Selasa, 25 Mei 2010

INI YANG DI NAMAKAN ANAK MUDA





AKHIRNYA DUNIA INI MILIK ANAK MUDA




ANAK MUDA BANGUN MELAWAN



Angkatan Muda Keadilan Selangor
Parti Keadilan Rakyat

25hb Mei 2010

PM PERLU PERJELAS ISI KTMB TANJUNG PAGAR DI PARLIMEN

Angkatan Muda Keadilan Selangor mendesak Perdana Menteri,Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak memberi penjelasan di Parlimen isu tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad di Tanjong Pagar yang akan berpindah ke Woodlands. Kita menuntut Perdana Menteri menjelaskan butiran perjanjian bersama PM Singapura,Lee Hsien Loong agar rakyat dimaklumkan isu berkenaan dengan ini dengan jelas dan munasabah.

AMK Selangor melihat seolah-olah Perdana Menteri mudah ‘tunduk melutut’ kepada permintaan negara-negara luar dalam isu hak dan kedaulatan negara yang bakal merugikan masa hadapan negara. Dalam isu KTMB ini,kita melihat seolah-olah Perdana Menteri tunduk dengan tekanan Singapura apabila dengan mudahnya sanggup bersetuju dengan perpindahan KTMB dari Tanjung Pagar ke Woodlands dengan beralasan tanah seluas 12 hektar (29.65 ekar) akan diserahkan kepada sebuah syarikat usahasama yang ekuitinya 60% Malaysia dan 40% Singapura.

Luas asal tanah rezab KTM termasuk laluan keretapi dan stesen di Tanjung Pagar adalah 200 hektar atau 494 ekar (mengikut Singapore Railway Transfer Ordinance 1918) dengan tempoh pajakan selama 999 tahun. Menjelang hujung tahun ini satu syarikat yang diberi nama M-S Pte Ltd yang akan ditubuhkan yang kononnya 60% milik Malaysia dan 40% milik Singapura.Apakah berbaloi Malaysia akur dengan persetujuan ini dalam masa pendek dan panjang ?.

AMK Selangor mempersoalkan penubuhan syarikat ini berkenaan pegangan ekuiti tersebut di mana pada masa akan datang yang mudah dibeli oleh pihak Singapura kelak melalui Temasek Holdings Limited.Malahan sebelum ini Malaysia yang sudah pun kehilangan hak kedaulatan Pulau Batu Putih dan isu pangkalan TLDM Woodlands. Kali ini sekali lagi negara bakal kerugian besar terhadap potensi masa hadapan yang tidak dapat dikenalpasti dan dinilai pada masa sekarang.

AMK Selangor juga melihat keputusan perpindahan KTMB ke Woodlands Train Checkpoint pada 1 Julai 2011 dan kemudian ke Johor menjelang 2018 adalah agenda terancang Singapura secara berperingkat ‘menghalau’ hak dan kedaulatan Malaysia sedikit demi sedikit yang kelak merugikan negara. Perkara ini ada disebut dalam kenyataan media bersama antara kedua-kedua Perdana Menteri pada 24hb Mei 2010 lepas.


“ For the convenience of commuters, the rapid transit system link will have a single co-located CIQ facility in Singapore with the exact location to be determined later. It is targeted that the proposed rapid transit system link will be operational by 2018. Thereafter Malaysia may consider to relocate the KTMB Station from Woodlands to Johor.”


AMK Selangor juga menggesa Perdana Menteri memberi penjelasan di Parlimen pertemuan beliau bersama Perdana Menteri Singapura perkara-perkara yang dibincangkan yang perlu diketahui oleh rakyat. Kita tidak mahu,media-media hanya mengumumkan perkara-perkara yang positif tetapi pada realitinya menenggelamkan isu-isu yang amat penting berkenaan hak dan kedaulatan negara.

AMK Selangor menggesa agar kerajaan bertegas dan tidak mudah tunduk kepada negara luar khususnya yang melibatkan hak dan kedaulatan negara. Rakyat tidak sanggup melihat negara kerugian besar di masa hadapan akibat kegagalan Perdana Menteri masakini melihat dan berpandangan futuristik membuat keputusan tepat dan terbaik untuk negara.

Kita menggesa agar rakyat bangkit mempersoalkan kewajaran keakuran kerajaan Malaysia berkenaan isu-isu dengan Singapura mutakhir ini. Kita mahu hak dan kedaulatan negara tidak mudah tergadai dan digadai kepada negara luar dengan mudahnya. Negara ini adalah hak, amanah dan tanggungjawab kita semua bersama-sama.

