Khamis, 16 Oktober 2008

HINDRAF DIISYTIHAR HARAM

KUALA LUMPUR 15 Okt. Kerajaan hari ini mewartakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai sebuah pertubuhan haram, satu tindakan yang menetapkan penglibatan sesiapa juga dalam pertubuhan itu merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang.

kah kah kah…. pelik binti hairan…. cam na nak haramkan…. Hindraf ni tak bersunat kee….bila pulak hindraf ni menjadi persatuan…. kah kah kah….haram macam mana… haram macam duit rasuah ke?…. haram macam judi ke?…. haram cam mana…gua ingat hindraf ni hanyalaa perasaan orang india yang tak puas hati…. Cam mana nak haramkan perasaan… kah kah kah



11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam abng isham..

makin unik keputtusan kerejaan umno BN nie

bila-edris-menari berkata...

ape nak pelik haramkan benda yang tak diregisterkan...esok tukar nama lain lak...hendraf ke..pastu kerajaan kena habis duit pikir lak..pastu haram lak..tukar pulok..ape kisah..

Tanpa Nama berkata...

Hindraf sepatutnya sudah lama diharamkan.jika Al-Arqam boleh diharamkan,sama juga kepada Hindraf.Tindakan Hindraf selama ini hanya memalukan golongan kaum India dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

pada tanggal 1 Syawal pun mereka masih mahu "berdemonstrasi".apakah mereka langsung tiada hormat pada budaya dan adat resam kaum lain?.saya percaya ramai kaum India yang tidak menyokong Hindraf.

Tanpa Nama berkata...

haramkan hindraf maksudnya haramkan orang india la...pasai semua orang india memang sokong apa yang diketengahkan oleh hindraf...ini dah jadi lebih dari persatuan, ini dah jadi sebati dengan perasaan orang india, cam na nak haramkan?

kaum lain jangan pikir hindraf takde sokongan orang india, dari menteri hingga penyapu dbkl sokong, hanya tak secara luaran...

hindraf ini gerakan luahan perasaan tertindas org india. dari profesional hingga waiter kat restoran semua tertindas dari segi ekonomi, social dan agama. penindasan ini sudah terlampau lalu kelohan terkeluar.

apa tak hormat budaya melayu? hindraf pi makan kat rumah terbuka anwar semuanya okay apa.. semua gelak gelak, ucap selamat hari raya dsb. depa pi ke rumah umno, kena tolak masuk bilek macam kena kurung. tak syoklah depa. apasai anwar tak malu terima hindraf tapi umno malu dan marah? due due pun islam kan? melayu jugak kan? apa bezanya?

jangan tuduh melulu. ramai yang tindas org india. mungkin kamu (the reader) pun salah seorang penindas jugak?

tahun 2006 takaful kata haram ucap happy deepavali. UMNO pulak adakan meeting on hari deepavali lepas tu marah penghantar suratkhabar india yang ambil cuti hari deepavali. lepas tahun 2007 tu hancurkan kuil hindu satu hari sebelum deepavali.

tahun ini hadiah deepavali ialah PENGHARAMAN EMOSI ORANG INDIA YANG DILUAHKAN MELALUI HINDRAF.

takpa..kita buka HNDRAF BARU, kita copy UMNO jugak la...UMNO pun haram, kena pakai UMNO BARU, BUKAN UMNO...

Tanpa Nama berkata...

Naiad...ini oreng bn/umno kah....
atau baru keluar gua mulu......
jangan ikut utusian melayu.....
Me-layulah jadinya....kah kah kah..

fikirlah......
Bodoh kerana sombongkah atau
Sombong kerana Bodohkah...

Tanpa Nama berkata...

Hindraf memang patut diharamkan dari dulu lagi.. Memang ia satu persatuan yang mengarut, kononnya nak pertahankan hak asasi kaum India, tapi sebenarnya mereka hanya dipergunakan. Apapun, saya tetap tak berpuas hati dengan tindakan mereka pada masa rumah terbuka Pak Lah tempohari... Satu tindakan yang tak sopan...

goddamn those who should b damn berkata...

yg paling berhak utk diharamkan ialah KERAjaan bee n.

Unknown berkata...

UMNO - dikaitkan dengan orang melayu
Hindraf - dikaitkan dengan orang India.

tapi bukan semua orang Melayu sokong UMNO dan bukan semua orang India sokong Hindraf.sedarilah hakikat ini.

Hindraf pergi rumah terbuka Anwar tanpa melaungkan "hapuskan ISA" dan "bebaskan pemimpin kami".memanglah tak jadi apa-apa.yang dirisaukan di PWTC jika terjadi apa-apa.dah lah ramai budak-budak kecil waktu.kalau terjadi apa-apa yang buruk masa di PWTC,siapa yang hendak dipersalahkan?.

tolak UMNO dan Hindraf ketepi buat seketika.jika kita lihat sifat rasisme masih wujud dalam masyarakat kita tanpa mengira ideologi politik.bukannya saya kata semua orang itu ada sifat rasis cuma ianya masih wujud sehingga kini.

kita tanya diri kenapa jadi begini.Melayu rasa ditindas oleh kaum Cina dalam mencari peluang pekerjaan,Kaum Cina rasa ditindas kerana tidak peluang sama seperti kaum Melayu dan kaum India rasa ditindas oleh kaum Melayu dan Cina.

sifat rasisme wujud bila ada perasaan sangsi terhadap bangsa/kaum lain.sangsi dan takut jika hak diambil oleh kaum lain.

ingat yang dalam masyarakat kita masih ada Melayu,India dan Cina yang baik dan bagus.

Tanpa Nama berkata...

HINDRAF=India..
Kerajaan Haramkan HINDRAF..

YANG BERBAHAGIA DATO' SHAH RUKH KHAN=India jugak..
Tapi Kerajaan tak haramkan malah menDATO'kan..

Tanpa Nama berkata...


HARAMKAN PERTUBUHAN MENGARUT
.

saya bersetuju dengan komen pemilik blog itu.

Tanpa Nama berkata...

Haramkan je. Menyusahkan orang buat kecoh sana sini. Apa susahnya nak haramkan, mana2 orang yang buat hal atas nama hindraf tu kasi tangkap la. Buat kecoh merata je.