Rabu, 3 Jun 2026

ONN HAFIZ PM BARU DARI UMNO


PRN JOHOR

PROJEK DIRAJA

UNTUK JADIKAN

ONN HAFIZ PM BARU

KAH KAH KAH

KHALAS 

TEATER AZAM BIN BAKI


INI TEATER

NAK SEDAPKAN

HATI DAP

KAH KAH KAH

NAK PANCING

HATI PENGUNDI

KAH KAH KAH

NAK TUNJUK PADA

NURUL BIN IZZAH

AZAM BIN BAKI

PUN DISIASAT

KHALAS


Polis rekod keterangan Azam berkait artikel Bloomberg, 'ugut' Albert Tei

Pihak polis telah mengambil keterangan bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, berkaitan dua kes.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, M Kumar, berkata kes pertama membabitkan artikel Bloomberg yang mengandungi kenyataan didakwa berunsur fitnah berkaitan pegangan saham Azam dalam Velocity Capital Partner Berhad.

Kes kedua pula berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan ugutan jenayah terhadap ahli perniagaan, Albert Tei.

"Kedua-dua kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat peguam negara selaras dengan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh terdekat untuk nasihat dan arahan selanjutnya," kata Kumar.

Bloomberg pada Feb lalu menerbitkan artikel yang melaporkan Azam memiliki 17.7 juta saham dalam syarikat perkhidmatan kewangan Velocity Capital Partner Berhad, yang dianggarkan bernilai hampir RM800,000 ketika artikel itu diterbitkan.

Malaysiakini turut mengesahkan pegangan saham tersebut melalui semakan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada hari yang sama.

Pertikaian Azam terhadap artikel Bloomberg itu tertumpu kepada kenyataan yang menyebut dia tidak pernah mengisytiharkan hartanya secara terbuka.

Dia mengakui memiliki saham berkenaan, namun menafikan sebarang salah laku dan menjelaskan pegangan tersebut telah diisytiharkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam. Azam juga berkata saham itu telah dijual pada tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, jumlah saham Velocity Capital yang dimiliki Azam didakwa melebihi had yang ditetapkan kepada penjawat awam, iaitu tidak dibenarkan membeli saham bernilai lebih RM100,000 dalam mana-mana syarikat.

Berikutan respons negatif daripada orang ramai, sebuah jawatankuasa tiga anggota yang dipengerusikan Dusuki Mokhtar telah menyiasat isu pegangan saham itu dan menyerahkan laporannya kepada Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar pada Mac lalu.

Jawatankuasa tatatertib Jabatan Perkhidmatan Awam sepatutnya bersidang untuk meneliti dan membincangkan perkara tersebut, namun sehingga kini tiada perkembangan baru diumumkan.


UPAH MURAH


WOIT

DI MALAYSIA

TAK ADA BURUH

PAKSA

AMIN

BANGLA MYANMAR

INDON ROHINGYA

DATANG SENDIRI

CARI KERJA

AMIN

TAPI KERJA

 DENGAN

UPAH MURAH

AMIN

BILA UPAH MURAH

BARANG EKPORT

JADI MURAH

MACAM PRODUK

DARI CHINA

KHALAS 




Buruh paksa: AS mahu kenakan duti atas Malaysia

Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) mendapati bahawa Malaysia adalah antara 54 negara yang gagal mengenakan dan menguatkuasakan larangan secara berkesan terhadap import barangan yang dikeluarkan dengan buruh paksa.

Menyifatkan kegagalan rakan dagang paling penting Amerika Syarikat (AS) untuk menangani import barangan yang diperbuat dengan buruh paksa sebagai "tidak boleh diterima," wakil perdagangan AS Jamieson Greer memberi amaran bahawa Washington tidak akan lagi bertolak ansur dengan "ketidakseimbangan" sedemikian.

Ini, kata Greer, adalah kerana keadaan sedemikian mewujudkan dinamik yang pekerja AS terpaksa bersaing secara global dalam persaingan yang tidak adil.

