Khamis, 16 Oktober 2008

TUNGGU GILIRAN SAMPAI PENGSAN – U.malayau

SERIUS... Mardiana Mat Piah yang sakit perut dan demam, pengsan selepas tiga jam menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan di Hospital Serdang, malam semalam.

SERDANG 15 Okt. - Kementerian Kesihatan sering memberi jaminan yang tempoh menunggu bagi setiap pesakit di hospital-hospital kerajaan tidak akan melebihi setengah jam.


kah kah kah…. kan dah cakap buat apa beli kapal selam…. buat apa beli jey sukhoi… buat apa beli eurokopter…… buat hospital untuk orang ramai….. buat fakulti perubatan….. bagi belajar percuma…. rakyat mati sakit bukan diserang musuh…kah kah kah



6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wa mmg tak tahan gelak pk betapa bangang pak menteri kita paranoid...hahaha...rakyat mati takde ubat...peluru berpandu bukan bole buat ubat pon!

Tanpa Nama berkata...

...it's okey,lepas kes ini kita akan MEETING dan MEETING...

kah..kah..kah..(meeting lagi..!!)

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa sudah sampai masanya tahap perkhidmatan di hospital-hospital kerajaan dinaik taraf supaya kecekapan dalam perkhidmatan dapat dibaikpulih bagi menjamin keselesaan orang ramai. Sepatutnya peruntukan berbillion rm untuk beli Eurocopter digunakan untuk memperbaiki tahap perkhidmatan kerajaan dan infrastruktur awam di negara ini...

goddamn those who should b damn berkata...

private jet digunakan utk bawak depa ke us,pulau temasek kalo kena heart attack.

Tanpa Nama berkata...

semua salah......bukan sebab apa nak beli tu rocket, helicopter...dll

sebab tak beli..agent tak ada duit...pembeli pun tak boleh masuk pocket....tu sebab nak beli..apa tahi pun boleh beli..asalkan ada jual-beli...ada $$$...mcm tu bank indon la....company yg rugi kita pun nak beli....sebab apa....nak makan duit mah...

mcm dulu semi value punya JKR la...ada rosak tak ada rosak pun tiap-2 hari korek jalan then tampar...sebab tak "kerja" tak ada duit mah....

kah kah kah.....

Tanpa Nama berkata...

hospital pun ada kong kalikongnya, potitikingnya pun tinggi. Pengalamanku sendiri, daftar 8.30 pagi, pada nombor giliran dicatat masa sekarang '10 pagi'(jam sebenar baru 8.35 pagi)dipanggil jumpa doktor pukul 10.30 pagi. kan betul masa menunggu 30 minit, padahal masa sebenar kita tunggu 2 jam (8.30 - 10.30) kah.. kah... kah... semua yang ke hospital kena tipu, yang bekerja di hospital semuanya terlibat dalam penipuan.... yang kelakarnya patah kaki kiri disimen kaki kanan....akhirnya jadi anak angkat hospital percuma seumur hidup.........kah...kah....kah.......