Khamis, 4 Jun 2026

SAMAN JANGAN TAK SAMAN


SAMAN JANGAN

TAK SAMAN

AMIN

TERUS BURU AZAM BIN BAKI


AZAM BIN BAKI

TAK BERANI

 SAMAN

AMIN

JIKA SAMAN

LAGI BANYAK

TAIK KELUAR

KAH KAH KAH  

TERUS BURU 

AZAM BIN BAKI 

HINGGA DIA 

SESAL HIDUP

KAH KAH KAH

KHALAS





Albert Tei tak sabar tunggu saman Azam Baki

Ahli perniagaan Albert Tei berkata, dia tidak sabar menunggu surat saman daripada Azam Baki bagi “melondehkan” segala perbuatan didakwanya dilakukan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.

Tei berkata, sehingga hari ini dia masih belum menerima sebarang surat saman daripada Azam yang telah bersara pada 12 Mei lalu.

"Hari Rabu telah berlalu, tetapi saya tidak terima konon saman fitnah yang dikatakannya.

"Jangan nanti bagi alasan hantar salah alamat atau saman itu hilang ketika proses penghantaran, saya menunggu ni!

"Saya tidak sabar mendedahkan segala perbuatan jahatnya di mahkamah supaya orang ramai tahu apa yang berlaku dan bagaimana Azam menganiaya saya ketika dia menjawat jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, polis mengambil keterangan Azam terkait dua kes yang melibatkannya iaitu laporan Bloomberg yang melibatkan isu pemilikan saham syarikat awam, serta dakwaan salah guna kuasa dan ugutan jenayah terhadap Tei.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar.

Kata Kumar, kedua-dua kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara selaras dengan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh terdekat untuk nasihat dan arahan selanjutnya.

Pada masa sama media turut melaporkan yang Azam akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Tei dan mengarahkan peguamanya menyerahkan notis secepat mungkin.

Menurut Tei, Azam menyalahgunakan kuasa untuk mengugutnya ketika memimpin agensi antirasuah tersebut.

“Selepas hilang kuasa, dia cuba menyalahgunakan proses saman untuk memberi tekanan dan menakutkan saya.

"No way Azam! Sekarang kau hanya orang biasa saja, kau sudah tiada kuasa dan tidak kebal lagi!

“Sudah tiba masanya untuk kau menanggung dosa dan kesilapan yang telah kau lakukan," dakwanya.

DULU MARAH SANGAT - SEKARANG MENIKUS !!!


DULU DI JB

MARAH AMAT

KAH KAH KAH

PANGGIL MB ONN

BUDAK SURUHAN

KAH KAH KAH

KINI MENIKUS

TAKUT

AMIN

WAT IS 

DE BEKOS?

KHALAS




Keputusan bubar DUN hak kerajaan negeri - Anwar bin Ibrahim

Anwar  bin Ibrahim hari ini menegaskan bahawa keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah hak dan atas pertimbangan kerajaan negeri masing-masing.

Bagaimanapun, beliau berkata keutamaan Kerajaan Persekutuan kini kekal tertumpu kepada pelaksanaan tanggungjawab serta merealisasikan agenda yang ditetapkan sebelum ini.

“Saya memberi tumpuan kepada tugas saya. Masalahnya, ada sesetengah pihak yang tidak memikirkan perkara ini. Kita sepatutnya fokus kepada kerja.

“Pilihan raya negeri tidak seharusnya diadakan atau DUN dibubarkan tanpa keperluan. Itu keputusan mereka. Kami mempunyai keutamaan sendiri dan perlu menumpukan perhatian kepada tanggungjawab kami,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Peralihan Tenaga 2026 (ETCon26) di Kuala Lumpur, hari ini.

Anwar bin Ibrahim berkata demikian ketika ditanya sama ada kemungkinan pilihan raya negeri akan menjejaskan tumpuan pentadbiran kerajaan.

Isnin lepas, Johor membubarkan DUN, sekali gus memberi laluan kepada pilihan raya negeri yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

Pada Mei lepas, Anwar bin Ibrahim menyatakan bahawa beliau akan mempertimbangkan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) lebih awal jika rakan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan terus bertindak menggugat kestabilan politik di negara ini.- Bernama

JANGAN BERPAKAT NAK JADI ARAB



KALAU 

JADI MELAYU

SEMUA BERES

BANYAK SOKONG

AMIN

BILA ADA

NAK JADI ARAB

INI BAWA MASALAH

KHALAS


Muafakat Nasional: Annuar tawar 'formula' bahagi kerusi PAS, Umno

Bekas Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa, menyambut baik saranan dibawa PAS yang mengajak agar Muafakat Nasional 2.0 dijayakan oleh parti-parti Melayu Islam di negara ini.

