Khamis, 16 Oktober 2008

MAHATHIR BUKAN DALANG SAYA DAN NAJIB – U.malayau

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan cakap-cakap bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah perancang utama dalam meningkatkan popularitinya dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin masa depan negara.

"Saya tidak fikir anda perlu dalam apa cara pun keliru kerana anda lihat kami bersama (dengan Mahathir). Pada hakikatnya kami bertemu dalam sesetengah majlis tidak bermakna ada perkembangan besar berlaku," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan dan Pelaburan Bersama Malaysia-Indonesia pertama di sini hari ini.


kah kah kah…. wak sembab dah panik…. kah kah kah… madey bukan dalang? .…. madey memeng bukan dalang…. yang jadi dalang jawa…. madey dari kerala….kah kah kah….kalau madey bukan dalang wak sembab ni jadi munkee apa?..... jadi barua…. kah kah kah….

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nampak sangat Muhyiddin cuba mengelat.Muhyiddin dan Mahathir bersuara satu nada iaiti mahu Pak Lah untuk berundur dan secara tersiratnya mahu kroni-kroni Dr.M untuk "takeover back" kerajaan dan semakin lama nampak semakin mara pula mereka dalam rancangan mereka.

sekarang ini dimana-mana upacara rasmi atau tak selalunya Pak Lah berseorangan tidak ditemani sesiapa manakala Najib,Muhyiddin dan Dr.M boleh berada dalam satu majlis yang sama.

kebetulan?atau memang sudah dirancang?

Tanpa Nama berkata...

muka lebam sembab pun nak cakap bohong jugak ka...sudahla...semua orang dah tau kerana chedet la hang hentam dolah sampai takdan bernafas...semua orang dah tau hang jadi barua chedet...lagi mau nafi ka...tapi depa ni memang lagu tu...yang dok nafi tu la kemungkinan besar perkara sebenar...mamat mongol bijan tu hebat bab nafi ni...dia boleh bersumpah...

Tanpa Nama berkata...

Sang Sembab tak sedar atau pura-pura tak sedar betapa Cet Det begitu aktif mahu mengawal pentadbiran negara yang dia telah kuasai selama 22 tahun.Dia tahu caranya rakyat Malaysia boleh dikelentongnya. Cet Det dah tak boleh pisahkan nafsu mahu mengawal pentadbiran negara selagi AI ada potensi untuk mengambil alih meskipun usianya sudah menjankau pertengahan 80-an dan sudah mengalami operasi lintasan. Nafsu nak mengawal atau gentar /risau/khuatir/panik jika AI berkuasa menguasai dirinya. Cet Det sudah taruk habis terhadap Pak Lah sejak hari pertama beliau menjadi PM ke-5 Malaysia. Rupannya Cet Det mahih ada lagi jaringan strategiknya. Dia dapat bergerak meskipun tidak memegang sebarang jawatan, tapi jaringan strategiknya masih kukuh sehingga Pak Lah bungkus.Dia masih ada sengat. Kali ni setelah berjaya menjatuhkan Pak Lah, mengawal Sang Sembab dan Najis tidak begitu sulit. Bisa diaturkan. Cet Det 'wira dunia ketiga'akan teruskan kelicikannya dan memainkan peranan dan mengambil kesempatan bahawa Sang Sembab dan Najis tiada pengalaman lagi mengurus negara. Kunci mengurus negara ada pada poket Cet Det. Sang Sembab dan Najis boleh berlakon saja bagaikan pemimpin baharu UMNO tapi harus dengar arahan daripada 'bapak pembangunan moden Malaysia'. Cet Det dapat lebih banyak keyakinan diri sekarang apabila berjaya tumbangkan Pak Lah. Alah apa besarnya Sang Sembab dan Najis? Kacang bagi Cet Det.Sang Sembab dan Najis boplehlah berlagatlah kononnya sudah capai cita-cita akhirnya sebagai CEO negara. De facto CEO adalah Cet Det.Kita lihat nanti Cet Det kawal kedua Sang Sembab dan Najis. Tugas akhir Cet Det ialah jangan AI menjadi PM. Kenapa? TSTlah

Tanpa Nama berkata...

Saya pun bukan nak tuduh Mahathir dalang Muhyiddin dan Najib tapi kadang-kadang, gambar boleh menceritakan sesuatu. Begitu juga dengan cara penafian seseorang, jika susunan ayat pun macam kelam kabut dan tak teratur, mungkin ada yang tak kena. Apapun Allah Maha Mengetahui segala-galanya sama ada tersurat atau tersirat...

Tanpa Nama berkata...

Mat nidah lupa ke orang semua masih carik dia apsal kes jual tanah ni Johor. Apa dia ingat Melayu mudah lupa? dia tak sedar banyak lagi kes dia yang akan terbongkar termasuk hal hormon dia.
Dia ingat dia baik sangat ker nak suruh orang lain berhenti.
Ini semua cakap tak serupa bikin.