Isnin, 8 April 2013

PERTAMA MEMECAH BERITA


KENYATAAN AKHBAR
APRIL 8, 2013

MANIFESTO BARISAN NASIONAL TIADA ROH REFORMASI

Mewakili PARTI KEADILAN, saya mengalu-alukan pelancaran Manifesto Barisan Nasional yang dibuat semalam sebelum berlangsungnya penamaan calon. Sebagaimana umum sedia maklum, Pakatan Rakyat telah X mendahului Barisan Nasional dengan melancarkan Manifesto bagi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) pada 25 Februari 2013 yang lalu, sekaligus merintis jalan ke arah landskap persaingan politik yang sihat. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada  Najib  Razak dan Barisan Nasional yang nampaknya banyak bersetuju dengan langkah dan cadangan Pakatan Rakyat mutakhir ini, sehinggakan tema Manifesto Barisan Nasional (“Membawa Harapan”) pun menyadur tema Pakatan Harapan Rakyat yang digunakan oleh Pakatan Rakyat.

Pun begitu, saya yakin bahawa persaingan politik khususnya semasa kempen pilihanraya perlulah berkisar kepada persoalan dasar dan program untuk rakyat, selain kredibiliti dan rekod calon yang ditampilkan. Seperti mana yang ditekankan oleh Pakatan Rakyat selama ini, persaingan idea dan dasar harus diangkat ke tahap yang lebih tinggi melalui perdebatan terbuka yang boleh disaksikan umum di media arus perdana untuk diadili sepenuhnya oleh segenap lapisan masyarakat.

Justeru, keengganan  Najib Razak untuk berdebat secara terbuka mengenai dasar mencacatkan imej beliau sebagai pemimpin berwibawa dan merencatkan budaya persaingan politik sihat yang dituntut oleh rakyat. Lebih-lebih lagi apabila Barisan Nasional tidak mempedulikan langsung etika Kerajaan Sementara (“caretaker government”) dengan menyalahgunakan ruang masa penyiaran di platform media awam untuk membentangkan manifestonya sedangkan Pakatan Rakyat telah dinafikan hak yang sama. Ini jelas merupakan suatu amalan pilihanraya berat sebelah dan penyalahgunaan harta benda awam oleh sebuah Kerajaan Sementara.

Walau bagaimana pun, saya nekad untuk memastikan PRU13 ini menjadi medan persaingan idea dan dasar dalam kerangka membentuk persaingan politik sihat. Saya telah meneliti Manifesto Barisan Nasional dan akan membentangkan pandangan KEADILAN dari semasa ke semasa. Saya juga telah mengarahkan pasukan dasar KEADILAN untuk mengkajinya secara menyeluruh dengan tujuan memberi maklumbalas segera pada hari Isnin, 8 April 2013.

Secara umumnya, saya tidak yakin Manifesto Barisan Nasional secara menyeluruh dapat membebaskan negara dan rakyat dari kesempitan ekonomi, politik dan sosial sedia ada yang begitu mencengkam dan menghimpit. Yang paling ketara adalah Manifesto Barisan Nasional tidak mempunyai roh reformasi yang amat diperlukan untuk merubah sistem yang bobrok dan penuh kepincangan, seperti yang diharapkan oleh rakyat. Sangat jelas bahawa reformasi menyeluruh dan holistik dari segi sosio-ekonomi, struktur, institusi, politik, urus tadbir dan perundangan tiada tempat dalam kerangka polisi Barisan Nasional. Ingin saya tegaskan bahawa tanpa sebarang agenda reformasi yang komprehensif, usaha meningkatkan keberdayasaingan jangka panjang Malaysia di peringkat antarabangsa supaya setanding dengan negara-negara maju lain akan terus dikekang.

Pada masa yang sama, Manifesto Barisan Nasional ketandusan idea baharu dan kontang perinciannya yang mana banyak program telah dipakej semula, berbanding gagasan segar yang dibawa oleh Manifesto Pakatan Rakyat. Lebih 90% dari program-program yang disenaraikan sudah pun diketahui rakyat dan berbentuk terlalu umum tanpa sebarang perincian khusus.

