, kerajaan Malaysia mengambil beberapa langkah bagi menangani pemerdagangan manusia. Mereka telah menghadap beberapa individu ke muka pengadilan, menggunapakai prosedur operasi standard (SOP) proses identifikasi mangsa.

“Selain itu, Malaysia menyediakan perkhidmatan perlindungan kepada mangsa pemerdagangan, dan mengeluarkan keputusan kajian yang mereka biayai, berhubung dakwaan penggunaan buruh paksa dan kanak-kanak dalam sektor kelapa sawit,” menurut laporan itu.

Bagaimanapun Jabatan Negara AS berkata kerajaan Malaysia terus mencampurkan isu pemerdagangan manusia serta jenayah penyeludupan migran sebagai satu.

Berdasarkan laporan itu, Malaysia diletakkan sebaris dengan negara seperti Afghanistan, Burma, China, Russia, Korea Utara, Sudan Selatan, Syria, dan Guinea-Bissau. – 23 Mac, 2022.

KITA PERLUKAN

TENAGA PENDATANG

AMIN

MEREKA BANTU

EKONOMI MALAYSIA

BERKEMBANG

AMIN

INI HAKIKAT

YANG WAJIB KITA

TERIMA

AMIN

CARI JALAN

TERBAIK UNTUK

SELESAI MASAALAH

AMIN

TANGKAP MASUK

DEPOT BUKAN 

CARA TERBAIK

AMIN

PENJARA AKAN

 TAMBAH BELANJA

DUIT NEGARA

AMIN

MAKAN MEREKA

KAWALAN KITA

SEMUA  MAKAN

BELANJA

AMIN

WALHAL TENAGA

MEREKA BOLEH

BANTU KITA

AMIN

KITA TANGKAP

 YG DATANG

NAK CARI KERJA 

AMIN

CARI KERJA

BUKAN BAHAYA

AMIN

PENDATANG BAHAYA

DARI NIGERIA

DARI CHINA MERAH

AMIN

MEREKA DATANG

BUKAN UNTUK CARI

KERJA TAPI 

BUAT JAHAT

BUAT MACAO SCAM

BUAT LOVE SCAM

AMIN

PENDATNG YG INI

WAJIB DISEBAT

KERANA ROSAKAN

TANAH MELAYU

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Betul ..pendatang hanya carik kirje dan kirjekan pompuan Molayu yang dahagakang kote panjang. Yang best nye ada Pendatang Bangla dah dapat Datok Seri ..gwa chakap betul ..banyak botol jaso Bangla tu