Sabtu, 17 Jun 2017

TUAN HAJI HA HA APA JADI



  
PENASENAG

APANG

KABANG

KANG KANG

KANG




Saman terbaru DoJ ancam pakatan Umno-PAS


TINDAKAN terbaru Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) mengemukakan saman untuk merampas aset mungkin mengancam penyatuan tidak rasmi Umno dan PAS, apabila ahli akar umbi parti Islam itu semakin meluat dengan tuduhan rasuah mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak dalam skandal 1MDB.

DoJ memulakan tindakan untuk merampas aset bernilai AS$540 juta (RM2.3 bilion) yang dikatakan dibeli dengan wang dicuri daripada dana pelaburan negara 1MDB, menjadikan jumlah yang disalahgunakan AS$4.5 bilion.

PAS yang secara rasmi memutuskan hubungan dengan parti pembangkang lain, PKR dan DAP, mula mempunyai hubungan rapat dengan Umno, membina pakatan tidak rasmi yang akan memberikan parti pemerintah kelebihan yang diperlukan pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, susulan tuntutan saman terbaru DoJ itu, beberapa pemimpin akar umbi PAS tidak menunjukkan sokongan kepada Najib, sebaliknya meluahkan kemarahan kepada pihak berkuasa Malaysia yang tidak bertindak menyiasat tuduhan yang menggemparkan itu.


Kebanyakan pemimpin akar umbi parti Islam itu yang dihubungi The Malaysian Insight mahu DoJ menyelesaikan siasatan dengan segera dalam isu 1MDB supaya kebenaran dapat diketahui rakyat Malaysia dan kes berlanjutan ini dapat diselesaikan.

“Satu tamparan hebat bagi kerajaan Malaysia kerana peguam negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tak buat apa-apa.

“Malulah satu dunia ambil tindakan seperti AS dan Singapura, tapi kita masih tidak buat apa-apa,” kata Adun Sungai Abong Dr Sheikh Ibrahim Salleh ketika mengulas tindakan terbaru DoJ itu.

Adun PAS Johor itu turut memuji tindakan pemerintah AS yang dikatakannya sebagai “menyelamatkan wang rakyat Malaysia”.

“Satu dunia tahu benda ini. Kita patut berterima kasih kepada kerajaan AS kerana selamatkan wang 1MDB, wang rakyat Malaysia.

“Saya tidak setuju dengan orang yang mengutuk kerajaan AS dalam hal ini,” katanya.

Adun Meru Dr Abdul Rani Othman berkata Najib perlu melakukan sesuatu bagi membersihkan nama Malaysia.

Pemimpin PAS di Selangor itu berkata jika Najib tidak melakukan apa-apa, berkemungkinan besar rakyat akan menghukumnya pada PRU14 akan datang.
“Sepatutnya PM perlulah lakukan sesuatu. Nama Malaysia sudah tercemar.

“PM ada kuasa untuk heret orang yang bersalah dalam kes ini ke muka pengadilan. Jangan ingat di dunia selamat, di akhirat boleh selamat,” katanya.

Dalam pemfailan saman sivil ketiga dan terbaharu bagi pelucutan hak, DoJ memohon merampas antara lain, kapal layar Equanimity bernilai AS$165 juta (RM704 juta) dimiliki Jho Low, dan hak filem komedi "Dumb and Dumber To" dihasilkan Red Granite, syarikat penerbitan dimiliki bersama oleh Riza Aziz, anak tiri Najib.

DoJ juga menyatakan dalam saman itu, sekurang-kurangnya AS$27 juta digunakan oleh Low untuk membeli rantai berlian merah jambu 22 karat untuk isteri "Malaysian Official No.1".

Kerjasama dengan Umno

Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Padang Terap Muhammad Kassim berkata apabila jelas kerajaan yang memerintah terlibat dalam penyalahgunaan dana awam, parti Islam itu haruslah bertindak tegas.

“Sebelum ini, kerjasama PAS dengan Umno lebih kepada kerjasama di antara PAS dengan kerajaan pemerintah. Bukan PAS itu bersahabat dengan Umno.

“Tetapi bila timbul dakwaan seperti DoJ ini, PAS perlu menyatakan sikap yang tegas terhadap kerajaan dan Umno,” katanya.

Muhammad berkata dalam Islam, apabila kerajaan itu kelihatan zalim dan terlibat dalam membelanjakan wang rakyat, PAS sepatutnya tidak boleh bekerjasama dengan mereka.

“PAS perlu menunjukkan sikap yang jelas dalam menentang kerajaan sebegini,” katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar berkata PAS tidak wajar mempunyai apa-apa kerjasama dengan Najib dan Umno apatah lagi selepas tindakan terbaru DoJ.