"Beberapa rakan dagang mengambil langkah awal untuk mencegah import barangan buruh paksa, termasuk melalui Perjanjian AS–Mexico–Kanada (USMCA) dan komitmen dalam Perjanjian Perdagangan Timbal Balik.

"Bagaimanapun, setiap rakan dagang kami mesti melakukan lebih banyak usaha untuk memastikan perdagangan tidak menggalakkan dan mengukuhkan buruh paksa secara songsang di peringkat global," katanya dalam kenyataan akhbar bertarikh 2 Jun yang dikeluarkan oleh USTR.

Kenyataan itu menambah bahawa USTR mencadangkan tindakan responsif untuk ulasan awam, yang perlu diserahkan menjelang 6 Julai. Pejabat itu kemudian akan mengadakan pendengaran mengenai tindakan yang dicadangkan pada keesokan harinya.

Secara khusus, ia mencadangkan duti 10 peratus berkaitan siasatan buruh paksa ke atas import dari Kanada, Ecuador, Kesatuan Eropah, Indonesia, Mexico, Pakistan, Argentina, Bangladesh, Kemboja, El Salvador, Guatemala, Indonesia, Malaysia, Taiwan, dan Britain.

Bagi baki 45 negara yang disiasat, USTR mencadangkan 12.5 peratus sebagai kadar duti tambahan.

Ia juga mengemukakan mekanisme tekstil yang membolehkan jumlah tertentu import pakaian dan tekstil dari ekonomi tertentu memasuki AS pada kadar tarif Seksyen 301 yang dikurangkan.

Menurut salinan laporan itu, USTR memulakan 60 siasatan pada 12 Mac untuk menentukan sama ada tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 301 Akta Perdagangan terhadap tindakan, dasar, dan amalan pelbagai ekonomi berdasarkan import barangan daripada buruh paksa.

Siasatan tersebut merangkumi pemeriksaan ke atas 60 ekonomi yang mana 99.40 peratus daripada import AS dihantar dari sana.

Sebagai sebahagian daripada dapatannya, laporan itu memetik perjanjian perdagangan timbal balik antara Malaysia dan AS sebagai perjanjian yang merangkumi komitmen untuk melarang import barangan buruh paksa.

Komitmen sedemikian, katanya, mencerminkan kesedaran yang semakin meningkat tentang keperluan untuk menangani perdagangan barangan buruh paksa, penerimaan yang semakin meningkat terhadap larangan import buruh paksa sebagai norma universal, dan pengiktirakan yang lebih besar bahawa perdagangan adalah cara kritikal untuk mencapai matlamat tersebut.

"Komuniti antarabangsa bersetuju bahawa buruh paksa, dan seterusnya barangan yang dihasilkan menggunakan buruh paksa, tidak sepatutnya wujud atau mengubah syarat persaingan dalam perdagangan antarabangsa.

"Bagaimanapun, sebaliknya persetujuan lama dan universal, buruh paksa terus berterusan di peringkat global, malah meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dibantu oleh perdagangan antarabangsa," menurut dokumen laporan itu.

Kegagalan 'tidak munasabah'

Menegaskan bahawa Malaysia gagal menerima pakai langkah-langkah untuk "melarang di sisi undang-undang" import barangan yang dihasilkan dengan buruh paksa, laporan itu merumuskan bahawa kegagalan sedemikian, seperti yang didakwa ditunjukkan oleh 53 negara lain, adalah "tidak munasabah".

Ia menekankan bahawa sumber eksport utama produk hiliran yang dikenal pasti berisiko menggunakan input yang termasuk dalam Senarai Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Orang (TVPRA) kerana dihasilkan dengan buruh paksa merangkumi beberapa negara yang disiasat.

USTR dapat mengenal pasti industri hiliran utama dengan mengekrapolasi daripada beberapa sumber, termasuk Senarai TVPRA dan alat ImportWatch Jabatan Tenaga Kerja, penerangan industri mengenai input dan output proses pengeluaran, serta data perdagangan.

