Ahad, 28 Februari 2010

HAPUSKAN RASUAH DULU - SEBELUM PAKAI KOTAK BARU



NANTI ADAKAN AKTA - IKAN TAK BOLEH LETAK DALAM BESEN PLASTIK




ARAHAN PENGUNAAN KOTAL IKAN BERINSULASI BERMULA ISNIN :NOH OMAR - mStar

Arahan penggunaan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG) secara berperingkat akan tetap bermula Isnin ini sekalipun ada segelintir pengimport ikan mengugut untuk menghentikan operasi membawa masuk ikan ke negara ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Noh Omar yang kesal dengan tindakan kumpulan terbabit berkata pihak berkenaan sudah diberi peluang untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka semasa sesi dialog dengan beliau pada Khamis lepas.

"Individu terbabit pun ada sama pada dialog itu. Bila dia timbulkan masalah maka kita dah setuju untuk buat beberapa keputusan dan semua orang puas hati, tetapi kenapa hari ini dia buat kenyataan bercanggah dengan apa yang dipersetujui, apa masalahnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan anggota jawatankuasa Persatuan Import dan Eksport Malaysia, Tan Chee Meng dalam sebuah akhbar hari ini yang antara lain berkata sekumpulan pengimport ikan dari Johor, Selangor, Kedah dan Perak tidak berpuas hati dengan arahan itu.

Kumpulan itu juga dilaporkan mengugut untuk menghentikan import ikan ke negara ini apabila arahan dikuatkuasa bermula 1 Mac ini.

Noh berkata bagi membantu meringankan beban pengimport membeli KIBFG yang agak mahal, kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan RM2.4 juta sebagai subsidi termasuk pengurangan caj ikan import sebanyak dua sen sekilogram.

"Harga subsidi ini diberikan bagi pembelian 60,000 kotak KIBFG iaitu 20,000 kotak KIBFG seberat 100 kilogram dan sebanyak 40,000 untuk kotak KIBFG seberat 50 kilogram.

"Bagi KIBFG seberat 100 kilogram, harganya ialah RM205 seunit dan subsidi diberikan kerajaan ialah RM60 seunit menjadikan harga selepas subsidi cuma RM145, manakala harga KIBFG seberat 50 kilogram pula yang pada asalnya RM125 seunit jadi RM95 selepas subsidi," katanya.

Kerajaan katanya telah cuba meringankan beban pengimport dan pada masa yang sama golongan itu juga harus menyokong hasrat kerajaan yang mahu memastikan rakyat mendapat bekalan ikan segar selain mengelakkan penyeludupan.

Mengenai masalah berhubung tong ikan plastik sedia ada selepas penggunaan KIBFG dikuatkuasakan, Noh berkata kerajaan telah memberi beberapa cadangan seperti menjualkannya kepada pengimport ikan dari Thailand dan Indonesia atau menjualkannya kepada nelayan tempatan.

"Kerajaan pun ada maklumkan selepas bulan Jun jika mereka nak beli KIBFG daripada pembekal lain selain empat pembekal yang dilantik Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) kita benarkan tetapi mereka masih kena gunakan cip yang kita sediakan.

"Kenapa mereka takut nak guna cip kita? Apa helah mereka? Takut kita boleh kesan sebarang kegiatan yang tidak sepatutnya?" katanya.

Noh seterusnya menegaskan pengimport ikan tidak akan dibenar membawa masuk ikan ke negara ini sekiranya mereka tetap ingkar daripada mematuhi arahan itu apabila penggunaan KIBFG dikuatkuasakan sepenuhnya pada November ini.

"Negara-negara seperti Thailand dan Singapura dah guna KIBFG dan Indonesia pun bawa masuk ikan ke Malaysia guna kotak ikan berinsulasi tetapi tiada gred makanan, cuma hanya Malaysia yang guna cip.

