Sabtu, 11 Ogos 2012
TERUSKAN LAGI - TIUPKAN LAGI BARA - HANGATKAN LAGI SUASANA - KITA TURUN!
BERSAMA KE DATARAN MERDEKA
NOTA:
janji bersih
adalah oaang ramai datang
berhimpun di dataran merdeka
pada malam 30 ogos jam 10:00malam
janji bersih
adalah gerakan kerja untuk meneruskan
garis perubahan dalam pilihanraya
janji bersih adalah gelombang rakyat
yang bangun menentang kezaliman
janji besih ialah suara anak muda
yang bagun mendobrak penindasan
janji bersih ketika ini disokong
oleh 26 buah ngo
dan angka terus
meningkat
SPR AKAN MENIPU PRU13
NOTA:
lihat apa yang sednag belaku disabah
satelah 20 tahun rakyat sanah telah bangun
menentang pendatang haram yg diberi
kad pengenalan segera
ketiak ini beribu ribu
pendatang haram sednag diberi
kad pengenalan segera untuk memastikan
gerombolan menang
janji bersih
adalah gerakan menentang penipuan ini
PAK SAMAD: POLIS SALAH FAHAM ,JANJI BERSIH DITERUSKAN - mkini
Program "Janji Bersih" pada 31 Ogos di Dataran Merdeka berhasrat menuntut janji reformasi pilihan raya dan bukannya berniat mempolitikkan sambutan kemerdekaan.
Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) A Samad Said berkata, polis juga salah faham apabila menyangka program itu dianjurkan BERSIH sedangkan ia sebenarnya turut didukung 26 NGO lain.
"Perjuangan itu adalah untuk menuntut janji BERSIH, tidak khusus oleh BERSIH. BERSIH antaranya (yang terlibat).
"BERSIH sendiri pun bukan badan politik. Apa lagi dengan gabungan badan-badan lain yang tidak mewakili siasah (politik)," kata A Samad Said yang lebih dikenali sebagai Pak Samad.
Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan ketua polis negara agar sambutan Hari Merdeka tidak dipolitikkan dengan program 'Janji Bersih' pada masa dan tempat sama sambutan itu berlangsung.
Katanya lagi, pada masa akan datang polis juga tidak wajar melarang hadirin program itu daripada mengenakan baju berwarna kuning.
"Sepatutnya tiada halangan apa-apa baju pun orang nak pakai apatah lagi kuning bukan warna haram.
"Untuk IGP (ketua polis negara) berfikir bahawasanya ini adalah perlawanan antara BERSIH (dan polis) tidak benar.
"Jadi kehadiran itu secara simbolik. Makanya, soal warna baju itu boleh pakai warna apa-apa sahaja," katanya lembut tetapi tegas.
Janji Bersih, kata Pak Samad lagi akan tetap diteruskan di Dataran Merdeka yang merupakan hak rakyat umum.
"Ya (kita akan teruskan) dan kita memberitahu bahawasanya apa-apa baju pun mereka pakai kita (tetap) anjurkan.
"Dataran Merdeka itu simbolik perjuangan melepaskan diri daripada penjajahan. Ia tempat yang simbolik, apa salahnya?" katanya.
Beliau turut menyeru orang ramai yang mahu melihat Janji Bersih ditunaikan turun sama pada ke Dataran Merdeka pada hari itu.
"Saya harapkan agar ramai menyatakan kesungguhan dan keazaman kita untuk melihat Janji Bersih itu ditunaikan," katanya.
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
Presiden Persatuan Mak Nyah Lorong Haji Taib 16, Mek Soyah Samaah, telah memberi amaran keras kepada mana-mana NGO yang bercadang untuk mencemar sambutan Hari Merdeka dengan memakai baju berwarna kuning. Menurut Mek Soyah, warna kuning adalah hak mutlak "Bayangan Tuhan" dan kerabat. Justeru, memakai warna kuning akan mencela darjat dan daulat "Bayangan Tuhan" .
Ahli-ahli Persatuan Mak Nyah Lorong Haji Taib 16 akan berdepan dengan individu-individu yang memakai baju berwarna kuning dan menyelak kain.
Turun jangan tak turun. tak kira kamu siapa asalkan rakyat malaysia, turun dataran merdeka jam 10 malam pada 30 ogos dengan berpakaian baju kuning.
Bayangan tuhan ke, bayangan malaikat ke, bayangan raksase ultraman ke. Mari kite semua melayu cina india turun ramai2 kite berpesta ramai mlm merdeka. Kita ajak sume mak nyah pelacur join skali.hahaha..kita joget ramai2 pakai baju kuning.haha
tepat sekali jangkaan kau. lepas cuba kacau bekalan air utk buat rakyat salahkan PR Selangor, sekarang nak kacau letrik pulak : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/8/9/mstar_berita/20120809114624&sec=mstar_berita
ingat air dan garam boleh mengugat negara, so pastikan tak ada yang bawa benda haramjadah tu.. kah kah kah..
Suruhanjaya Penipu Malaysia
(SPM)
Catat Ulasan