Ketandusan idea baharu bermakna Najib  Razak akhirnya terpaksa menelan hempedu dan menciplak beberapa dasar utama Pakatan Rakyat untuk disuntik ke dalam Manifesto Barisan Nasional terutamanya cadangan penurunan harga kereta melalui penghapusan cukai eksais secara berperingkat dengan merombak Dasar Automotif Nasional, pemberian permit teksi individu secara langsung kepada pemandu teksi dan penyeragaman harga barangan keperluan di seluruh negara yang menjadi salah satu isu utama di Sabah dan Sarawak. Berpegang teguh kepada prinsip percukaian adil seperti yang disarankan oleh Pakatan Rakyat, maka saya yakin harapan rakyat mahukan penghapusan langsung duti eksais kereta, bukannya dipotong pada kadar 30% sahaja seperti yang dijanjikan di dalam Manifesto Barisan Nasional.

Manifesto Barisan Nasional masih mencerminkan mentaliti lapuk dan kepercayaan usang Barisan Nasional bahawa hati dan pemikiran rakyat boleh dibeli. Tunjang kempen Barisan Nasional jika diteliti inisiatif sedia ada dan pakej tawaran manifestonya jelas berpaksi kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mahu ditingkatkan bayaran tahunnya kepada RM1,200 bagi keluarga dan RM600 bagi individu bujang. Cadangan ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM7.2 bilion setiap tahun yang saya yakin akan terus meningkat saban tahun sejajar dengan pertumbuhan semulajadi populasi dan kegagalan berterusan Barisan Nasional meningkatkan pendapatan bulanan isirumah. melebihi paras kelayakan sebanyak RM3,000 bagi keluarga dan RM2,000 bagi individu bujang. 

"Direct transfer payments" seperti BR1M, Baucar Buku 1Malaysia dan Bantuan Persekolahan yang terkandung dalam manifesto Barisan Nasional jelas merupakan langkah dasar ekonomi jangka pendek untuk meraih undi tanpa cadangan ampuh untuk menyelesaikan permasalahan sosio-ekonomi asas rakyat untuk jangka masa panjang seperti monopoli yang menyebabkan herotan pasaran dan kenaikan harga; ketirisan, pembaziran dan amalan korup dalam pentadbiran kewangan kerajaan yang mengurangkan peruntukan bagi kebajikan rakyat serta dasar-dasar kerajaan lain yang berat sebelah, menekan rakyat dan bersifat diskriminasi. Yang lebih mendukacitakan ialah apabila pemberian tunai berkos tinggi ini akan terserlah sebagai suatu polisi ekonomi yang gagal tanpa membebaskan rakyat dari belenggu kesempitan hidup secara efektif pada jangka masa panjang sedangkan beban kepada perbendaharaan negara akan terus meningkat saban tahun. Saya khuatir sekiranya budaya kebergantungan berlebihan ini dibiarkan berterusan selama beberapa dekad, maka segala usaha untuk meningkatkan produktiviti, nilai tambah dan keberdayasaingan negara akan menjadi sia-sia.

Tawaran langkah-langkah untuk memerangi dan seterusnya menghapuskan gejala rasuah di dalam Manifesto Barisan Nasional jelas merupakan suatu lelucon atau lawak jenaka sebagai bahan hiburan rakyat. Berbekalkan kesungguhan politik yang jitu tanpa kepentingan peribadi, hanya pentadbiran Pakatan Rakyat bagi kerajaan pusat yang baharu sahaja yang mampu membanteras secara signifikan wabak rasuah melalui Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN) seperti yang diperincikan dalam manifesto PRU13nya.

Saya akan terus menghuraikan kritikan membina mengenai perkara ini dan menyerahkan kepada rakyat untuk mengadili keupayaan Manifesto Pakatan Rakyat dalam melaksanakan agenda perubahan seperti yang diimpikan rakyat berbanding Manifesto Barisan Nasional. Proses perbandingan idea dan dasar ini akan menjadi platform utama kempen KEADILAN di dalam PRU13 dengan melibatkan keseluruhan pimpinan, jentera pilihanraya dan semua calon.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum



------------

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AI macam gentleman ingin menarik Najib bersemuka dari segi idea dan dasar tapi Najib mempunyai sikap manggkuk dan Najib seterusnya akan memperlekehkan lagi inisiatif AI.
Najib muka tak malu untuk mengaku dia kaki ciplak idea PR dan lagi mengaibkan dia berlagak macam ayam togel memperli kepimpinan AI. Rakyat tahu UMNO/BN akan sapu sakan lagi jika dia menang dan akan gelak menghilai kerana rakyat bodoh telah diberi BRIM iaitu RM1.40 sehari bagi tahun 2012 dan 2013 sedangkan pemimpin UMNO/BN boleh sebat berbilion-bilion lagi.