"Apa pun saya akan panggil individu ini bagi mendapat penjelasan sebenar dan menerangkan semula arahan itu kepadanya dalam masa terdekat. Janganlah kelirukan rakyat dengan isu ini," katanya.

nota:
jika ikan tidak di import maka harga ikan akan naik.
jika hartal dilakukan oleh pengimpot lagi harga naik.

apa tujuan kotak berinsulasi ini ?
tidak diternagkan dengan jelas.

apa batahan dari pengimpot?
ini juga tidak dilaporkan.

satu melaysia sudah bosan degan laporan berita satu pihak sahaja.
apa dia permintaan pengimpot.
kenapa perlu kotak ini?
syarikat kroni mana yang jadi monopili jual kota berinsulasi ini?

pelik pulak: tong lama plastik boleh dijual untuk nelayan
tempatan pulak.
dari laporan berita ini nampaknya
ini satu lagi nak tipu Melayu
satu projek paksa orang beli dari syarikat kroni

inilah dia dinamakan perniagaan bumiputera kah kah kah


letih jadi Melayu
tak pernah malu
malas buat kerja
suka niaga atas angin kah kah kah





17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lebong...

cam berniaga buluh kasap

hilang hujung pangkal lesap

hahahahahaha

Tanpa Nama berkata...

kotak nie ada kena mengena ngan mamat 6 kotak ka ?

hahahahha

Tanpa Nama berkata...

Menteri ni singkat fikiran
dia tidak memikirkan kesannya kepada rakyat
tak kan dia tak boleh meramal bahawa penggunaan tong ni akan menyebabkan penjual menghadapi kenaikan kos
kalau kos dah naik, harga ikan pun ikut naik la
harga ikan naik, susahlah rakyat nak makan ikan
kroni punya pasal, rakyat tidak dipedulikan.

nak kata nelayan untung, tak jugak
jual ikan harga biasa
sampai kedai 20 kali ganda

mampos nelayan!
mampos rakyat!
hidup menteri!
hidup kroni!

lepas ni tambah lagi seorang melayu terkaya di malaysia kerana mengusahakan tong berinsulasi dan berkroni.

Lang berkata...

Noh berkata bagi membantu meringankan beban pengimport membeli KIBFG yang agak mahal, kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan RM2.4 juta sebagai subsidi termasuk pengurangan caj ikan import sebanyak dua sen sekilogram.

Ini bermakna, harga kotak tidak berkurangan atua lain kata, pihak yang membekalkan kotak tetap mendapat harga penuh dari pembeli kotak dan dari wang rakyat (subsidi konon). Pihak pembekal tidak akan mengalami penurunan keuntungan walaupun 1 sen…

"Harga subsidi ini diberikan bagi pembelian 60,000 kotak KIBFG iaitu 20,000 kotak KIBFG seberat 100 kilogram dan sebanyak 40,000 untuk kotak KIBFG seberat 50 kilogram.

"Bagi KIBFG seberat 100 kilogram, harganya ialah RM205 seunit dan subsidi diberikan kerajaan ialah RM60 seunit menjadikan harga selepas subsidi cuma RM145, manakala harga KIBFG seberat 50 kilogram pula yang pada asalnya RM125 seunit jadi RM95 selepas subsidi," katanya.


Kita ambil pengiraan bagi pembeli yang ingin enjoy subsidi:
Pembelian 60,000 kotak minima
Kotak 100kg sebanyak 20,000; pembeli membayar RM2.9 juta rakyat RM1.2 juta = cikung dapat RM 4.1 juta… itu baru 20,000

Kotak 50kg sebanyak 40,000; pembeli membayar RM3.8 juta, rakyat RM1.2 juta = cikung dapat RM 5.0 juta.

Bottom line; perolehan dari pembelian 60,000 kotak bersubsidikan wang rakyat oleh cikung sebanyak RM 9.1 juta (2.4 juta adalah dari wang rakyat). Dan itu baru satu pembeli… fikirkan ada berapa ramai pemborong dan pengimpot ikan yang akhir nanti terpaksa menjual ikan pada harga yang amat mahal. Sekarang ni pon rakyat dah tak mampu nak beli ikan. Kalau ada ikan keli, makan lah ikan keli setiap hari. Bapak menteri dan juak-juak memang tak terasa sebab gaji besar dan kalau bijak ikan dihantar secara percuma door to door.

Rakyat akan menanggung double cost dengan subsidi dan membayar kos yang dibebankan oleh peniaga. Bimbang nanti nak turunkan harga ikan bagi subsidi harga pulak pada pengedar dan pemborong, macam subsidi petrol….

Termenungkan lah….

Lang berkata...

Noh berkata kerajaan telah memberi beberapa cadangan seperti menjualkannya kepada pengimport ikan dari Thailand dan Indonesia atau menjualkannya kepada nelayan tempatan.

