Ahad, 15 Mei 2022

HALALKAN MEREKA


49 PATI Myanmar ditahan cuba masuk Malaysia

KUALA LUMPUR – Seramai 49 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar ditahan ketika cuba masuk ke negara ini melalui sempadan negara Malaysia dan Thailand.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, kejadian tersebut berlaku di kawasan Ladang Getah sektor Op enteng kawasan tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia.

“Pada 14 Mei 2022 jam 0930, Tim Serang dan Tangkap (SERKAP) telah melihat sekumpulan orang awam yang dalam keadaan mencurigakan sedang berjalan kaki merentas sempadan negara. Anggota bertugas telah bertindak menahan kesemua orang awam tersebut seramai 49 orang.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemuanya adalah warganegara Myanmar yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan berumur di antara 15 hingga 48 tahun terdiri daripada 37 lelaki dan 12 perempuan,” kata markas itu.

Turut dirampas adalah 37 buah telefon bimbit, wang tunai dalam matawang Malaysia, Thailand dan Myanmar dan 2 beg pakaian dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan RM15,878.00. Kesemua PATI diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menegaskan, pasukan beroperasi sentiasa mengawal sempadan negara dan tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan.

KITA BOLEH

HALALKAN

STATUS MEREKA

AMIN

DITAHAN MASUK

KEM TAHANAN

TAK BERBALOI

KITA 

KENA TANGGUNG 

MAKAN MINUM

AMIN

KITA PERLUKAN

TENAGA BURUH

AMBIL MEREKA

AMIN

MEREKA BUKAN

CHINA MERAH

YG DATANG NAIK

KAPALTERBANG

GUNA VISA PELAWAT

TERUS TAK PULANG

KHALAS

MEREKA BUKAN

NIGERIA DATANG

UNTUK BUAT 

SCAM TIPU

KHALAS 

LAGI PUN NEGARA

MEREKA DLAM

HURU HARA

AMIN

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bila ambik kerja ... tetiba masuk berita malaysia amal buruh paksa... tak pasal kena boikot produk... tak yah buang masa buang duit menghabis ke beras je.. kah kah kah...

cikminah berkata...

Mahu galak lebih ramai ROHINGYA datangnke Malaysia, kah...???