Rabu, 21 Mac 2018

GUA SUDAH CAKAP BANYAK KALI







PRU14

GUA UDAH CAKAP

BANYAK KALI

SEKARANG LU CAYA

ATAU TIDAK?

AKHIRNYA SPRM

AKAN BUKA

KES RASUAH

AZMIN ALI


INI TANDA

PRU14 

MAKIN DEKAT



Enam ditahan berhubung penjualan tanah Ijok



ENAM individu dari syarikat yang didakwa ada kaitan dengan penjualan tanah Ijok ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Mereka ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya awal hari ini, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad. 

"Mereka dijangka direman esok bagi membantu siasatan," kata Dzulkifli dalam satu majlis di Melaka. 

Penjualan tanah Ijok menjadi perhatian umum sejak bulan lepas apabila Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN) Abdul Rahman Dahlan mempersoalkan kenapa Menteri Besar Selangor Azmin Ali mengambil tindakan "terburu-buru" memulangkan semula tanah terbabit kepada dua pemaju perumahan. 


Rahman berkata tindakan kerajaan negeri itu boleh dipersoalkan kerana Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan masing-masing pada 2013 dan 2014, mengeluarkan perintah bahawa tanah itu adalah di bawah kuasa kerajaan negeri Selangor selepas bekas menteri besar Khalid Ibrahim merampas tanah tersebut menggunakan Akta Pemerolehan Tanah.

Peneroka yang terlibat dalam kes itu bagaimanapun mempersoalkan motif BN membangkitkan isu itu sedangkan kebanyakan daripada mereka telah menerima pampasan. 

Antara enam yang ditahan itu merupakan bapa dan dan anak, Dzulkifli memberitahu media.

Pasukan penyiasat juga membekukan sembilan akaun bank milik individu dan syarikat berjumlah RM39 juta.

Menurut sumber, SPRM turut merampas beberapa dokumen penting dari tiga syarikat bagi membantu siasatan.

Siasatan SPRM itu melibatkan transaksi bayaran sebanyak RM200 juta ke dalam akaun lima syarikat yang didakwa terlibat dalam kes itu.

Setiap syarikat masing-masing menerima kira-kira RM68 juta, RM42 juta, RM16.5 juta dan RM8.5 juta.

SPRM kini sedang cuba menjejaki seorang pengarah syarikat dan seorang lagi individu bagi membantu siasatan.  – 20 Mac, 2018.


PROJEK

INI PROJEK

KACAU PAKATAN

INI PROJEK KACAU

SELANGOR

INI TUGAS SUCI

SPRM 

LU MASIH

TAK FAHAM KE




------------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

adoiii laaa... hinanya negeri selangor disiasat oleh kp sprm yg memburet free dgn bini org di bali. takkan selangor diam jer, taknak serang balas ke? takkan la biarkan kaki maksiat ni siasat selangor?? ishhhh malu aaa.

mamat tu zina dgn bini org, kalau ikut hukum hudud apa hukumannya??