Watikah Sinar berkata...

Woit TT, mana hang punya agenda menggalakkan penggunaan pengangkutan awam?? Tak masuk manifesto PR ker?? Harga kereta turun?? Woit ini kontradik dengan agenda penggunaan pengangkutan awam. Jalan raya di Malaysia semakin sesak, nak turun harga kereta lagi ker?? Minyak dunia dah semakin berkurangan?? Elok galakkan rakyat gunakan pengangkutan awam, majukan pengangkutan awam negara setaraf seperti dinegara2 Barat, setidak-tidaknya seperti Singapore.... woit TT, gua lebeh berminat dengan agenda menggalakkan pengangkutan awam yg hang selalu tulis dulu....

Tanpa Nama berkata...

1.tak payah hurai mengenai manifesto la anuar bhaii!!bersihkan diri dulu!!ko tu beragama islam!!selalu bercakap tentang islam!!selalu guna islam!!last sekali cara hidup mengalahkan kalpal singh!!
2.kalau dah dr sidek baba dan dr yusri ABIM pun tak percaya pada integriti ko!!tak payah cakap banyakla bhaii!!
3.malah sikalpal pun dok gelak je dekat ko!!itu moral banyak busuk ooo!!

Tanpa Nama berkata...

Gua sokong Marrojak. TT kita lantik<atrojak jadi calon PR. Menang kita lantik jadi Menteri Pengangkutan. Apa macam ? bolih ke ?

Tanpa Nama berkata...

aku kesian pada penyokong era reformasi yang diabaikan oleh pkr kerana taksub dengan calon baru. 1 contoh aku ambil di satu kerusi parlimen ni. pengumuman calon tidak di beritahu pada ketua dan ajk cabang. calon pilihan pula geng calon yang dah melompat parti. time cabang buat ceramah buat mesyuarat tak pernah datang walaupun dia ketua amk tapi bila anwar datang sabut di tol konon dia buat kerja. suruh petugas petugas yang diminta cabang iring anwar dari tol ikut kereta tetapi rupanya kereta orang lain. lepas 2 mengaku dia yang wat sambutan kerja. anwar pula percaya pada pengerusi yang turut melobi kerusi. umum konon calon orang lama dari reformasi sedangkan lepas pilihnaraya 2008 baru join, sama la dengan pengerusi negeri. senang cakap ini lah dia baju batik yang cari kerusi dan berjaya. kelompok ini berjaya di negeri ini. dan rata rata ahli negeri ini dah mula boikot.

Tanpa Nama berkata...

PENCACAI RASISMA BONTOT PANAS..DAH LA PANAS TUNJUKAN DIRI TU BANGGANG!! OUH..LUPA! DIA BUKAN RASISMA TP DIA BANGGANG!

Tanpa Nama berkata...

pengikut papagomo tak payah menyemak kat sini. pi tolong kempen utk papagomo d permatang pauh. pi tonton video lucah dgn papagomo n da geng. kami undi PR bukn sebb ANWAR tp sebb pmrinthn BN yg sudah rosak teruk sehinggakn budaya politik lucah dn fitnah jd pegangan. puiiii BN

Sudin berkata...

Tanpa Nama...8 April 2013 7:03 PTG

Sejak bila pulak mike pandai cakap pasai integriti dan moral....?

"Menganggap diri bersih adalah permulaan buat jahat"

Ceh...!!!

Tanpa Nama berkata...