Malaysia disenaraikan sebagai antara pengeksport utama bagi sekurang-kurangnya satu barangan yang buruh paksa didapati sebagai input.

Secara khusus mengenai tembakau dari Malawi, produk dalam Senarai TVPRA, USTR memetik data eksport daripada Biro Banci AS dan negara pengimport untuk menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 90 peratus daripada eksport tembakau global Malawi dan AS pada tahun 2025 adalah ke 23 negara yang disiasat, termasuk Malaysia.

Mengeksploitasi pekerja

USTR seterusnya merujuk laporan Oktober 2024 oleh kumpulan hak buruh dan alam sekitar Transparentem mengenai penunjuk buruh paksa dan amalan pengambilan pekerja yang mengeksploitasi dalam industri pakaian Malaysia.

Memperincikan testimoni pendengaran dan ulasan yang menyokong dapatannya tentang negara-negara yang membebankan atau menyekat perdagangan AS, laporan itu menyatakan bahawa saksi memberi keterangan bahawa barangan buruh paksa memintas Seksyen 307 Akta Tarif melalui ekonomi pihak ketiga, sekali gus menjejaskan persaingan di pasaran AS.

Secara khusus, ia merujuk kepada testimoni daripada naib presiden kanan hal ehwal korporat dan kelestarian pembekal global Vantage Specialty Chemicals, Michael Waldron, yang dikatakan menyatakan bahawa Indonesia dan Malaysia menggunakan buruh paksa untuk menghasilkan input yang kemudiannya disepadukan ke dalam produk farmaseutikal, penjagaan diri, kecantikan, dan pemakanan di AS.

"Hasil siasatan ini menunjukkan bahawa tindakan, dasar dan amalan Malaysia berkaitan dengan kegagalan mengenakan dan menguatkuasakan larangan import buruh paksa secara berkesan adalah tidak munasabah dan membebankan atau menyekat perdagangan AS," petik laporan itu.

Laporan itu menyebut bahawa USTR mengambil bahagian dalam rundingan sulit kerajaan-ke-kerajaan dengan sejumlah 46 negara, termasuk Malaysia, manakala kerajaan negara-negara baki tidak menerima permintaan USTR untuk penglibatan atau tidak dapat mengambil bahagian.

Selain Malaysia, dapatan laporan itu juga membabitkan negara Asia Tenggara yang lain, iaitu Kemboja, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam.

Di luar Asia Tenggara, USTR juga mengenakan dapatan yang sama kepada negara-negara di seluruh Asia-Pasifik (termasuk China, India, Jepun, Korea Selatan dan Australia), Timur Tengah dan Afrika Utara, Eropah, Afrika Sub-Sahara, serta Amerika Latin dan Caribbean.

Indonesia adalah antara enam ekonomi yang didapati gagal menguatkuasakan larangan import buruh paksa secara berkesan, bersama Kanada, Ecuador, Kesatuan Eropah, Mexico, dan Pakistan.

BERITA GUMBIRA


TAHNIAH POLIS

AMIN

INI BERITA

 GUMBIRA

UNTUK KELUARGA

DAN KAMI SEMUA

AMIN




Operasi mencari dan menyelamat Jaslinda di Gunung Batu Putih diteruskan - Polis

TAPAH: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih di sini, sejak 24 Mei lalu, akan tetap diteruskan, kata Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim.

Dalam sidang media di sini, sebentar tadi, beliau berkata operasi itu bagaimanapun dilaksanakan dalam skala kecil dengan hanya membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selaras prosedur operasi standard (SOP) SAR orang hilang.

Jaslinda, 49, dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman di Gunung Batu Putih bersama 13 rakan pendaki lain dan dua malim gunung.

Beliau yang cedera di kaki sebelum itu difahamkan berhenti rehat bersama seorang lagi pendaki lelaki yang mengalami masalah pernafasan dan seorang malim gunung di Kem Batu Core.

