Khamis, 21 Disember 2017

TURUN TURUN TURUN











HANG 

TERPERANJAT

PERCAYA TAK?



Bersatu lapor polis kes kerugian RM160 bilion rizab BNM


PARTI Bersatu Selangor membuat laporan polis berhubung kehilangan RM160 bilion rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) dari 2013 dan 2015 seperti yang didedahkan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Bersatu Selangor Abdul Rashid Asari berkata, laporan polis dibuat selepas semakan yang dilakukan di laman sesawang BNM mendapati dakwaan Dr Mahathir itu benar.

“Dalam semakan kami, semenjak tahun 2009, jumlah tertinggi rezab antarabangsa BNM yang pernah dicatatkan ialah pada 31 Januari 2013 iaitu pada AS$140.2 bilion atau pun bersamaan RM588.8 bilion.

“Namun, jumlah tersebut telah berkurangan dengan begitu drastik dan ketara kepada cuma AS$101.9 bilion atau RM427.98 bilion setakat November 2017, pengurangan sebanyak RM160.86 bilion,” kata Rashid yang juga naib presiden Bersatu.

Katanya lagi, jumlah rizab BNM yang hilang semasa pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak juga tujuh kali ganda lebih tinggi, berbanding jumlah AS$5.7 bilion (RM23.9 bilion) yang dicatat semasa pentadbiran Dr Mahathir pada awal tahun 1990-an.

Abdul Rashid mendedahkan perkara itu kepada pemberita dalam sidang media di ibu pejabat Bersatu Selangor di Shah Alam hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Rashid mendakwa rizab berkenaan mungkin digunakan oleh pentadbiran Najib untuk mempertahankan nilai ringgit sejak Julai 2015, yang menurutnya terjejas teruk ekoran kemerosotan keyakinan masyarakat antarabangsa.

Keyakinan berkenaan semakin terhakis apabila The Wall Street Journal melaporkan, wang sejumlah RM2.6 bilion telah dimasukkan ke akaun peribadi Najib, dakwanya.

“Ada yang mengatakan bahawa rizab tersebut telah digunakan bagi mempertahankan matawang ringgit daripada terus merudum.

“Iaitu ketika berita mengenai perdana menteri menerima derma berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi beliau, pertama kali didedahkan oleh akhbar The Wall Street Journal pada bulan Julai 2015 dan mula tersebar ke serata dunia yang menyebabkan terhakisnya keyakinan masyarakat antarabangsa kepada negara dan punca utama kejatuhan ringgit,” kata Abdul Rashid.

Beliau seterusnya mempersoalkan sama ada kerugian yang dialami BNM semasa pentadbiran Dr Mahathir itu berbeza dengan kerugian semasa pentadbiran Najib.

“Persoalannya jika benar BNM telah menggunakan rizab negara bagi mempertahankan matawang ringgit ketika itu, bagaimanakah tindakan tersebut berbeza berbanding kerugian di dalam transaksi Forex pada awal tahun 90-an?”

Sementara itu, Ketua Penerangan Bersatu Selangor Sallehudin Amiruddin dalam sidang media sama berkata, setakat ini sudah tujuh laporan polis dibuat parti itu di seluruh negara mengenai isu ini.

Laporan polis ini merupakan reaksi balas ke atas Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) yang dikenakan ke atas pengerusi parti itu, Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaan kerugian RM31.5 bilion akibat dagangan tukaran wang asing BNM.

Semalam, Dr Mahathir turut memfailkan saman pemula ke atas Najib, kerajaan Malaysia dan tujuh pihak lain untuk mengisytiharkan laporan RIC ke atas kerugian itu tidak sah.

Laporan berkenaan, yang dibentangkan di Parlimen pada akhir bulan lalu mengesyorkan Dr Mahathir, bekas menteri kewangan Anwar Ibrahim dan bekas penasihat BNM Nor Mohamed Yakcop disiasat kerana pecah amanah. – 20 Disember, 2017.



BRO... LU

DENGAR SINI

TAK AKAN ADA

SIASATAN

LU BUANG MASA

LEBIH BAIK 

LU  HASUT RAKYAT

TURUN DEMO

AMBANG MERDEKA

LAGI AFDAL

LAGI CUN

LAGI COOL

LAGI RESPEK




---------------------

2 ulasan:

Nole berkata...

Ambang merdeka wotak kau kahkahkah!

Tanpa Nama berkata...

Banyak la lu punya ambang merdeka, merdeka kemendenye 31 disember tu? Ambang tahun baru la hoi! Ini mesti kat kalendar tu tercalit palat badak birkin kah kah kah