Annuar yang kini menjadi salah seorang pemimpin kanan PAS malah mengemukakan ‘formula’ yang boleh dipertimbangkan oleh Umno untuk memungkinkan kerjasama tersebut berjaya dicapai.

Dia menambah ketika ini Umno sedang menggerakkan gagasan Rumah Bangsa untuk mengajak lebih ramai orang – termasuk bekas ahli parti berkenaan – bersama dengan mereka.

Katanya, ada persamaan wujud dalam Muafakat Nasional dan Rumah Bangsa iaitu memerlukan persefahaman dan penyatuan khususnya melibatkan Umno dan PAS, atau PN dan BN.

“Pada saya, nama tidak penting. Jika ada persetujuan Umno dan PAS, gunalah nama Rumah Bangsa atau Musyawarah Nasional yang pernah diutarakan Umno,” katanya dalam hantaran di media sosial malam tadi.

Menurut Annuar, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor boleh jadi permulaan kepada pelaksanaan gagasan berkenaan.

Caranya, menurut Ketua Penerangan PN dan Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat itu lagi, diusahakan pembahagian kerusi yang dibuat berdasarkan sesebuah negeri.

Johor sebagai negeri yang menjadi kubu kuat Umno, kata Annuar, parti itu boleh bertanding sehingga 90 peratus kerusi yang mempunyai pengundi majoriti Melayu, manakala selebihnya ditandingi oleh PAS.


“Kelantan sebagai kubu PAS perlu beri 10 peratus hingga 20 peratus kepada Umno dan PAS ambil 80 peratus hingg 90 peratus.

“Jika perlu boleh pertimbangkan PRN serentak Kelantan dan Johor,” katanya yang menegaskan cadangan itu adalah bersifat peribadi.

Semalam PAS mencadangkan agar parti Melayu Islam khususnya Umno menjayakan Muafakat Nasional 2.0 ketika Johor bakal berdepan dengan PRN tidak lama lagi.

Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Pengerusi PN menambah semua perubahan boleh dicapai apabila wujud persefahaman dan toleransi sesama parti politik utama berteraskan Melayu Islam di negara ini.

Gesaan itu dibuat ketika hubungan PAS dengan satu lagi komponen PN – Bersatu – berada dalam keadaan tegang ekoran pelbagai isu yang melanda termasuk pertukaran menteri besar di Perlis dan rasa tidak puas hati melibatkan jentera pilihan raya.

Annuar berkata penting untuk orang Melayu dan Islam serta partinya bermuafakat.

Justeru, katanya, para pemimpin orang Melayu Islam mesti berani meneroka muafakat tersebut atas dasar persamaan matlamat dan pada masa sama mengetepikan perbezaan dan sejarah lampau.

“Sekiranya Umno menolak tawaran Timbalan Presiden PAS itu dan memilih untuk terus berkerjasama dengan DAP dan PKR seperti sekarang, PAS perlu mengambil tanggungjawab membentuk muafakat besar tanpa Umno menuju PRU ke-16.

“Barangkali di sini boleh dibentuk Muafakat Nasional 2.0,” katanya.

IRAN MEMBALAS DENGAN PELURU BERPANDU


IRAN MEMBALAS

DENGAN

PELURU BERPANDU

AMIN 

Angkatan Laut Iran Targetkan Kapal Perusak AS di Teluk Oman dengan Rudal Jelajah Antikapal

Beberapa jam lalu, merespons tindakan agresif, pelanggaran aturan Selat Hormuz, dan gangguan terhadap kapal dagang Iran di Laut Oman oleh militer agresif-teroris AS; Angkatan Laut Republik Islam Iran telah mendeteksi, mengidentifikasi, dan menargetkan 'pusat komando kendali' musuh yang berada di kapal perusak (destroyer) Amerika saat mencoba mendekati perairan Iran di Laut Oman.