Bagaimanapun, Jaslinda gagal dikesan selepas wanita itu dipercayai meneruskan perjalanan ke puncak gunung bersendirian.






RUNDINGAN DAMAI DI TERUSKAN ?


TERAM INI

BERUNDING

DENGAN SIAPA?

KAH KAH KAH

SELAGI ISRAEL

SERANG LEBANON

PERANG TIDAK 

TAMAT

KHALAS 



Rundingan damai AS-Iran masih diteruskan - Trump

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menegaskan rundingan damai dengan Iran bagi menamatkan konflik di Asia Barat masih diteruskan, sekali gus menafikan laporan bahawa Tehran memutuskan hubungan susulan serangan Israel ke atas Lubnan.

Trump berkata, tiada siapa yang tahu ke mana hala tuju rundingan berkenaan, memandangkan ia masih berjalan sama ada secara langsung atau tidak langsung sejak beberapa minggu lalu walaupun masih gagal menamatkan perang AS-Israel terhadap Iran yang bermula pada 28 Februari lalu.

"Laporan menyatakan bahawa Iran dan AS sudah menghentikan rundingan beberapa hari lalu adalah palsu dan salah.

"Rundingan antara kedua negara itu berjalan secara berterusan, termasuk empat hari lalu, tiga hari lalu, dua hari lalu, sehari lalu, dan hari ini.

"Ke mana arah tuju rundingan ini, tiada siapa yang tahu, tetapi seperti yang saya katakan kepada Iran, sudah tiba masanya, dengan satu cara atau cara lain, untuk kami adakan perjanjian. Iran telah melakukan perkara ini selama 47 tahun, dan ia tidak boleh dibiarkan berterusan lagi," kata Trump menerusi rangkaian Truth Social miliknya.

Rundingan diplomatik antara Washington dan Tehran melalui fasa turun naik sejak tercetusnya konflik bersenjata berskala besar awal tahun ini yang mengheret Asia Barat ke dalam peperangan serantau.

Susulan daripada perang yang memuncak, kedua-dua pihak akhirnya bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata pada April lalu, bagi memberi ruang kepada pelan damai, yang ditaja oleh beberapa negara orang tengah termasuk Qatar dan Oman dan terbaru, Pakistan.

Berikutan itu, beberapa siri rundingan yang diadakan secara berperingkat di Muscat dan Doha memperlihatkan cubaan kedua-dua negara untuk meredakan ketegangan, biarpun berdepan jalan buntu ekoran syarat ketat yang dikemukakan oleh setiap pihak.

April lalu, Perdana Menteri Pakistan mengadakan lawatan ke Arab Saudi, Qatar dan Turkiye sebagai sebahagian daripada usaha diplomasi berprofil tinggi Islamabad untuk mewujudkan keamanan jangka panjang di Asia Barat.

Shehbaz menegaskan negaranya komited meneruskan peranan sebagai pengantara bagi menamatkan perang di Asia Barat ketika ketegangan semakin memuncak.

Dalam siri rundingan sebelum ini, AS secara konsisten meletakkan syarat utama supaya Iran menghentikan sepenuhnya program uranium mereka dan menyekat pengaruh ketenteraan sekutu Tehran di rantau berkenaan, termasuk Hizbullah dan pejuang Houthi dan menuntut pembukaan semula Selat Hormuz.

Washington turut menuntut Iran memberikan akses penuh tanpa sekatan kepada pemeriksa Pertubuhan Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) ke atas semua tapak nuklear milik negara itu sebagai jaminan keselamatan mutlak.

Sebagai balasan kepada tuntutan berkenaan, Tehran pula meletakkan syarat menuntut AS menarik balik semua sekatan ekonomi dan sekatan perdagangan antarabangsa yang melumpuhkan ekonomi Iran selama beberapa dekad.

Iran turut menegaskan bahawa sebarang perjanjian damai antara mereka mestilah merangkumi jaminan bertulis bahawa AS mahupun Israel tidak akan melancarkan sebarang serangan ketenteraan atau pencerobohan kedaulatan terhadap wilayah mereka pada masa hadapan.

