Sabtu, 11 Ogos 2012

KENAPA BAYAR UNTUK BELAJAR - TUMBANGKAN GEROMBOLAN BELAJAR JADI PERCUMA!












STATUS KADAR YURAN YANG TINGGI MEMBEBANKAN PELAJAR KUIS

Isu terbaru membabitkan kadar yuran pelajar KUIS yang tinggi sedang hangat diperkatakan kini menarik perhatian Kelab Mahasiswa Keadilan Malaysia untuk turut sama memperjuangkan nasib mereka tatkala isu ini sudah menjadi isu nasional yang melibatkan kepimpinan negeri zaman sebelum Pakatan Rakyat memerintah Selangor.

Memetik kenyataan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sdr Rafizi Ramli yang menyatakan bahawa “isu Yuran pengajian di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) tinggi adalah disebabkan penyelewengan dilakukan oleh kerajaan Umno-BN dahulu dibawah pimpinan Dr Mohamed Khir Toyo”.

- Khir Toyo memberi kontrak kepada syarikat Redha Resources Sdn Bhd (RRSB) untuk membina asrama dan pusat pelajar bagi keperluan 6,000 pelajar KUIS dengan nilai RM125.8 juta.
- RRSB hanya menjadi orang tengah dengan memberi kontrak ini kepada Bina Puri Holdings Bhd dengan nilai RM96.1 juta sahaja.

- RRSB ini dikuasai oleh Adun Permatang, Sulaiman Abdul Razak yang memiliki 51% pegangan saham manakala isterinya memiliki 6% dan selebihnya dimiliki oleh Bina Puri Holdings Bhd.
- Khir Toyo juga menetapkan RRSB diberi konsesi untuk membina dan menyewakan kembali kemudahan itu selama 33 tahun kepada KUIS dengan kadar sewa RM15.4 juta setahun.

Pendirian KMKM :

Kami menyelar tindakan beberapa pihak terutama dari media UMNO/BN yang secara angkuhnya menjadikan isu pelajar di KUIS ini sebagai wadah politik mereka dan bukan melihat dari segi liabiliti tentang keutamaan soal kebajikan pelajar.

Tindakan Menteri Pengajian Tinggi yang tidak mahu ambil cakna dalam soal ini amat dikesali oleh mahasiswa dan menganggap ini sebagai budaya keteresan dalam soal membangunkan dasar pendidikan negara yang merupakan tunjang utama pembentukan sesebuah negara demokrasi.

Soal pendidikan merupakan soal rakyat, isu di KUIS boleh menjadi satu dogma kepada rakyat yang akan hilang keyakinan kepada kepimpinan negara yang ada sekarang.

KMKM mendesak agar kerajaan pusat terutama melalui Menteri Pengajian Tinggi agar segera menyelesaikan isu ini terutama yang membabitkan bekas pemimpin mereka sendiri iaitu Dr Khir Toyo, Sulaiman Abdul Razak agar menarik balik sewa yang tinggi keatas kediaman pelajar dan pusat pelajar di KUIS agar pelajar mampu untuk kekal meneruskan pengajian mereka.

Difahamkan hampir separuh pelajar KUIS tinggal di dalam kolej kediaman dan selebihnya memilih untuk tinggal di luar dan menyewa di apartment luar yang ternyata punya harga yang mahal. Soal keselamatan juga perlu di titikberatkan kerana pelajar akan terdedah dengan bahaya seperti ancaman kecurian, makanan yang mahal dan tidak dijamin kebersihan serta masalah moraliti terutama apabila tinggal di luar kampus.

KMKM juga memohon agar pihak pentadbiran KUIS agar lebih respon terhadap masalah pelajar dan membawa masalah tersebut keatas dan dibincangkan secara bersama dengan Kerajaan Negeri.

Akhir sekali, KMKM ingin sekali lagi agar kerajaan pusat dan Menteri KPTM agar kurangkan aktiviti politik dan memberi penekanan terhadap aspek kebajikan pelajar.

KMKM juga mahukan jika ada pelajar dari KUIS dan dari mana-mana IPT untuk tampil menyatakan masalah mereka dengan menghubungi KMKM. KMKM dalam perancangan melancarkan Facebook dan Website untuk meminta respon dari pelajar IPT seluruh negara.

Terima Kasih.

Ahmad Bakhtiar
Jawatan : Wakil dari Kelab Mahasiswa Keadilan Malaysia (KMKM)
Isu : Status kadar yuran yang tinggi membebankan pelajar KUIS



KITA KUNINGKAN DATARAN MERDEKA!


NOTA:
mari bersama turun
ke jalan raya untuk
jatihkan gerombolan
bila gerombolan jatuh
baru masalah ini selesai

buat kenyataan akhbar
hantar memo bunang masa
tak berbaloi



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mane nk ada biasiswa..asik kena songlp je diut negara,cibai btl...