AL Iran memantau penuh setiap pergerakan musuh kriminal AS-Zionis. Kami akan menuntut balas yang paling kejam demi darah suci para martir kapal perusak Dena, dan siap merespons setiap agresi dalam waktu sesingkat-singkatnya


https://chat.whatsapp.com/LkbiKrfmwwi0b6UzGW8EaJ?mode=gi_t

https://t.me/breakingnewsbmbi

PUKUL SAMPAI HANYUT


TIBAI JANGAN

TAK TIBAI

AMIN

PUKUL SAMPAI

HANYUT

KHALAS

JANJI IRAN


JANJI IRAN

AMIN



TEMBAK MENEMBAK DI SELAT HORMUZ


LAPORAN CNN

TIDAK DAPAT

DIROROK

AMIN

Laporan CNN mengenai pertempuran Iran-AS malam tadi di Teluk Parsi

Amerika Syarikat dan Iran berbalas tembakan dalam salah satu malam paling sengit sejak gencatan senjata bermula pada bulan April.

Pertempuran itu nampaknya bermula pada malam Selasa apabila tentera AS menggunakan peluru berpandu Hellfire untuk menyasarkan kapal tangki minyak berbendera Botswana yang menuju ke pelabuhan Pulau Kharg di Iran. Kapal itu tidak bekerjasama dengan sekatan tentera laut AS ke atas pelabuhan Iran, menurut Komando Pusat AS (CENTCOM).

Sebagai tindak balas, Iran berkata ia telah melepaskan peluru berpandu ke arah kapal berbendera Liberia itu.

Walau bagaimanapun, peningkatan yang lebih berbahaya berlaku selepas AS menyasarkan pos kawalan darat tentera Iran di Pulau Qeshm, berhampiran Selat Hormuz, mendorong Iran melepaskan peluru berpandu dan dron ke arah negara-negara Teluk Kuwait dan Bahrain.

Iran mengumumkan bahawa ia telah menyasarkan "pangkalan udara dan helikopter Amerika" di rantau ini, serta ibu pejabat Armada Kelima AS di Bahrain.

Group 8.0
https://chat.whatsapp.com/LkbiKrfmwwi0b6UzGW8EaJ?mode=gi_t

 Channel
https://t.me/breakingnewsbmbi

ANJING KAWAN PALING SETIA


ANJING KAWAN

PALING SETIA

AMIN 

PRN JOHOR -PROJEK TIBAI ANWAQR BIN IBRAHIM


AMK BANGANG

BUAT KENYATAAN

MEMBODEK

KAH KAH KAH

PRN DIBUAT

SEKARANG UNTUK

TIBAI ANWAR

BIN IBRAHIM

AMIN

UNTUK SEKEH

ZAHID BIN HAMIDI

AMIN

UNTUK HINA

PENYOKONG 

UMDAP

KHALAS 




Mengapa sekarang?' - AMK tuntut BN beri penjelasan jujur isu DUN Johor


Pemuda PKR (AMK) Johor menuntut Umno-Barisan Nasional (BN) memberikan penjelasan yang jujur kepada rakyat negeri itu berhubung rasional pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ketika keadaan politik semasa masih stabil.

Ketua AMK Johor, Faezuddin Puad menegaskan bahawa kerajaan negeri sedia ada mempunyai kedudukan yang kukuh dengan penguasaan 40 kerusi DUN, selain disokong oleh 12 kerusi Pakatan Harapan (PH) sebagai pengimbang.

Malah, katanya pembangkang sentiasa bersedia untuk menyokong sebarang dasar dan polisi kerajaan yang memberikan manfaat serta kebaikan kepada rakyat.

“Dalam keadaan dunia sedang berhadapan dengan krisis global termasuk ketidaktentuan harga minyak, gangguan rantaian bekalan serta tekanan ekonomi serantau, Kerajaan Negeri sepatutnya memberi fokus kepada usaha berterusan memperkukuh serta menjamin kestabilan ekonomi dan menjaga kebajikan rakyat berbanding mengheret rakyat dalam percaturan politik.

"Justeru, Umno-BN perlu ambil tanggungjawab moral tampil memberi penjelasan yang jujur kepada bangsa Johor mengapa pembubaran DUN dibuat sekarang sedangkan tiada krisis politik, tiada kehilangan majoriti dan tiada keperluan mendesak untuk mendapatkan mandat baharu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Isu ekonomi global, pembaziran kos

Mengulas lanjut, Faezuddin turut mempersoalkan kos penganjuran Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini yang dijangka menelan peruntukan sekitar RM90 juta wang rakyat.