Bagaimanapun, suasana rundingan pasca gencatan senjata itu kembali tegang dan dilaporkan hampir terbatal sepenuhnya susulan tindakan Israel melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran ke atas Lubnan baru-baru ini.

Tindakan Israel itu mencetuskan kemarahan Iran, yang menyifatkan sekutu kuat AS itu sengaja merosakkan rundingan damai dan melanggar semangat gencatan senjata yang sedang diusahakan.

Walaupun laporan media antarabangsa sebelum ini mendakwa Tehran telah bertindak keluar daripada meja rundingan sebagai protes, kenyataan terbaharu Trump memberikan gambaran bahawa talian diplomatik antara kedua-dua kuasa besar itu masih belum terputus.



MINAH MELAYU DAP SEMUA BERGETAH !!!


SEMUA MINAH

MELAYU DAP DILIHAT

CUN KIUT BERGETAH

AMIN

TAPI AMOI DAP

KUREEENG

WAT IS DE BEKOS

KAH KAH KAH

KHALAS 

PENGUNDI MULA MENDAFTAR


PENGUNDI MULA

MENDAFTAR

AMIN 

Mula timbul nama2 pelik 
musim pilihanraya ni..
Juga Tee Fuu Kuat

TERAM TAMBAH ASKAR KE IRAN

TERAM TAMBAH

SOLDADU LAGI

AMIN

BILA NAK

MASUK MENDARAT?

KAH KAH KAH

KHALAS



 

KEMAMPOSAN

 


KEMAMPOSAN 

DARI MAMPOS

AMIN

Tentera Israel mengumumkan kemamposan askar "Ory Sylvester", yang bekerja sebagai doktor tentera lapangan, serta kecederaan enam pegawai dan askar, yang sebahagiannya cedera parah akibat  dron Hizbullah yang mengandungi bahan letupan di selatan Lubnan.

Group 8.0

https://chat.whatsapp.com/LkbiKrfmwwi0b6UzGW8EaJ?mode=gi_t


IRAN SERANG PANGKALAN TENTERA AMERIKA


IRAN SERANG

PANGKALAN 

TENTERA AMERIKA

KHALAS 

"

KANCIL AKAN TIBAI ANWAR BIN IBRAHIM


NASIB KANCIL

CUKUP BAIK

AMIN

PELUANG BESAR

UNTUK BUKTI ADA

SOKONGAN RAMAI

AMIN

PELUANG UNTUK

TIBAI ANWAR

BIN IBRAHIM

KHALAS 


PRN16 Johor: BERSAMA akan turut turun gelanggang bertanding


KUALA LUMPUR: Kurang sebulan Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) dilancarkan, parti pimpinan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli itu sah akan mencuba nasib pada Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN16) Johor.

Berdasarkan kenyatan dikeluarkan Rafizi dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, perbincangan lanjut berhubung jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi pada PRN16 itu bagaimanapun hanya akan dibincangkan hari ini.

Menurut mereka, penyertaan BERSAMA dalam PRN16 Johor membolehkan parti membina jentera dalam tempoh singkat dan menguji kecekapan serta kelemahan jentera, selain sebagai persiapan ke arah pilihan raya akan datang.

"Keputusan itu dimuktamadkan setelah beberapa perbincangan diadakan dengan pimpinan BERSAMA dan ahli terpilih dari seluruh negara.

"PRN Johor membuka ruang untuk memperkenalkan BERSAMA kepada pengundi Johor, walaupun parti itu baharu dilancarkan semula pada 17 Mei lalu.

Isnin lalu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, mengumumkan pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada PRN16.

Pada PRN ke-15 yang berlangsung Mac 2022, Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Pakatan Harapan (PH) pula memenangi 12 kerusi dengan DAP memperoleh 10 kerusi, manakala PKR dan AMANAH masing-masing satu kerusi.