MOHD EZLI MASHUT
Ketua Penerangan AMK Selangor



14 ulasan:

encik_roy berkata...

Sila beri sokongan

Selamatkan Tanjung Pagar

opisboi berkata...

LELONG LELONG MULAH-MULAH.....NEXT PULAU PISANG FOR SALE!!!

Lang berkata...

mana wira perkasa si amaran tu... erk... terkedu ke ngan jibun punya tindakan? kj dimana? kulum jari je ke?... jangan tanya senatak... dia tengah leka berangan2 jawatan mentori ponuh... zulbabwe?... motornya tak dapat di start lagi dari ari tu.. so excusekan dia... tak dapat nak ke Putrajaya.

nasarudin tunggu apa lagi.. jgn sampai terlewat lagi mcm isu judi tu... bangun anak muda sebelum tergadai spender pulak...

pada btn... lagu anak kecil main api udah membakar diri... jibun yang bakar melayu sendiri...

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya nak kena tubuhkan "GAN" ni. Gerakan Ant-Najiss...

Tanpa Nama berkata...

Betullah agaknya dakwaan tukar tiub bahawa pemimpin tertinggi kita telah dipegang telurnya oleh pemimpin Singapura akibat penglibatannya dalam kisah hidup dan mati tragik seorang model luar negara. keputusan yang diambil ini nampaknya keputusan seseorang yang telurnya sedang dipicit kesakitan.

sri hartamas

Tanpa Nama berkata...

anak beranak pakat jual negara

Tanpa Nama berkata...

Woi TT,
Depa nak jual ke, nak gadai ke Taman Melayu ni, Biaq pi lah, asalkan kami JUSA dan PTD ni semua dapat tambahan gaji dan Bonus.
Hidup bukan lama. habih2 99 tahun.
Kalau najid tak buat macam tu, siapa lagi?
Dari dijual muarah macam rajataguna buat dulu2 tu. baiklah buat macam najib buat ni.

Tanpa Nama berkata...

Najib tak dapat jelaskan banyak isu-isu...kerana banyak kuat dia kelentong sama rakyat !!

isu-isu seperti PKFZ, Altantuya , kapal 'tak' selam , block minyak, IGP jahat, vincent 'judi bola' tan dan tanjung pagar !!!

Tanpa Nama berkata...

Dalam paper hari ini front page kata masalah Tanjung Pagar KTM sudah selesai. Yang tidak dilapurkan ialah Najib sudah kautim letgo Tanjung Pagar kpd Singapore dan pindah stesyen KTM ka Woodlands.

Apa sudah jadik?

Kenapa Malaysia beralah?

Takkan mudah sangat Letgo Tanjung Pagar kepada Singapura?

Najib tak de telur ka?

Singapura sudah pegang telur Najib?

Dalam paper hari ini ada tulis pasal Khazanah dan Temasek akan JV 50:50 untuk membangunkan projek "iconic wellness" di JB.

Tanah telah dikenal pasti berkeluasan 202ha di Nusajaya.

Yang tidak dilapurkan oleh paper ialah itu ler tanah di Medini (dulu panggil Node 1) yang Pak Arab "pulang" balik to Khazanah.

Pak Arab tak mahu, letgo kepada Singapura. Betul la projek di JB macam projek LetgoLand.

Apa desperate sangat Khazanah hendak duit sampai kena gadai tanah senang lenang kepada Singapura.

Tolong hebahkan tentang perkara ini sebelum satu JayBee digadaikan kepada Singapura.

Mana gua hendak duduk nanti?

Stop Letgo our Land!

man jaybee

p/s: Nota untuk Mr Lang...

wira perkosa cakap tak leh debat dengan pemuda PAS pasal judi bola..katak takut...muhahahhahahahahaha

Johan berkata...

sila tgk gambar ini..si suami mat mongol telah insaf dan takkan gadai negara lg..ya ampoon! tercurah2 air mata ana bagai kencing kuda bila melihat gambar ini:http://picasaweb.google.com/113270710450576006716/TunjukAlim#5475140203562474994

Tanpa Nama berkata...

Keretapi Tanah Melayu.

Alahai, "tak kan Melayu hilang di dunia" kata Hang Tuah lebih 400 tahun lalu.

Penyakit penafian Hang Tuah tu terus hingga ke hari ini, mak oi!

Tanpa Nama berkata...

kuang...kuang...kung...satu langkah menjual negara telah berjaya.

sardindalamtin berkata...

siapa nak beli tanah di Bulan?

AFIQ AZIZI berkata...

Young Angry Man!