“Sedangkan jika DUN dikekalkan sehingga tamat tempoh pada April 2027, pilihan raya negeri dan pilihanraya umum boleh diadakan serentak dan menjimatkan kos serta tenaga pentadbiran. Penjawat awam tidak perlu dibebankan dengan proses pilihan raya berulang kali dalam tempoh singkat,” katanya.

Pada 1 Jun lalu, Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran dewan undangan negeri (DUN).

Katanya pembubaran itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pengerusi BN Johor itu berkata pembubaran tersebut dibuat selepas mengambil kira keperluan untuk mendapatkan mandat baru daripada rakyat bagi memastikan kestabilan kerajaan negeri.

Keputusan kerajaan negeri itu sekali gus memboleh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan dalam tempoh 60 hari dari Isnin lalu.

IRAN SERANG MARKAS INDUK TENTERA LAUT KE5 AMERIKA


IRAN SERANG

MARKAS INDUK

TENTERA  LAUT KE5

AMERIKA 

AMIN

IRAN SERANG KUWAIT


AMARAN 

BALASAN

DARI IRAN

AMIN

TAK PERLU

BANYAK CAKAP

TERUS BEDIL

KHALAS 


Teluk bergolak: Iran serang Kuwait, AS bedil dekat Selat Hormuz

DUBAI: Ketegangan di Teluk kembali memuncak apabila serangan Iran ke atas Kuwait merosakkan lapangan terbang negara itu mengorbankan seorang dan mencederakan 60 individu.

Sementara itu, tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan berhampiran Selat Hormuz.

Penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait digantung selepas serangan dron dan peluru berpandu Iran merosakkan kemudahan lapangan terbang serta misi diplomatik, menurut pihak berkuasa dan media kerajaan Kuwait.

Kuwait Airways dan Jazeera Airways kemudian menyambung semula operasi penerbangan selepas langkah keselamatan dilaksanakan.

PRN Johor: Taktik wujud persepsi UMNO-PH tak sepakat - Mukhriz
Pengawal Revolusi Iran (IRGC) menafikan mereka menyerang lapangan terbang Kuwait dan mendakwa kerosakan itu berpunca daripada peluru berpandu pemintas AS yang gagal kena pada sasaran.

Bagaimanapun, tentera AS menegaskan dron Iran sengaja menyasarkan lapangan terbang berkenaan.

Kes itu menguji gencatan senjata yang rapuh dan menyebabkan harga minyak meningkat hampir dua peratus ketika Selat Hormuz masih sebahagian besarnya ditutup lebih tiga bulan selepas AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran.

Media Iran sebelum ini melaporkan IRGC menyerang ibu pejabat Armada Kelima AS di Bahrain, sebuah pangkalan udara AS dan sebuah kapal yang dikenali sebagai Panaya.

Namun, Komando Pusat AS (CENTCOM) menafikan pangkalannya terkena serangan dan memaklumkan peluru berpandu balistik Iran gagal memusnahkan sasaran di rantau itu.

CENTCOM berkata pihaknya melancarkan satu lagi siri 'serangan pertahanan' di selatan Iran dengan menyasarkan lokasi pelancaran peluru berpandu dan bot Iran yang cuba meletakkan periuk api, selain menyerang Pulau Qeshm berhampiran Selat Hormuz susulan cubaan serangan Iran.

Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi, berkata rundingan masih diteruskan tetapi belum mencapai sebarang kemajuan.

Presiden AS, Donald Trump, berkata keutamaan Washington adalah menghalang Iran daripada memperoleh senjata nuklear, manakala Tehran menegaskan program nuklearnya adalah bagi tujuan aman.

Dalam temu bual podcast yang disiarkan semalam, Trump berkata Iran bersetuju untuk tidak memiliki senjata nuklear dan Pemimpin Tertinggi Iran, Mojtaba Ali Khamenei, turut serta dalam rundingan.

Trump kemudian memberi bayangan bahawa rundingan dengan Iran mungkin menunjukkan perkembangan seawal hujung minggu ini.

"Jika ia berlaku, ia mungkin berlaku pada hujung minggu," katanya kepada pemberita di Pejabat Oval, Rumah Putih.

Beliau berkata pihak terbabit juga sedang berusaha memisahkan isu pembukaan semula Selat Hormuz daripada konflik di Lubnan. - REUTERS

ANWAR BIN IBRAHIM TIDAK MEMBACA


ANWAR 

BIN IBRAHIM

BANYAK BERCAKAP

DARI MEMBACA

DAN BERFIKIR

AMIN

BUKAN SALAH

FAKULTI

KHALAS


Unknown commented on 
"WAJIB MEMBACA"

Sekolah aku aliran sastera semua orang bodoh aje masuk.