Salam. saya tak kisah siapa atau parti mana yang memerintah (Asal jgn dap) sebab cuma rakyat marhaen, Tapi pemimpin yg rendah moralnya tidak patut diberi ruang Dan peluang. Kalau sepuluh dua puluh orang mungkin dibayar umno/bn Tapi sahabat2 telah meminggirkan dsai lebih dpd jumlah itu. Takkan sebegitu jahat sahabat2 islamnya jika Wang menjadi taruhan Dan sogokan. semuanya bukan muda dan semuanya begitu arid tentang dosa pahala syurga neraka.
Fikirkan secara logik akal kemudian buatlah keputusan dgn bijaksana setelah ditimbangtara

Tanpa Nama berkata...

bhai 7:03... lu sikalang semakin lawak la.. idea kepala pundek lu musti kaki umno totok suka baca...lebih baik buat blog sendiri dari komen kat sini...

Unknown berkata...

Pasal apa Najis Tun Razak ni beria-ria sesangat nak kasi cash handout dalam bentuk BR1M? Jawapannya senang: (1)Sebab kos hidup tinggi tanpa kawalan oleh kerajaan memerintah selama 60 tahun. (2)Satu lagi sebab orang ramai menganggur. Statistik pengangguran pun nak ditipu: kalau tolak % graduan yang buat "temporary internship" kat agensi-agensi awam, jumlah sebenar pengangguran di Malaysia pasti mencecah % lebih tinggi. (3)sebab BN nak menggunakan "counter" kepada bidalan ter"famous" yakni: Kalau beri seseorang ikan, dia akan kenyang sehari. Ajarkan dia memancing, dia akan kenyang sepanjang hayat. ini yang BN takuti...

Tanpa Nama berkata...

anon 10:33ptg,


isham publish komen lu sbab isham mengamalkan demokrasi tulen walaupun org kata dia sosialis. tp bg gua, sia2 lu masuk blog TT kalau lu tak dapat digest enlightment apa yang isham cuba hasut selama ni. lu punya idea patut lu tulis kat blog Ubn je sbb kat sini idea lu ketinggalan zaman malahan ditertawakan.

banyakkan membaca lagi la, moga2 satu hari nanti lu juga akan sedar.

p/s. lu punya mentaliti rasis, lu simpan sorang2 or lu boleh bwak masuk lubang kubur.

DIDI KOTA BELUD berkata...

Aku dah lama tidur......masa bangun sudah tiba.......akan ku kerah seluruh kederat ini untuk memenangkan pakatan sekali lagi ....selagi landasan pakatan tak lari.....kederat ini hanya 1 un jer.....kalau lari dari landasan .......ahhhhh....dengan kederat 1 un ini juga akan kukerahkan untuk menentang.....lawan tetap lawan......inilah yang aku pelajari dari DSAI sendiri.....lawan tetap lawan......bujur lalu melintang patah....sampai pok ieng pun tiru ungkapan BUJUR ni.....tapi dio sebut lain...dailect kelantan dio mix...dio kata.....NAJIB LALU MELINTANG PATAH......HAAHHAHAHAHAA.....habislah....semua nak beli insuran......hahhaahha.....

abuamir berkata...

Kpd pencacai umno lebih baik mencacai kat blog pro-umno tak payah nak spin apa2 kat sini. Nak termuntah dgn komen kau org otak tahap lembu.

Pastikan umno/bn tumbang, kita merdeka kali kedua.

Kerajaan Rakyat dari Rakyat utk Rakyat. Pakatan Harapan Rakyat.

Tanpa Nama berkata...

BN prnah kata manifesto PR akan membankrapkan negara right? Tapi skrg mereka keluarkan manifesto2 yg byk kesamaan dgn PR, even ada yg better. Tapi apakah logik dibuat manifesto yg di dlm kefahaman mereka ianya boleh membankrapkan negara? Tdkkah ia menunjukkan bhw secara kasarnya mereka bersikap "ah! bankrap pun bankraplah asalkan menang". Disini PR is different sbb mereka buat manifesto tu dgn kefahaman ianya tdk akan membankrapkan/memudaratkan.
Manifesto BN pun actually baik juga...No denying at all. Tapi ianya ibarat apabila org dah tender dari sesuatu syarikat utk bekerja di syarikat lainlah ni...org dah nak pindah baru nak bagi better offer. Tapi biasanya org akan move jugak kepada majikan baru sebab majikan sedia ada ambil kesempatan diatas loyalty kita dan tak appreciate, even earlier they actually know that we deserve to get better. Dgn kata lain rakyat sebenarnya dah lama berhak mendapat manifesto2 tu Simple analogy.