Rabu, 23 Mac 2022

SATU CONTOH PEMIMPIN BIJAK

Muda tidak boleh sendirian hadapi PRU15, kata Amira 

MUDA yang berasaskan belia tidak boleh hadapi pilihan raya umum ke-15 bersendirian kerana mereka memerlukan sokongan gabungan besar untuk mendekati rakyat, kata Amira Aisya Abd Aziz.

Setiausaha agung parti itu berkata Muda tidak mempunyai jentera atau dana seperti parti-parti lain yang sudah kukuh.

Beliau juga berkata mereka memerlukan rakan strategik untuk bertanding pada PRU15 bagi mengelak pertembungan kerusi.

Amira berkata Muda boleh bertanding sendiri, namun untuk tujuan apa. 

“Sebagai contoh jika kita menang 10 kerusi, kita masih tidak boleh membentuk kerajaan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

“Jadi, apabila kita memasuki pilihan raya, kita perlu masuk dengan pemikiran mahu membentuk kerajaan dan sebab itu kita perlu berunding dengan rakan kongsi yang mempunyai nilai yang sama dan membawa prinsip yang sama seperti yang kita lakukan.

“Dan rakan kongsi itu adalah parti dalam Pakatan Harapan (PH). Sebab itu kami bekerjasama dengan mereka.”

Amira berkata dalam sebarang rundingan (untuk kerusi) mereka percaya setiap parti perlu mendapat peruntukan yang sama rata.

“Kita semua, DAP, PKR, Amanah sama-sama berunding. Kita kena matang dalam politik untuk memahami proses demokrasi yang setiap orang ada hak yang sama rata untuk menyertainya.

“Sudah tentu, kita faham ada kejatuhan antara PKR dan Muda dalam pilihan raya Johor baru-baru ini, jadi kita perlu beralih daripadanya.”

Pada pilihan raya negeri Johor 12 Mac lalu, Muda bertembung dengan PKR dalam pertandingan enam penjuru untuk kerusi Larkin. Kerusi itru akhirnya dimenangi Mohd Hairi Md Shah dari Barisan Nasional.

Pada 24 Februari, Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata mereka telah berunding dengan PKR sehingga saat akhir.

Ahli Parlimen Muar itu bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengapa Muda memutuskan untuk meletakkan calon di Larkin.

Amira adalah satu-satunya calon Muda yang memenangi kerusi Puteri Wangsa dalam pertandingan enam penjuru dengan majoriti memberangsangkan 7,114 undi mengatasi pesaing terdekatnya, daripada Barisan Nasional (BN).

BN masih memenangi pilihan raya negeri dan membentuk kerajaan negeri, selepas memenangi 40 daripada 56 kerusi.

Muda bergabung dengan PH dan PKR, dan jika digabungkan, mereka mempunyai 13 kerusi. Perikatan Nasional memenangi tiga kerusi.

Fokus pada PRU15 jadi keutamaan

Amira berkata Muda kini perlu menumpukan tenaga kerja mereka pada PRU15.

“Semasa pilihan raya Johor bukan sahaja berlaku perpecahan undi dalam Pakatan tetapi juga dalam BN,” katanya.

“Walaupun tiada pecahan undi antara PH dan Muda, kita tetap tidak akan menang.

“Jadi, masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk hadapi PRU15.

“Perlu ada komunikasi dua hala. Pertembungan dengan PKR amat malang.”

Amira berkata, PH perlu bersatu, bukan sahaja untuk bertanding tetapi juga untuk memenangi pilihan raya. – 23 Mac, 2022.

INI CONTOH

PEMIMPIN BIJAK

AMIN

DALAM POLITIK

BANYAKKAN KAWAN

KURANGKAN MUSUH

AMIN

BUKAN 

BANYAKKAN MUSUH

KURANGKAN KAWAN

AMIN

TANDING SOLO 

TAK MAHU

KEMAH BESAR

AMIN

INI ASAS POLITIK

INI ABC POLITIK

AJAR  KITA UNTUK

RAMAI KAWAN

KHALAS

AMIN

NAK HANCUR

PUNAH TOLAK

KEMAH BESAR

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini bukan bijak. Ini pilihan yg ada. Muda je kot. Pas pun fikir mcm ni. Bukan muda je. Come on isham raise. Wat de becos u slow now?

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkahkah tt oi tt,,,,
Minah ni tak bijak mana laaaaa,
Dia cuma tahu Muda akan bungkuih kalau bertanding sendirian,,,,

Apo la ko ni tt,,, antara bijak dengan tahu kemampuan diri pun dah tak bleh pikir??? Kahkahkahkah

Hudbenseman berkata...

Aku tak nampak apa2 perkara yang bijak disini. Yang aku nampak MUDA cuma tak BODOH.

Ps : contoh bijak pada hemat aku ialah parti yang tahu dia ada kekuatan, dan peluang yang dia ada tinggi tapi dia tetap akan pilih khemah besar untuk pastikan kleptokrat jahanam.