Bodoh as in, B-O-D-O-H.

Literally retarded, hanya budak2 spastik, terencat akal aje masuk sastera.

Now PM kita budak sastera. Yuck.


 

ONN HAFIZ CALON DI RAJA


ONN HAFIZ

CALON

DI RAJA

AMIN

Unknown commented on
 "KENAPA DUN JOHOR 
DI BUBAR KEMARIN"

Putar spin macam mesin basuh, sentiasa berpusing, sejarah dipusingkan, peraturan dipusingkan, undang-undang pusing mengikut kehendak pemimpin, tembak lembu jadi harus, hukum hakam sentiasa diputarkan juga, apapun kamu buat sekarang, ada hikmahnya, ada masa nanti untuk membalas jasa anda, itu pasti,

dalam negara yang majoritinya kaum kaum, bercakaran merebut jawatan bergaduh sesama sendiri merupakan satu senario politik amat penting, kah kah kah kemudian mula salahkan Bangla salahkan Indon salahkan pendatang haram, 

asam garam kehidupan sendiri sudah mewah semuanya diperolehi dengan percuma amin, sentiasa bersyukur kerana apa yang ada mungkin hilang sekelip mata, jangan ego jangan takbur riak kerana semuanya perlu dibayar nanti amin


 




PAGI INI


PAGI INI


PAGI INI

KHAMIS 4 JUN 2026

PERANG HARI KE 97

GENCATAN SENJATA MASIH BERJALAN


KUWAIT:  BARUA AMERIKA KENA SERANG
Iran telah melancarkan drone dan peluru berpandu ke arah Kuwait.

Pangkalan tentera Amerika DI KUWAIT  jadi sasaran.

Lapangan terbang Kuwait jadi sasaran.

BAHRAIN DI SERANG
Iran lancar drone dan peluru berpandu. Markas Pusat Tentera Laut ke Lima Amerika jadi sasaran.

Semua ini ialah amaran dari Iran – dont play  play kah kah kah.

MAT TERAM BUAT LAWAK BERDIRI
Seperti biasa bila di tanya wartawan Mat Teram kata : Mungkin ujung minggu ni akan ada rundingan – kah kah  kah.

JASLINDA HILANG
Gua melihat masuk hutan  mendaki gunung satu yang menarik.

UNTUK SELAMAT cara amat mudah : PAKAI DIGITAL  RANTAI DI LENGAN – Gua dulu pernah melawat kawan gua  aktivis NGO  PASANG TAG pada IKAN KELAH DI SUNGAI NENGGIRI  GUA MUSANG – gua hanya bercuti  disana lepas keluar dari Kamunting.

Kelah ini dikawal dan di lihat perjalanan  dan  dalam pinggan sapa dia berakhir. Amin

NEGERI SEMBILAN APA JADI ?
Ada PRN atau tidak ?
Nak selesai krisis N9 mudah –BUBA DUN BUAT  PRN – tubuh kerajaan dan MB baru. Yam Tuan Baru – semua beres.

BIAR MATI MADANI JANGAN MATI ADAT!!!

HOKKIEN
Pagi ini sejuk basah. Hujan subuh tak lebat tapi jalan basah. Matahari  tak kelihatan. Langit kelam tak indah. KL & KL Sentral berkabus nipis.

Di Pintu Masuk Murai berkicau – indah – dalam hutan belukar Cengkerik bersimponi – kuat – gumbira bumi basah.

Dari jauh gua nampak Puppy Itam – pagi ini ramai datang makan. Siti berkejar datang. Puppy Itam makan – dia masih kurus. Gua gumbira.

PIPIT
Rumput panjang  wilayah Pipit menuai semua dah jadi kontot. Kemana Pipit bertandang cari rezeki ?

Pulang di Wakaf Satu Siti dan Abang muncul. Seperti biasa Tiong Laki Bini datang makan bersama Siti.

Gua harap hari ini akan panas – tapi panas tanpa angin menjadi tidak selesa macam malam kemarin. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI KHAMIS

BRO
Lu jangan rosakkan apa yang lu ada dengan mengingini apa yang lu tak ada.

BRO
Perkara yang lu tak  dapat ubah – lu jangan peduli.

BRO
Lu susun dan hasut orang ramai untuk turun demonstrasi – lu pasti enjoi de menjoi. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT PAKAI BAJU BATIK