"Negara-negara seperti Thailand dan Singapura dah guna KIBFG dan Indonesia pun bawa masuk ikan ke Malaysia guna kotak ikan berinsulasi


Dua kenyataan yang agak mengelirukan.. kotak lama jual kat siam dan indon… siam dan indon juga pengekspot ikan ke sini dan guna KIBF***

madbi berkata...

apara lu orangni.... camana malayu nak maju?? nak korban puloh puloh juta pun kedekut!!! bayar je la harga ikan tu berapa dia letak, kan ekonomi kita dah semakin pulih dan berkembang.... (macam kopek BM)

Marzuki Yusoff berkata...

Baru semalam diberitahu oleh Peniaga Ikan di Pasar Siti Khatijah, Kota Bharu bahawa Peniaga Kota Bharu akan mogok dari menjual ikan pada hari Selasa ini bagi membantah arahan penggunaan Kotak Ikan Berinsulasi. Kata peniaga itu penggunaan kotak yang dicadangkan adalah tidak praktikal dan sangat menyusahkan. Ditanya dari segi keperluan kenapa mesti guna kotak itu, jawab beliau hanya supaya syarikat tertentu dapat buat duit sahaja.

Sah. Mesti kroni yang dapat.

pisau belati berkata...

Kotak yang dikeluarkan oleh kroni itu pasti tidak berkualiti. Sebab itu dia orang takut nak jual dalam pasaran terbuka, kalah bersaing. So, nak bagi laku dan dapat untung banyak, kroni-kroni ini bodek pemimpin kerajaan Umno-BN dan guna kuasa Umno-BN untuk paksa orang beli dan guna!Ceh!!! 1 Malaysia!!!

Tanpa Nama berkata...

Taniah, BN = Barang Naik

Kenaikan harga barang di 1Malaysia ini hanya terlibat pada penyokong PR sahaja.

Bagi penyokong umnoNgok tidak terlibat dengan kenaikan harga barang di 1Malaysia ni baik dulu, kini dan selamanya...

Kotak ikan ni kalau nak dibandingkan dengan negara maju jauh lebih canggih sebab ikan akan jadi lebih MAHAL....kah kah kah...

Tanpa Nama berkata...

Kena telan dgn ikan paus baru depa tau..

Tanpa Nama berkata...

Pakat2 buat hartal beb...bagi dia org ikut cakap sket...selama ni rakyat asyik ikut cakap dia org jer....tak dapat jual ikan jyual daging lembu ker sayur ker lagi bagus.tak pun tunggu nelayan balik tangkap ikan lepas tu terus beli ajer.aku bole g kukup dekat ajer lagi bole dapat ikan fresh.

storm62 berkata...

Aku rela makan ikan buntal dari ikan kroni.

dipahamkan mereka yg banyak makan ikan kroni akan menyidap penyakit kronik.

tak payah nama berkata...

YB depa bagi 1 AP, rakyat dapat kenaikan bahan api. lektrik dan minyak.

kah..kah..kah...
rakyat didahulukan
pencapaian diutamakan

sokong ameno, jangan tak sokong
nyesal dulu, ada untung
nyesal kedian sendiri mau pikiaq la..

Tanpa Nama berkata...

hoi kotak dah tempah, kalau tak guna kroni rugi berjuta2, nak tak nak hampa semua mulai esok kena guna kotak tsbt.

kroni memang pandai berniaga.

Tanpa Nama berkata...

menteri no brain....heran ada, menyampah ada, marah ada..tak ada kualiti lansung...tapi jadi menteri..bn dah pupus agaknya yang bijak pandai..yg tinggal semuanya benggong belaka....nasib 1Malaysia

Tanpa Nama berkata...

Jual kotak
tak ada otak

jual kotak
ambik subsidi kotak

bising tak ada duit
lagi nak bagi subsidi

potong sini tambah sana
pangkas sini timbun sana
kurangkan sini lebihkan sana

otak keldai

Tanpa Nama berkata...

aku sbenarnye xtahu ape kegunaan kotak nih.... tp pikir logik xkn kerajaan nk mbazir duit.....kerajaan xkan bertindak bodoh mcmtu bro.... mgkin kotak tu berfungsi mengekalkan kualiti ikan import kekal fresh....tnpa insert bahan pengawet. ntahla....same2 kite belajar ape itu kotak KIBFG ini.