Perikatan Nasional (PN) memenangi tiga kerusi, sementara MUDA memperoleh satu kerusi.

Rafizi dan Nik Nazmi berkata selaras dengan hasrat itu, BERSAMA akan melancarkan siri jelajah dikenali sebagai 'Jelajah Kancil' ke Johor bermula Sabtu ini.

Menurut mereka, program itu akan memberi tumpuan kepada 12 Agenda BERSAMA, dengan setiap negeri menumpukan kepada satu agenda.

"Jelajah Kancil juga akan melawat setiap negeri lain selepas Johor iaitu Melaka pada Ahad ini, diikuti Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis sehingga bulan depan," katanya.



SOLDADU AMERIKA SOLDADU UK MATI KETIKA BERLATIH ?


SOLDADU AMERIKA

SOLDADU UK

DI KLIM MATI 

KETIKA BERLATIH

KAH KAH KAH 

BUKAN KENA BEDIL

OLEH

 SOLDADU IRAN

KHALAS 

TERAM LAWAN TOWKAY


TERAM LAWAN

TOWKAY

KAH KAH KAH

TOWKAY SURUH

SERANG IRAN

TERAM IKUT

KAH KAH KAH

SEKARANG TERAM

SEDANG  DITEKAN

AMIN

BULAN NOVEMBER

JIKA KALAH

MUNGKIN DI PECAT

KHALAS

Hubungan Trump-Netanyahu retak?, Presiden AS gelar PM Israel 'gila'


WASHINGTON: Hubungan antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kini dilaporkan semakin retak dan tegang selepas pemimpin AS itu didakwa menggelar rakan sejawatnya sebagai 'gila'.

Memetik laporan portal berita Axios dan ABC News, Trump melepaskan kemarahan dengan kata-kata kesat menerusi panggilan telefon kepada Netanyahu berikutan ancaman Israel untuk mengebom ibu negara Lubnan, Beirut.

Trump dilaporkan bimbang tindakan agresif Israel itu akan menjejaskan rundingan damai AS dengan Tehran.

Insiden berkenaan mendedahkan kerapuhan hubungan antara kedua-dua sekutu yang kini berdepan risiko politik yang besar akibat perang di Asia Barat selain kedua-duanya dikritik hebat kerana terlalu tunduk antara satu sama lain.

Trump ketika ini amat terdesak untuk mencari jalan keluar daripada konflik peperangan yang menjejaskan ekonomi AS secara teruk, terutamanya menjelang tempoh kurang enam bulan sebelum pilihan raya pertengahan penggal November ini, yang bakal menentukan sama ada Parti Republikan mampu mengekalkan penguasaan di Kongres.

Presiden Republikan berusia 79 tahun yang kini berkhidmat untuk penggal kedua itu turut berdepan tentangan dalaman daripada pakatan gerakan Make America Great Again (MAGA) miliknya, yang mendakwa beliau mengikut telunjuk Israel dalam perang menentang Iran.

Sementara itu, Netanyahu, pemimpin veteran Israel, berdepan risiko kejatuhan kerajaan gabungan sayap kanannya dan dikritik hebat di negaranya sendiri kerana tunduk kepada tekanan Trump dalam isu keselamatan selepas membatalkan pelan serangan ke atas Beirut.

"Kamu (Netanyahu) memang benar-benar gila. Kamu sudah lama meringkuk dalam penjara jika bukan kerana saya. Saya yang menyelamatkan kedudukan kamu. Sekarang semua orang benci kamu. Semua orang benci Israel disebabkan perkara ini," lapor Axios memetik jeritan Trump kepada Netanyahu dalam panggilan telefon pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, media Israel dilaporkan menafikan naratif perbualan berkenaan.

Ketika diminta mengesahkan laporan Axios dan mengulas mengenai status hubungan kedua-dua pemimpin itu, pegawai Rumah Putih sekadar merujuk agensi berita AFP kepada hantaran Trump di platform Truth Social miliknya.