“Kalau PAS nak kerjasama, macam mana kita nak bekerjasama dengan orang yang dituduh mencuri?

“Najib gagal membersihkan namanya dalam isu 1MDB ni. Sepatutnya untuk bersihkan nama, dia perlu saman Sarawak Report, saman DoJ,” kata bekas ketua penerangan PAS itu.

Mahfuz berkata dakwaan dan rampasan dilakukan DoJ merupakan perkara berat dan memberikan imej yang sangat buruk terhadap negara apatah lagi ia melibatkan Najib sendiri.

“Dia tidak didakwa bukan kerana tak boleh didakwa, tetapi dilindungi oleh kuasa politik.

“Terlindung daripada Jabatan Peguam Negara dan SPRM. Terlindung daripada proses pendakwaan,” katanya merujuk kepada Najib.

Adun Sungai Abong Shekh Ibrahim berkata beliau tidak rela PAS bekerjasama dengan Umno.

“Walaupun sudah tiada jawatan dalam PAS, saya masih lagi seorang Adun PAS.

“Kerjasama dengan Umno tidak sepatutnya ada tambahan lagi apabila satu dunia bercakap tentang rasuah 1MDB,” katanya.

Bagaimanapun, Rani menafikan PAS mempunyai kerjasama dengan Umno.

“Pimpinan tertinggi PAS sudah banyak kali menafikan tentang perkara ini.

“Apa yang berlaku di antara PAS dan Umno sekarang ialah hubungan taawun dan bukannya tahaluf,” katanya merujuk kepada perkataan berbahasa Arab bermaksud “saling membantu demi kebaikan”.

Sementara tahaluf pula bermaksud kerjasama politik.

Walaupun isu rampasan aset dilakukan DoJ ini menjadi isu besar di Malaysia hari ini, Ketua Pemuda PAS Pahang Hazmi Dibok berkata beliau masih belum mendengar tentang perkara itu.

“Sebab masih belum dengar berita tu, tak bolehlah saya nak komen,” kata Hazmi kepada The Malaysian Insight. – 17 Jun, 2017.



APA DAH

JADI 

DENGAN

TUAN HAJI

HA HA HA


-------------------

8 ulasan:

Dragonfly berkata...

Ada yg gelar lebai pas mulut longkang. Gwa tgk mulut srupe jubor ayang dok kumat kamit sokmo kaah

Usop ali berkata...

Tuan haji badigol soad ni...buta tuli Dan pekak badak rupanya...sedih LA ulamak akhir zaman ni....umpas...

Tanpa Nama berkata...

lang bo ti lang,
kui bo ti kui?????

Tanpa Nama berkata...

Walaupun isu rampasan aset dilakukan DoJ ini menjadi isu besar di Malaysia hari ini, Ketua Pemuda PAS Pahang Hazmi Dibok berkata beliau masih belum mendengar tentang perkara itu.
Kenapa anak dibok belum dengar perkara itu?
A.anak dibok sibok (banyak aktiviti, berpuasa, berbuka, bersahur, berjalan di deretan bazar ramadhan sekilometer panjang, bershopping raya, bertarawikh, berwitir, bertadarus bersama kak Ros);
B.anak dibok buat muka tembok, tak malu kunun belum dengar tapi sebenarnya dah pung pang pung pang berlabon politik cerita ini di kedai kopi, eh di beranda mesjid;
C.anak dibok sedang berahsia strateji nak cilok, tengah mencongak siapa boleh menang pru14, nak follow bos haha ikut payung umno ka atau nak belot sokong pakatan, tengah berkira malam mana lailatul qadar sebab nak buat solat istikharah;
D.anak dibok dalam jamban tengah cebok, tak boleh bawak masuk suratkhabar jadi belum sempat baca berita, sebab kuota internet cepat habis bulan ni, hadoi laaa...

Tanpa Nama berkata...

ada masyoooooooooooooooooook, ada BINCANG???

takde masyook, kena CINCANG!
pegi MAMPOS jauh-jauh sama ko!!!!!!!!!!

MASUK NERAKA TERUS!

Tanpa Nama berkata...

harga boleh nego?
kalo harga NGAM, mesti TERRER ponya!

Tanpa Nama berkata...

diam sekejap,
nak pancing undi!

bila undi dah DEKAT,
baru bising,
mesti KAUT undi kaw-kaw-kaw

sabar dulu yer?????

ulek mayang berkata...

Tak payah lah cakap-cakap arab...tawaun ke taun ke...tahlusi ke!!!Kalau benda depan hidung pun tak bau...status Bagharal lah kamu tu!!!!