Selasa, 12 Mei 2015

PNB JUGA DIPAKSA BELI








12 MEI 2015

SELAIN TABUNG HAJI
PERMODALAN NASIONAL BERHAD 
JUGA TERLIBAT 
MEMINJAMKAN WANG 
KEPADA 1MDB

Ekoran dari maklumat yang kini tersebar luas mengenai hubung kait di antara 1MDB dan agensi pelaburan negara, saya telah membuat beberapa semakan baru untuk menentukan agensi-agensi pelaburan negara yang terdedah kepada risiko kewangan 1MDB.

Minggu ini, umum telah mengetahui bahawa Lembaga Urusan Tabung Haji (TH) telah meminjamkan sebanyak RM920.8 juta kepada 1MDB melalui pembelian bon sukuk yang diterbitkan dalam Februari 2014. Kenyataan Tabung Haji semalam mengesahkan bahawa pembelian sukuk ini adalah berhubung pembangunan Bandar Malaysia oleh 1MDB dan hasil dari pinjaman sukuk ini akan digunakan untuk membiayai pembinaan kem-kem tentera dan infrastruktur berkaitan bagi memindahkan operasi sedia ada di Kem Sungai Besi sebelum ini.

Semakan saya menunjukkan penerbitan sukuk Bandar Malaysia oleh 1MDB ini sebenarnya telah dilaporkan secara meluas sekitar Februari hingga Mac 2014 tetapi tidak mendapat perhatian umum.

Laporan The Star bertarikh 1 Mac 2014 memperincikan butiran lanjut mengenai penerbitan sukuk Bandar Malaysia oleh 1MDB ini; seperti berikut:

1.    Jumlah pinjaman yang diambil oleh 1MDB melalui terbitan ini adalah sebanyak RM1.5 bilion dengan kadar faedah 6%

2.    Terbitan hutang melalui bon sukuk oleh 1MDB ini melibatkan pembelian sukuk oleh dua agensi pelaburan kerajaan iaitu Tabung Haji (TH) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB)

3.    Ini bermakna, sejumlah RM920.8 juta telah dipinjamkan oleh TH kepada 1MDB. Baki RM579.2 juta pula telah dipinjamkan oleh PNB kepada 1MBD

4.    Sukuk ini tidak disenaraikan dan tidak didagangkan secara aktif di pasaran bon. Ia adalah kertas hutang yang dirundingkan secara terus di antara 1MDB dengan TH dan PNB

5.    Oleh kerana ia tidak disenaraikan, sukuk ini tidak ditarafkan (not rated) seperti mana kertas-kertas lain. Hutang RM1.5 bilion ini dijamin dengan cagaran tanah di Bandar Malaysia (yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada 1MDB) dan janji bahawa kutipan sewa di Bandar Malaysia (apabila siap nanti) akan digunakan untuk membayar hutang RM1.5 bilion ini

Semakan saya menunjukkan bahawa 1MDB merancang untuk menerbitkan sehingga RM2.5 bilion sukuk bagi membiayai pembangunan Bandar Malaysia, di samping hutang sebanyak RM2 bilion yang diperolehi dari Ambank juga bagi tujuan pembangunan Bandar Malaysia.

Malangnya, sehingga sekarang kita masih belum melihat kemajuan yang meyakinkan bahawa Bandar Malaysia ini akan mendatangkan keuntungan yang membolehkan 1MDB membayar kembali hutangnya kepada TH dan PNB. Di mana lapangan terbang di Ipoh dan kem tentera baru di Negeri Sembilan (sebahagian dari program pemindahan infrastruktur tentera Malaysia apabila Kem Sungai Besi diserahkan kepada 1MDB)?
 
Soalan paling besar: apa yang telah terjadi kepada RM3.5 bilion (RM1.5 bilion dari sukuk yang dipinjam dari TH/PNB dan RM2 bilion pinjaman dari Ambank) yang telah dipinjam setakat ini kononnya untuk membangunkan Bandar Malaysia? Keterlibatan PNB dalam memberi hutang kepada 1MDB kini mengesahkan kebimbangan saya bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak akan menggunakan dana-dana awam untuk menyelamatkan 1MDB.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN






---------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Barua sibuk nak siasat org yg bocor matlumat padahal org tu adlh hero yg ingin menyelamatkan duit rakyat dr dkopak.penjenayah sebenar adlh org yg kopak duit tabung hjeee tu.selalu salah tangkap org bila dkata barua marah pula.mmg dah dsahkan barua oleh kes thjeeee ni.eeeeelek arrrr bro tumpang pikul dosa sekali ke.byk org melayu ini mcm tak mahu sedar biar saudara sendiri susah asal senang senang sendiri.nak tunggu masuk kubur dulu ke bro.

panglimo potaseh berkata...

Lembaga Hitam dan Keling adalah spesis yang berlainan. Keling dapat nama tak baik sebab Lembaga Hitam inilah. "Akal keling" tak sama dengan akal Lembaga Hitam, misalnya:

Beli tanah yang yang dibeli oleh 1 MDB dengan RM4.5 juta, dibeli pula drp 1 MDB dengan harga RM188.5 juta. Lepas tu dijual (tak tau betul ke tidak) dengan untung RM5 juta atau 2.6% keuntungan je.

Persoalannya bagaimana pula dgn "Cukai Keuntungan Jual Tanah" 30%,
GST 6%, S&P dan Guaman 1.5%, Komisen Lembaga Hitam (Azeeez & Ismeee}, Komisen Najib dan macam-macam bayaran lagi.

Wah nampaknya Si "eeeee" (Lembaga Hitam) dua ekor ni makan kiri kanan, masa beli dapat, masa jual pun dapat. Tapi penabung Melayu tak kisah akan keuntungan, yang penting bagi mereka adalah dapat ke Mekah.

Tanpa Nama berkata...

PNB banyak duit boleh buka TABUNG HAJJAH pulak....

Duit FREE.....

ADA BON BON

Apa boleh buat.....

Tanpa Nama berkata...

Why go for the whistleblower whereas the police should go after the thieves who plunders the people savings.
Apa punya mangkok.