Melalui hantaran berkenaan, Trump mengucapkan terima kasih kepada Netanyahu atas apa yang dikatakannya sebagai persetujuan untuk mengundurkan tentera dari Beirut dan "menghentikan serangan" dengan kumpulan Hizbullah.

Sebelum ini, Iran dilaporkan menangguhkan rundingan damai ekoran serangan bertubi-tubi Israel ke atas Lubnan.

Penganalisis berpendapat, ini bukanlah kali pertama kedua-dua pemimpin itu bertelagah, dan ia pasti bukan yang terakhir.

"Hakikat wujudnya ketegangan peribadi antara Netanyahu dengan mana-mana Presiden AS bukanlah perkara baharu," kata bekas Duta AS ke Israel, Dan Shapiro, yang kini adalah Felo Kanan di Atlantic Council kepada AFP.

"Malah, beliau mempunyai 'rekod bersih' dalam mencapai tahap kekecewaan dan konflik dengan setiap Presiden AS yang pernah bekerjasama dengannya."

Selama tiga dekad, Netanyahu cuba memujuk barisan Presiden AS untuk menyerang Iran berhubung program nuklearnya, dan menerusi Trump, beliau akhirnya menemui sekutu yang mempunyai ideologi yang sama.

Menurut laporan The New York Times baru-baru ini, Netanyahu bertemu dengan Trump beberapa kali sejak kembali berkuasa dan menjadi watak penting dalam mempengaruhi pemimpin AS itu pada Februari lalu, ketika Trump masih berkira-kira sama ada mahu melancarkan perang atau tidak.

Namun, apabila perang semakin berlarutan, konflik berkenaan dan pakatannya dengan Netanyahu kini mula memakan diri dari segi politik.

Terdesak kekal berkuasa

Bekas sekutu kuat Trump, termasuk pengacara televisyen terkenal, Tucker Carlson dan bekas Ahli Kongres, Marjorie Taylor Greene, kini menuduh Trump membiarkan Israel mengheret AS ke dalam satu lagi kancah peperangan di Asia Barat.

Mereka menegaskan, tindakan itu jelas bertentangan dengan prinsip "Utamakan Amerika" (America First) yang menjadi tunjang kepada gerakan MAGA.

"Sokongan terhadap Israel nampaknya hanya bermakna tentera AS yang akan terkorban," kata bekas pengacara Fox News, Megyn Kelly dalam rancangannya baru-baru ini.

Walaupun Parti Republikan sekian lama dikenali sebagai penyokong kuat Israel, isu berkenaan kini mula memecahbelahkan parti itu. Kajian badan penyelidik Pew Research pada April lalu menunjukkan sekitar 57 peratus penyokong Republikan berumur 18 hingga 49 tahun mempunyai pandangan negatif terhadap Israel, meningkat daripada 50 peratus pada tahun lalu.

Kesan perang Iran terhadap lonjakan harga barangan turut mengancam peluang Republikan dalam pilihan raya pertengahan penggal November ini. Sekiranya Parti Demokrat berjaya merampas semula kawalan Kongres, Trump berdepan risiko didakwa (dipecat) untuk kali ketiga.

Bagi Netanyahu pula, taruhannya jauh lebih besar memandangkan beliau kini berdepan konflik peperangan di Lubnan, Iran, dan Gaza, selain rentetan pertuduhan rasuah di mahkamah domestik.

"Netanyahu sangat terdesak untuk kekal berkuasa," kata Mairav Zonszein daripada International Crisis Group kepada AFP.

"Trump pula sedang cuba mencari jalan keluar, dan beliau jelas mempunyai pengaruh serta tekanan yang besar ke atas Netanyahu. Netanyahu tidak boleh sewenang-wenangnya menentang Trump."

Tambah beliau, Trump kini "cuba melangkah ke hadapan (ke arah perdamaian), manakala Netanyahu pula masih mahu meneruskan peperangan. Itulah perbezaan utama antara mereka ketika ini." - AFP